Friday, May 26, 2017

Dari Jendela Anny : Salam Ramadhan


Dari Jendela Anny : Salam Ramadhan

Sekejap je dah nak masuk pertengahan 2017.Selalunya company2 mesti dah review sales dan target yang nak kena kejar lagi 6bulan.Dah fikir payment collection dan plan untuk next year dan seterusnya.Itu je dalam kepala otak aku.Kerja.Kerja.Kerja.


Esok dah nak masuk Ramadhan.Selalu kalau aku balik beRaya,satu keluarga memang semua balik Ipoh.Dahnya semua orang pun orang Ipoh kan..ahh bahagianya..dulu ingat lagi time single,balik raya mesti 3-4 pagi sebab nak elak jam.Sahur je terus.Sorang je drive.Sampai je rumah mak,terbongkang tidor.Bangun je siap kemaskan rumah,bawak mak gi shopping apa patut ke.Usha-usha carpet baru ke.Pastu kot rajin buat satu kuih wajib iaitu biskut cornflakes.Resepi mak aku punya lah paling tersedap kat dunia ni.Kalau buat satu balang,aku habiskan sorang aje leklek je.Sejak cuba ber diet sepanjang zaman ni,aku hanya makan setengah balang je.Pagi raya,pegi mesjid ngan mak and adik.Itu zaman single.Sekarang dah beranak pinak agak ribut sikit kena siapkan askar-askar.Dapat bayangkan tak?

Aku penyimpan mohor sisa sisa cinta nak memohon ampun kepada sesiapa yang aku ada terlukakan hati secara sengaja dan tak sengaja.Yang sengaja tu selalunya gurau manja..yang tak sengaja tu selalunya emosi.Emosi campur syaiton jadilah emotan.

Salam ramadhan untuk semua especially untuk Kak Siti kita.
Jangan marah-marah,nanti cepat gemok.
Okay tak kelakar.

Bye

Love me?
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...