Monday, May 1, 2017

Dari Jendela Anny : Tan Sri Syed Bukhari Part 2



Dari Jendela Anny : Tan Sri Syed Bukhari Part 2

First time nampak beliau pun aku dah excited.Tak silap aku terserempak 5-6 tahun dulu dekat Concorde Hotel,Kl.Aku yang kebetulan ada dinner dengan rakan kerja kat situ mengharapkan untuk menemubual beliau..tapi terpaku.Apakah soklan yang aku nak ajukan pada beliau?Kerlass kau Kiah nak interview Tan Sri ya. Nak cerita tentang beliau dan perniagaannya aku rasa semua orang tahu beliau antara orang Melayu terkaya di Malaysia.Google saja,semua info keluar.Jenis perniagaan apa,charity dan biodata.Biar aku beri kesimpulan tentang Tan Sri Syed Bukhari ni mengikut firasat aku okay?



Aku rasa Tan Sri ni..

1.Tak suka ditemuramah oleh wartawan terutamanya tentang achievement beliau.
2.Beliau selesa bekerja dibelakang tabir,maksudnya memberi tugas penting kepada orang lain untuk melaksanakannya.Beliau menjadi tunggak dan advisor atas tugas-tugas penting.
3.Beliau pernah hidup susah.
4.Pernah jatuh bangun untuk membangunkan empayar perniagaan beliau.
5.Pernah kena tipu.Bukan kena tipu macam april fool tu.Kena tipu dalam meniaga lah ya.
6.Tak pandai satu-satu benda especially berkaitan technology terkini jadi beliau kena belajar atau cari orang pandai untuk melaksanakan tugas-tugas terlibat.
7.Terlibat dengan perniagaan seperti pembinaan kerana tiada pilihan.Ini antara cara cepat berkembang.
8.Tak suka expose diri,keluarga dan harta.
9.Berjihad dengan melibatkan diri dengan banyak charity,membantu orang susah,anak yatim dan membantu orang lain membina empayar.
10.Sangat,sangat,sangat,sangattttttt merendah diri 100juta kali rendah diri.Kalau tak,masa kan beliau enggan di temuramah disebabkan beliau tersenarai antara melayu terkaya di Malaysia.Malu katanya..ada ramai lagi orang lagi kaya daripadanya.

Betul aku cakap,aku dah penah call orang "kaya" yang nak buat appointment pun kena check dulu samada PA dia kenal aku ke tak.Itu yang confirm tak tersenarai dalam Forbes pun.Tan Sri ni kalau tak kaya harta pun,subhanallah kaya akhlak.Dengan orang memang tak sombong.Aku berani kerat jari. Business is about time.Beliau memberi masa 34tahun untuk membina perniagaan-perniagaan yang beliau lakukan.Melibatkan diri dengan perniagaan memerlukan masa,membentuk character,membina jenama,mencipta integrity dan prinsip..bukan mengharapkan kekayaan dan kemewahan semata-mata.Dapat banyak ke sikit ke pun bersyukur.

Bekerja makan gaji pun boleh success,boleh ada banyak harta.Tetapi menjadi usahawan membentuk character survivor yang hanya orang business yang faham.Kau takkan boleh share kesusahan dan masalah business kau dengan orang yang bukan business kerana ideologi mereka tak sama ngan kau.Up and down tu subhanallah,Allah sahaja yang tahu dimana kau berada.Kalau kau bagitahu kesusahan kau pun,kadang sukar untuk orang percaya..

Aku ter inspired dengan businessman yang mempunyai akhlak dan pejuang agama yang hebat ni.

Korang pulak macamana?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...