Friday, April 21, 2017

Dari Jendela Anny - Baju Raya Mawar 2017

Dari Jendela Anny - Baju Raya Mawar 2017

Ingatkan nak sambung cerita Tan Sri Syed Bukhari hari ni.Tapi nanti lah dalam episode akan datang.

Last 2 weeks aku bekerjasama dengan cik Mawar untuk mempromosikan baju raya 2017.First time bekerjasama dengan beliau membuatkan aku rasa beruntung sebab Allah memang selalu ketemukan aku dengan orang yang baik-baik.Senang.Mudah.Dan sangat menghormati orang.Sejenis yang sangat professional.Mawar ni pelakon.Baru habis drama tv3 Suamiku Paling Sweet. Tu pon aku baru tau dari Google. Kah kah kah.

Jom layan gambar Mawar.







Bunga Semalu dan Bunga Mawar

Kak Siti kita busy masa ni.Jadi tak sempatlah beliau nak join.Lagipun semua arrangement memang last minute.Yang si Lin dan Khairul pun baru je balik dari Perlis buat kerja kat sana.Hoi penat..tapi aku kagum semangat-semangat yang mereka tunjukkan. Termasuklah Mawar yang baru je habis shoot petang tu,terus datang studio untuk shoot gambar dengan kitaorg pula.Dengan Iman mua kitaorg yang macam biasalahnya sampai 1 pagi lah menunggu ngan kita orang,make up retis punnn last minute sebab Mua Mawar semua tak free dan cancel last minute.Kita orang habis kerja dan pulang dalam kul 2pagi. Alhamdulillah..

Anyway,korang jenguk-jenguklah IG @mawarashid and @mawar.reka untuk latest updates baju raya 2017. Nanti macam mana nak order, Kak Siti Halilintar korang akan update cecantik sekali dengan measurement ok? Sementara tu tengok la dulu mana satu idaman kalbus.

Thanks korang!

Love me,

Anny 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...