Friday, March 24, 2017

Dari Jendela Anny : Takziah Nora dan Kursus Kesempurnaan Solat

Dari Jendela Anny : Takziah Nora dan Kursus Kesempurnaan Solat

Pagi ni sejuk je.Hujan rahmat pagi jumaat.Aku terbaca tadi suami penyanyi Nora telah pulang mengadap Allah..takziah untuk Nora sekeluarga dan marilah sedekahkan alfatihah untuk suami beliau. Cerita tentang kematian ni,siapalah yang tak takut.Orang sekeliling dan yang kita sayang dan termasuk dengan kita sekali..pasti akan pergi suatu hari nanti.

Aku dengan Suraya selalu berbincang tentang topik ni.Kadang-kadang hampir setiap hari terfikir.Amalan kadang-kadang polos.Pakaian apatah lagi..semuanya macam bertatih..ee

Aku tau semua orang ada struggle masing-masing nak meningkatkan amalan.Semua berusaha melawan nafsu,melawan keinginan yang bersifat keduniaan..kadang-kadang bila dengar ceramah ustaz kat youtube,betul la kata ustaz.Kita ni beriya-iya kerja waktu siang,bila dah malam patutnya beriya-iya dekatkan diri dengan tuhan.Ada orang kaya tayar kereta harganya dah boleh beli sebijik kancil..bila tiba waktu solat,nun kat mesjid tempatnya.Ni ada yang lalu je depan mesjid..laluuu je dengar azan..manusia ni bezanya bukan pada kaya ringgit euro ke.Beza memang dari segi amalan.Kau bawak tu lah nanti dengan segala segi kau buat apa kat dunia..jawablah dengan Dia.

Bersediakah kita...?

Iklas,
Anny



Tumpang Iklan Pengisian Hati dari Fiezul Abang Bomba. Tagline Fiezul ‘Solat Dengan Betul, Doa Termakbul’

KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT

Pendaftaran terus dibuka! Sudah lebih 100 peserta mendaftarkan diri, KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 3 akan diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur pada 1 April 2017 ini.

Nak tak kami bawakan kepada anda semua satu program sehari penuh untuk anda fahami segalanya perihal solat? Program yang memberi pencerahan dalam segala persoalan yang berkaitan rukun sah dan batal solat, perihal cara sempurna solat dan kami berikan ruang soaljawab agar tuan puan dapat berinteraksi dengan panelis terutamanya pendakwah yang tidak asing lagi dengan kita iaitu Dato' Ustaz Ismail Kamus.

Program ini terbuka kepada remaja dan ibubapa yang ingin memperbaiki teknik solat yang betul dan seterusnya mengelak dari melakukan perkara yang tidak perlu di dalam solat.

Daftar segera melalui link ini dan tempatkan diri anda bersama rakan-rakan dan ahli keluarga di dalam program yang penting ini. http://bit.ly/2m77XXA

  • Kami buka sebanyak 350 seat sahaja dahulu
  • Pendaftaran ditutup pada 26 Mac 2017, Ahad
  • Bayaran RM80 seorang


Boleh hubungi urusetia untuk info lanjut di 0133121879.

IK ALMAKWA TRADING & Team Ustaz Ismail Kamus Terima kasih

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...