Friday, June 16, 2017

Dari jendela Anny : Sayyidina Hamzah dan Rasullullah saw

Dah tinggal seminggu lagi nak raya.Bulan ni memang terasa laju ya amat.Pejam celik dah nak penghujung Ramadhan.Sedih..

Korang pernah dengar tak cerita Saiyidinna Hamzah,bapa saudara Nabi Muhammad.Saiyidinna Hamzah telah dibunuh oleh seseorang yang bernama Wahsyi,yang diupah oleh Hindun dalam perang Uhud.Saiyidinna Hamzah ni sangatlah menyayangi dan melindungi Rasullullah saw. Kalau ada yang kutuk caci hina Rasulullah memang siapla mau kena ketok kepala darah-darah,ibarat gitu la. Kalau perang je memang dialah yang akan mengepalai tentera dan berjuang habis-habisan..rasullullah sangat sayangkan bapa saudaranya sehinggalah beliau dibunuh..



Suatu hari, Wahsyi pembunuh upahan Hindun yang berada di Mekah menyatakan hasrat untuk masuk Islam. Wahsyi risau dosa beliau tidak diampun lalu meminta isterinya bertanya kepada Rasullullah. 

“Wahai Rasul, suamiku mempunyai dosa yang sangat besar, kalau ia masuk Islam dan bertaubat, apakah suamiku di ampuni?”

Maka Rasullullah saw berkata,


“Allah memaafkan semua yang terdahulu jika orang itu mahu bertaubat, semua yang masuk Islam dan bertaubat sudah tidak mempunyai dosa lagi”. 

Maka Isteri Wahsyi pun pergi menemui suaminya dan berkata Rasullullah saw,

“Allah akan mengampuni semua yang kisah silammu kalau kau mahu bertaubat dan masuk Islam”

Wahsyi berkata pada Isterinya,

“Rasulullah saw tahu tak kamu isteri saya?” 

maka berkata Isterinya, 

“tidak ku sampaikan padanya"


“katakan dulu, mustahil aku diampuni”

Maka Isterinya pergi semula kepada Rasulullah saw,

“Ya Rasulullah, apakah betul semua dosa akan di ampuni??? Suamiku ketakutan.."

Rasullullah saw berkata,

“Sudah kusampaikan beberapa waktu yang lalu, Allah memaafkan apa-apa yang terdahulu”
Maka Isterinya berkata,

“Ya Rasulullah, suamiku adalah Wahsyi yang telah membunuh bapa saudaramu, membelah dadanya, mengeluarkan jantungnya, mencungkil kedua matanya, dan memotong bibir, hidung dan kedua telinganya”

Berubah wajah Rasulullah saw, beliau terdiam dan tidak menjawab, lalu tunduk dan menunduk..

(Sedih aku bayangkan masa ni perasaan Rasulullah..)

Turunlah ayat.

“Katakan Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas dalam berbuat dosa, jangan berputus asa dari kasih sayang Allah, Allah mengampuni semua dosa”

Selepas itu,Wahsyi lantas memeluk Islam.

Rasullullah saw berkata,

“Kau wahsyi yang telah membunuh bapa saudaraku? Hamzah bin Abdul Muthallib”

“Betul wahai Rasul, aku telah berbuat ini dan itu”

“Kumaafkan kesalahanmu, namun satu hal, jangan perlihatkan wajahmu lagi di hadapanku selepas ini”

“Kenapa wahai Rasulullah, bukankah kau sudah memaafkan aku?”

“Aku sudah memaafkanmu, tapi kalau aku lihat wajahmu aku terbayang wajah Hamzah bin Abdul Muthallib yang rosak di hancurkan olehmu saat itu, aku teringat wajah Hamzah, makanya jangan muncul di hadapanku lagi”


Wahsyi kemudian terus kecewa di dalam hatinya sampai munculnya Musailamah Al Kaddzab musuhnya Rasulullah saw, dan Wahsyi bernekad,
“Inilah tombak yang kugunakan untuk membunuh Hamzah bin Abdul Muthallib akan kugunakan juga untuk membunuh Musailamah Al Kadzab, barangkali sedikit dapat menebus kesalahanku yang lalu”
Cerita ini aku kaitkan sedikit dengan cerita kes buli pelajar-pelajar universiti baru-baru ini yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang pelajar. Ibu bapa yang merintih sedih kehilangan anak tercinta. Ibu bapa yang kecewa sedih kerna anak-anak yang terlibat menyebabkan kehilangan nyawa itu ialah anak-anak mereka. Bahkan, ia berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia. 
Kisah nabi jika nak dikaitkan akhlaknya yang pemaaf,masyaallah..Sebaik-baiknya manusia, budi pekerti dan tubuhnya” 
dan Rasullullah saw telah disampaikan oleh Allah subhanahu wata’ala,
“Sungguh engkau mempunyai akhlak yang agung”(QS Nun 4)
Dan firman Allah swt pula,
“Telah datang kepada kalian utusan dari bangsa kalian, berlemah lembut dan sangat peduli atas musibah yang menimpa kalian dan sangat berlemah lembut kepada hamba-hamba Allah yang beriman dialah Sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam”
(QS Attaubah 128)
Siapalah kita yang mampu redha dan sabar jika perkara sebegini berlaku terhadap kita.
Aku juga tak mampu.Itu pasti.
Allah bukan sahaja menduga keluarga mangsa,malah ahli keluarga pembuli dan kita semua yang membaca kisah-kisah ini.Sakit,perit..sedih..hiba,geram..semua ada.Respon menghentam for sure tidak dapat mengembalikan nyawa dan hukuman yang bakal adik-adik itu terima.Aku kasihankan ibu bapa mereka.Kecewa dan sedih kerana tidak pernah menyangka musibah sebegini.
Siapa dalam dunia ini akan menyebelahi pesalah.Tentunya semua geram.
Tapi satu kita perlu tahu, proses memaafi itu berseni.Dugaan begini melibatkan banyak proses dan perasaan.Islam itu indah jika kau lihat keluarga mangsa dan keluarga yang terlibat masing-masing sedih berpelukan memohon maaf.Kita semua pendosa.
Untuk kita semua pendosa..dan rata-rata yang tak dapat menerima kesalahan besar yang telah mereka lakukan..ingatlah dan jangan merasa kecewa.Masih belum terlambat untuk bertaubat..

“Katakanlah Wahai hamba-hamba Ku, yang telah melampaui batas dalam berbuat dosa jangan berputus asa dari kasih sayang Allah, sungguh Allah Maha Mengampuni semua dosa, dan sungguh Allah Maha pengampun dan berkasih sayang” (QS Azzumar 53)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...