Friday, June 9, 2017

Dari Jendela Anny : Vinyl Lagi.

Dari Jendela Anny : Vinyl Lagi.

Minggu ni dah masuk minggu kedua puasa. Projek Vinyl Raya masih berjalan dengan lancar. Project manager uols sekarang nampaknya berada di Kelantan untuk pemasangan sebelah pantai timur untuk minggu ini. Gitulah kerja, last week kat Melaka. This week kat Pahang seterusnya Kelantan. Dah macam round satu Malaysia. Lek je kejap utara, kejap timuran. Jomla layan kejap cerita kerja minggu ni.

*Nangesss*


Antara pilihan warna untuk lantai korang. Kebanyakan untuk rumah-rumah memang suka pilih warna coklat gelap. 


Ha dah siap.Nexttttt.


Okay sini pun beresss.Nextttttt.Eh.


Ni epoxy floor coating namanya (tiba-tiba epoxy). Epoxy floor strength ni sangat kuat gilerrr dabeng. Selalunya jenis floor ni apply kat kilang-kilang. Jenis floor ni seamless,takde joint jadi bolehlah prevent chemical untuk menyerap ke dalam concrete yang selalunya mengakibatkan concrete rosak dan lemah. Kalau dah lantai buruk, susahlah nak capai standard yang diperlukan. Antara yang kena audit ialah lantai. Kalau dah buruk dan nampak kotor maka bila time audit alamatnya peninglah kepala. Bye bye.

Client selalunya akan straight tanya harga kalau nak buat lantai untuk rumah. Tapi aku advise awal-awal selalunya harga akan ikut berapa besar yang nak buat,kalau kecik area size yang nak buat kita akan berpandukan area size minimum 500 sqft. Jadi, kalau tempat jauh dan tak cukup sampai 500 sqft,kita akan advise untuk cari je semua area untuk cukupkan 500sqft dah siap supply and install. Area KL dan Selangor bolehla lagi kalau ikut area size kurang dari 500sqft. Bolehla nego. Tengok pada availability ya tuan puan.


Alhamdulillah, seronok buat kerja kalau kau enjoy apa kau buat. Bukan semata-mata fikir untung. Untung besar ke kecik ke, apa je rezeki yang kau dapat..rasa sangat bersyukur. Seronok bila kau ada team yang hebat dan komited. Tahu apa kena buat. Communication yang jelas. Semangat rasanya nak bagi team kau puashati dan selesa. Insyaa allah. Slowly but surely.

Jangan lupa @annesurayaskincare masih ada harga promosi. Beli satu set dengan diskaun 30% atau beli 3 item dengan diskaun yang sama maka dapatlah anda menceriakan kehidupan Kak Siti dan Angelina Julin. Kak Siti Nurhalijah skang sangat komited dan dedikasi kat tempat kerja. Kak Siti sangat disiplin. Cakap kat telefon pun laju menyamai kelajuan cahaya dalam 3juta meter sesaat. Kak Siti bijak.



Jadilah seperti Kak Siti.

Okay korang, rasa cam awal lagi nak nyanyi lagu Raya. Minggu depan eh?

Eat.Pray.L⚽️ve.
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...