Friday, June 2, 2017

Dari Jendela Anny : Perempuan Vinyl Floor.

Dari Jendela Anny : Perempuan Vinyl Floor.

Dah seminggu berpuasa kan korang.Salute lah mak mak yang bekerja dan balik sempat masak. Dengan ada anak lagi. Buat kerja rumah lagi. Hoiii letihhh dan tidaklah dapat hamba melakukan semua pekerjaan se perfect itu. Nasib baiklah aku masih tinggal dgn mertua. Mak mertua aku lah yang banyak membantu dan beliau sangat sangat sangat baik sebaik baik manusia tu je nak cakap :) alhamdulillah. Cakap pasal letih,minggu ni punyalah letih. Adalah buat sikit-sikit kerja supply and install vinyl untuk office dan rumah. Jadi kadang tak cukup orang nak pasang,kenalah turun padang. Kalau korang tengah plan nak buat lantai baru kat rumah korang pun bolehlah buat ala-ala gini. Sekarang ni schedule masih ada slot kosong jadi korang bolehla call 019-3715915 kalau nak quotation ke apa ya. Tak mahal pun,tengok pada area size. Selalunya kalau kat hall,dining masuk dapur sikit ke atau bilik bawah tu lebih kurang rm5k kebawah je. Kiranya masih lagila dalam lingkungan 500sqft. Tak kisahlah area mana, sila nyatakan kalau boleh dicapai. Selagi masih ada slot kosong kita selit-selitlah tapi kalau tak,minta maaf kosong-kosong lah ya.








Kadang buat kerja macam ni, orang jarang tengok installer pompuan. Kalau buat keja kat office-office, berkerumun la orang tengok kat luar tingkap macam tengok zoo dan kitaorglah panda yang mahal tu. Kong jaq diaorg ni, pastu buat-buat bising macam kan aku tak dengar kau sembang apa ya. Tapi takpelah, semua itu pengalaman. Masih ingat lagi masa aku pegi kilang perodua nak melawat site. Dah tentulah kat dalam tu banyak lelaki yang kerja pasang-pasang keta tu. Nak masuk kilang je aku mesti gelabah. Berpeluh-peluh bukan apa, nervous. Tunduk je aku pandang lantai. Kata buat lantai kann. Ada yang acah-acah nak langgarla. Ada sekali tu aku pakai seluar petak-petak warna kelabu macam 70's la corak dia. Nak meeting la kat office dalam kilang tu,kenala melalui jalan penuh berliku..Sekali di sapa "Hi kak, apsal akak pakai kain pelikat kak?" Sejak tu aku dah tak pakai dah seluar corak kain pelikat tu. Ee. Stress kan?



AnneSuraya ada diskaun ya jangan lupa. Ada 30% discount untuk loose item 3 pcs atau 1 set. Raya promo ya. Tak masuk postage.

Okay korang. Selamat menjalani ibadah puasa sambil meningkatkan amalan. Terawih aku full lagi ni walaupun buat 8 rakaat je. Eceh.

Bye.

Eat.Work.️.Pray.Love.
Anny.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...