Friday, May 12, 2017

Dari Jendela Anny : Mengata

Dari Jendela Anny : Mengata


Aku suka team ni.Suka gambar ni.
**Pesal gambar aku takde? Unfriend FB baru tau - siti nohaliza

"Kau ni Anny,bila nak pakai tudung?" Suatu ketika dulu,soalan ini diajukan oleh seseorang yang bertudung kepada aku. Sambil gelak-gelak malas nak menjawab,aku katakan adalah nanti sampai seru aku pakailah. "Sampai bila kau nak tunggu seru?" Siniskan bunyik dia.Inilah dah namanya kawan.Hentam je depan-depan.Tikam je.Sebab ayat dia memang betul pun.Yang tak betul,tup tup kau pula yang bukak tudung..ha tu tak betul.. Ramai orang boleh menghakimi manusia dengan apa yang kita nampak.Apa yang kau tonjolkan memang kadang 70% itulah kau.Orang akan judge kau muka buku dulu.Isi later.



Bila orang start pakai tudung,kau dah nampak dia yang sekarang mungkin terus baik pada pandangan kau.Sedangkan cara percakapan,cara layan mak bapak,cara kusyuk solat,cara amalan dan hati budi takkan drastik bertukar menjadi lebih baik.Malah ada yang sama atau makin buruk perangai.Tapi bab isi,biasalah manusia..itu later.Sungguh.Penat sebenarnya tengok kerenah manusia.Orang pernah pandang kau tak betul,fitnah,tohmah..semua disebabkan apa kau nampak.Tanpa usul periksa.Tanpa selidik punca.Jadinya,aku tak salahkan orang yang nampak.Kitalah yang salah.Dah tau sikap manusia ni memang sibuk suka mengata,kau post gambar kasik orang mengata.Begitulah ibaratnya.Kita yang membenarkan orang mengata.Apa yang kita tonjolkanlah yang sebenarnya mengundang segala tohmah.Salah siapa?


Tapi yang peliknya,ada yang marah bila orang mengata.Memanglah lantak dia nak post apa.Tapi katalah gambar tu memang mengundang orang mengutuk dan yang sudahnya kau plak bengang.Selalunya terjadi kat artislah.Kalau dah tau gambar mengundang dan kau heran tohmahan orang,jangan post.Simple.Ini dah tahu bulan puasa,kau tayang lepak tepi pantai bersantai,baru bangun tidur lepak lepak.Eh dah tentulah orang mulut longkang bersih pun akan bertanya puasa ke idok.Kalau non muslim tu lainla cerita.Nak bercuti bulan puasa tu lantak ekaulah,diam-diam sudeiii..eee namanya artis semuaaaalah nak share nya ponnn pelik aku.


Okay jomlah kita sibukkan hal sendiri.Banyak lagi benda kita nak kena buat.Capaian-capaian 2016 pun tak complete lagi.Haruslah kejar 2017 ni. Ada berbaki 6 bulan lagi.Jom.



Love me,

Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...