Friday, May 5, 2017

Dari Jendela Anny : Mood



Dari Jendela Anny : Mood


Iklan: Korang dah try sabun cuci muka ni.Mild je..bersih muka korang.Tak keringkan muka.

Kita as manusia mesti ada benda yang tak berkenan dalam kehidupan sehariankan?Yang mengganggu mood kau seharian. Contohnya macam kau menyapa boss kau dipagi hari tapi beliau tidak mengendahkan kau ke,terus mood kau bertukarrr..Kalau pagi-pagi nak pegi kerja tetiba kau sakit perut tapi tak sempat nak bukak seluar ke..kahkah. Kau pegi kedai makan,makanan kau nak tu habis ke..sedangkan kau punyala bermimpi nak menikmatinya sebelum kau tidur malam tu..Semua ni mesti spoil mood kau.Dependslah..kalau kau jenis tak kisah,benda kecik-kecik ni takkan mengganggu kehidupan kau lah kot.Tapi kalau dah kadang banyak kali berlaku,kau akan naik menyampah kot??

Aku ada perangai sakittttt mata tengok cara orang makan.Ni pun mengganggu mood aku jugak wei..Kalau ikutkan cara orang makan contohnya masa mengunyah kena tutup mulutla kot..bukan berdecak-decak.Bukan melahap-lahap mulut terbuka macam ikan jaws.Kadang berbunyi-bunyi mulut masa mengunyah.Kalau aku nampak,aku selalu alihkan pandangan..takkan tengok lagi.Aku rasa annoying ntahlah kenapa adoi

Pastu yang aku tak suka,sejenis perangai manusia yang tak berapa kenal atau yang kalau kenal pun suka troll orang tak tentu hala.Iyela aku ni sensitip sikit.Tapi tak juga..kadang kalau panggil kau dengan nama kau tak suka pun,aku rasa semua pun sama.Semua orang tak suka dipanggil gelaran kambing,tua,gemok..tak boleh brain la aku kalau semua ni kau anggap kelakar?Dulu aku ada kawan suka troll-troll ni,suka usik-usik guna gelaran masa kat sekolahlah.Sekali kita kenakan dia balik terus merajuk.Terus tak bertegur.Dahnya kau pun sensitip rupanya??Pandai pulak ya..

Then aku tak suka,orang sibuk-sibuk nak tahu perihal rumahtangga orang.Gaji berapa.Tetiba soklan tak berapa rahsia ni boleh tanya si empunya badan.Straighforward.Yaaa kau straightforward.Kalau aku dengar conversation macam ni depan aku,terus rasa hilang mood.Aku nak je tanya,kau boleh eh tanya gaji dia depan aku?Kalau laki dia seniri pun tak pernah nak tanya,kita-kita ni perlu ke tahu?Kalau kata la dia nak apply loan rumah kat bank kau ke,lain la cerita kena tanya gaji.Tu pun selalunya terus submit je slip gaji.Ni tak,beriya-iya tanya berapa gaji.Motif?

Hilang mood aku satu hari.

Kalau nak orang hormat kau,kau pun kena hormat orang juga. Kalau kau nak orang sayang kau,kau pun kena tunjukkan kasih sayang juga. Simple je aku rasa. Tapi bab paling aku tak suka ialah,aku tak dapat menikmati secawan kopi sebelum memulakan hari.Ni memang spoil mood aku satu hari.Kalau pegi travel ke,outstation ke..benda ni lagi kau rasa wajib.Kopi ni seakan jiwa.Mood.Bangun pagi nak buat keja kena ada mood.

Banyakla mood kau.Dah jom kerja.

Love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...