Friday, June 23, 2017

Dari Jendela Anny : Raya 2017


Insyaa allah Ahad ni raya.Macam tahun-tahun sudah,aku balik beraya Ipoh.But this time family mertua semua dah kat KL.Kalau macam tahun-tahun sudah,semuaaa kat Ipoh..ahh bahagianya.

Bak kata Kak Siti,dah 3x raya kitaorang bersama.Pejam celik,baik buruk,gaduh tampar,semua dah..end up Kak Siti kesayangan korang tetapppp sayang aku..hehe.Manakan lupa kasih jasa orang yang boleh ada masa susah senang kau.Yang menyaksikan kau sakit dan jatuh,merangkak dan berlari..orang paling rapat ngan kau ni,bukan duit ringgit yang kita tadah..tapi ikhsan,kasih,dengar,motivate,pujuk..komunikasi cemerlang,insan terbilang..gituuu

2 hari lepas,kita orang terlepas tengah malam pergi berjimba.Kak Siti korang ni tetiba lah nak merasa jejalan kat Jln Tar.Padehal hari-hari kau ikut jalan tarmac tu.Kadang bila kau terlanggang jalan tar berlubang,kereta kau pun turut berlubang.Hati jadi panas,kereta langgar lubang paling teruk memang habislah rim kereta kau kemek.

Sembang-sembang pasal kengkawan ni kadang,rasa kelakar.Tapi sayang..memang ada yang sukar nak beri kemaafan.Sukar nak ubat hati bila berdendam.Kalau ikut dendam,semua orang ada cerita.Cerita yang menggamit perasaan kau,sampai kau benci orang tu.Sedangkan kau penah tido sebantal pun dengan orang yang kau benci dek tersilap kata tu.Kau nangis-nangis mengadu tentang masalah boifren kau kena culik satu ketika dulu,tapi bila orang cucuk kau sikit terus kau goyang dengan sahabat lama kau.Kadang aku tak paham,nak terasa sebab kawan tak tolong amik kau dan hantar kau dari jarak 30km sedangkan kawan kau ni tengah bekerja.Bertahun juga cerita ni dijaja merata hala.Tak sayang ke persahabatan tu nak jaja-jaja cerita begini?Lepas tu kau putuskan pulak persahabatan dengan kawan-kawan yang baik dengan orang kau tak suka tu.Pastu kau tuduh budak-budak tu fake friends?Kau dah kenapa Jemah?

Hehe..sorry ek.Aku dengan rasa rendah diri,memohon ampun dengan semua orang yang penah aku guriskan perasaan.Kadang memang tanpa sedar,kadang masa marah,masa hilang pertimbangan,masa kurang sabar,masa hati runsing,syaitan selalu berusaha untuk memutuskan sillaturrahim..ya kita semua tak sempurna.Hari ni kau nampak akhlak dia mungkin elok,esok mungkin dia termarah kau semasa bekerja atas kesalahan besar,kecil..semuanya bergantung pada diri kau untuk ucapkan kata keramat ini.

MAAF.

Selamat hari raya semua.
Selamat semuanya insyaa allah.

Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...