Friday, April 7, 2017

Dari Jendela Anny : Mitos dan Benar Tentang Supplement dan Collagen


Dari Jendela Anny : Mitos dan Benar Tentang Supplement dan Collagen

Aku banyakla baca tulisan dalam facebook tentang bahaya mengamalkan supplemen kecantikan dan kesihatan ni.Pastu sibokla yang tukang jual bahan organik dan bahan semulajadi sedunia mengecam tindakan orang yang jual ni tak reti halal haramla,bahayakan orangla konon bahan dia tu selamat dunia akhirat.Terpanggil nak bagi ulasan,kerana aku antara pengamal supplemen tegar collagen dan vitamin seumpama dengannya.Janganla korang ingat supplemen tu hanya untuk putih memutihkan dan program putih semata..tidak tidak tidak.Supplemen bukan tujuan memutihkan kulit kau asalnya.Kalau kau nak putih sangat,kau cat muka kau putih.Ya itu baru putih.


Gambar zaman muda-mudi 10tahun dahulu.Belum lagi amalkan supplemen atau collagen.

Makin meningkat usia,kulit kita makin kendur dan hilang keanjalan.Jadi yang putih pun jadi kusam dan takde sinar. Kenapa? Aku bagi bahan kajian aku la senang.

1.Aku selalu pergi site dan kerja kat luar jadi selalu terdedah pada cahaya matahari.Kalaula aku tak pakai foundation ke atau serum protection ke apa kat kulit muka..sinar uv terus straight la pegi muka aku jadi rosakla kulit. Jadi kat sini penyelamat aku ialah foundation.

2.Tak cukup minum air,tapi aku cukup minum air jadi takde masalah dehidrate.Kulit cukup lembab then still okayla kot.

3.Diet tak seimbang tu aku.Dulu lagi teruk,pagi skip makan.Malam skip makan.So kulit tak dapat maintain,takde mineral,takde vitamin.Buah tak makan.Jadi aku perlukan supplemen,jadi kalau aku skip makan ke tak cukup vitamin ke,at least supplemen boleh bantu.Sebab aku tahu aku akan mengamalkan diet di sepanjang usia hidupku.

4.Aku kaki kopi.Kopi ada kafein.Kalau korang nak tau,kafein ni kira macam potongla apa-apa ubat kalau nak menyerap dalam badan pun.Tapi sepanjang aku amalkan suplemen collagen dan vitamin aku secara konsisten,kulit aku improve dan alhamdulillah takde masalah.Petua dia kau jangan telan botol collagen tu.Kalau boleh jarakkan masa pengambilan supplemen atau ubat dengan kopi tu dalam 4-5jam.Jangan bancuh collagen bersama kopi.Tu Malaysia bolehnya produk je yang buat.

5.Futsal dan exercise.Kita makin tua mesti lah kekuatan fizikal tulang dan joint tu makin kurang.Tulang tu aku maintain dari dulu dengan minum susu dan collagen.Susu kat coffee bean ngan starbucks tu memang pakai susu segar jadi memang elokla untuk tulang.Dulu aku kerja coffee bean memang hari-hari la bancuh segelas sebelum masuk kerja.Hot vanilla,hot choc,latte,mocha latte semuaaaa pakai susu segar..sampai la skarang memang dalam seminggu boleh kira la hari apa je yang tak minum kopi dan susu ni. Kau tengok putih gigi kau atau kuning juga bergantung kepada cukup ke tak kalsium yang kau ada.Kadang kita tengok ada je yang pergi cuci gigi selalu tapi kuning gigi pun selalu.Jadi kemungkinan sebab kalsium dalam badan juga.

6.Tak cukup tidur menjadi punca mata bengkak dan lingkaran hitam bawah mata.Sejak aku amalkan collagen,yang paling ketara ialah hitam kat bawah mata aku takla teruk sangat.Yela sejak ada anak kecik-kecik yang sukaaaaa bangun tengah malam dan bertahajud ni,kau pun tak cukup tidur sama.

Dulu masa zaman free hair,almost hari-hari aku guna hair dryer dan straightening rambut..gigih nak buat rambut curl curl kononnya.Jadi rosakla rambut aku,bercabang..kering rosak semualah.Collagen lah yang banyak support.Kuku aku yang senang patah pun takdela cacat semedang.

Apa je kau amalkan atau kau buat dalam kehidupan sehari-hari,janganlah berlebihan.Dah kata collagen tu kau kena minum sehari 3 sudu kau bantai siang malam 3 sudu. Pastu kau amik plak collagen lain konon nak cepat.Kau telan plak serbuk kurus cap ikan. Rosakla ginjal kau. Air kosong pulak kau amik 3 camca je sehari itupun sebab kau kena hujan petang tadi jadi nganga sekali then telan...pastu timbul issue amalkan supplemen ni tak eloklah..mendalah.Kalau tak elok,takde la orang gigih buat R&D untuk produk-produk yang dah ada kat pasaran.Kalau kau tak percaya sangat produk Malaysia,kau belilah obersea punya tu yang Doctor Zimbabwe buat.Harga RM 200-300 sekotak.Habis cerita. Transbella tu paling light kandungan collagen..amik hari-hari sebijik je.Ni nak minum air pun susah.Imagine la kau minum air gula hari-hari,tapi takde air kosong nak neutralkan balik buah pinggang kau.Manala tak rosak buah pinggangnya lahai..kalau korang ikut arahan dan recommendation insyaa allah semua selamat.

Itu je cerita hari ini.

Love me.
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...