Friday, March 10, 2017

Dari Jendela Anny - Sambungan...

Janganlah contohi..lagi..

Ok hari ini,kita sambung sikit lagi cara-cara meniaga yang jangan ngkau contohi.Ni berdasarkan pengalaman je.Just baca untuk santai-santai kay uols..



Orang kata buat apa meniaga kalau berhutang keliling pinggang.Ikutlah apa yang kau niaga.Meniaga tak semestinya tak boleh berhutang,kalau kata meniaga construction aku tak taula macamana orang boleh bayar cash semua sub con sub con tu,unless bapak dia billionaire dan memang bagi dia 100mill buat projek.Kot la takde bantuan bank..organisasi besar semualah dapat bantuan dengan bank.Tapi..kena taulah tanggungjawab hutang.Hutang mmg kena bayar.

Dah tersasul cerita lain.Meniaga ni takyah lah fikir untung je manjang.Ni ada untung ciput je taknak..fikirlah dari segi long term,volume dan cara-cara nak kembangkan.Tapi aku sebenarnya dah cerita lain ni..

Okay selalunya bila kita jual barang,confirm nak cari supplier.Dapat plak supplier yang nak kaut untung dia sorang.So amik je order,tapi bila tanya dapat bila..jawapan pasti tgh shipping kak.Tunggu minggu depan kak.Bila suh bagi resit jual beli,bape sen sehelai ke apa..semua takde.Pastu kau claim dah bagitau,kau budget orang hadam figure tu dalam otak.Kalau kau jawab exam guna mulut pun,confirm kau tak dpt ijazah dik.Takde bukti kau belajar dan pandai.Eh pandainya kau ni!!

Antara lain,kau baik ngan akak A.Pastu kau nampak potential akak B jual banyak,kau mula la cucuk akak B start la wayang kau.Kau dah malas layan akak A yang kenalkan akak B..akak A jual sikit la katakan..jangan gitu dik.Ni la perangai manusia.Dah banyak kali peribahasa ni kita dengar masa sekolah rendah,orang tamak selalunya rugi.Kau hadamlah banyak-banyak benda ni.Memang tak rugi.

Aku tak la terror meniaga.Terkedek-kedek je lagi.Tapi prinsip kena ada.

Siapa yang tak nak duitkan.
Tapi aku tau mana yang boleh ambil lebih,mana yang tak boleh.
Mana yang patut kau buat,
mana tak patut.
Siapa kau boleh harap,
siapa kau boleh percaya.

Sebab pengalaman kita dengan manusialah membuatkan kita kena fikir banyak kali..
apa-apa pun..Allah je yang maha memberi.

Thank you Allah.
Sebab Allah selalu adalah hati aku kuat kata..
Never give up.

Anyway thank you Suraya for this friendship.
Selalu support aku walau apa rintangan kita.
I love you.
Eh tetiba.
Bye.


Love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...