Friday, July 28, 2017

Dari Jendela Anny : Down

 Dari Jendela Anny : Down

Kerja macam aku ni,setiap hari kena berjumpa dengan manusia.Kalau takde jumpa orang,takde sales activity maknanya takde buat kerja la tu..gitu la ibaratnya..


Bila dah selalu sangat jumpa orang,kita pun boleh baca dan boleh tau samada yang kita follow up tu potential customer ke,atau customer ni tak suka kita ke..semua dengan first impression yang ditonjolkan.

Masa mula-mula aku menceburi bidang ni,kerja "menjual" ni bukan minat aku.Tapi sebab dah terjebak dan aku keep doing and meeting people,follow up dan try close the deal,alhamdulillah tahun pertama bolehlah achieve 1million sales.Dalam pada tak suka,tak minat..try plak carik kerja lain,dapat kerja lain tu,lepas tu tak nak pergi..ada benda membuatkan aku stay in this industry sehingga hari ini.


*sekadar gambar hiasan



Aku bukan jenis peramah,ada orang memang dah semulajadi peramah.Semua orang boleh masuk.Aku rasa aku peramah time kerja je kot.Ada sekali tu,aku jumpa lah seorang project manager ni nak introduce product/material.Dalam sekerat jalan bercerita tu tetiba ada sorang perempuan masuk bilik,mencelah nak bertanyakan sesuatulah pada PM ni.Lepas tu pompan ni diperkenalkan pada aku.Dia pun memang dalam department yang sama so beliau pun banyaklah bertanyakan tentang product yang aku carry.Dalam pada tanya tak tanya tu tetiba beliau menghentam product aku,kenapa aku direct dengan company dia yang so called "gah" tu lah,kenapa tak direct dengan architect dulu la..mulanya,memang aku refer to the architect.Tapi maybe untuk phase yang berlainan.Tapi architect tu seniri bagitau kena mintak approval atau introduce direct dengan company "gah" ni jadi aku pun teruslah direct.Bukannya main redah je pun,at first mesti buat appoinment dengan PA beliau.Lepas tu dah tau pun motif viral apa aku nak datang pun.Tetiba tak alih,masuk pompan ni yang datang dari planet mana ntah..suh aku ikut procedure.Yang PM ni pun,taknak kalah..halfway tetiba suh aku go tru architect.Yang paling aku tak boleh lupa ayat perempuan ni, "Eh kesiannya you,architect pun taknak layan you kan.Patutnya,architect kenalah recommend you kat kita.." sambil sinis-sinis.Ahhh memang hati aku agak panas dah masa tu.Rasanya dah lama aku tak lalui benda-benda bodoh macam ni.Atas dasar professional,dan aku pun mengaku aku pun lupa dah architect tu in charge phase mana.Seriouslah aku pun lupa siapa yang cadangkan aku direct jumpa PM atau perdana menteri ni...kahkah padan muka aku

Memang hari tu aku down sekejapla setelah diperkecilkan.Balik tu call Suraya,carut-carut la mengadu dengan akak Siti korang.Memang lahanat rasa dia.Tapi,untuk kau dan kau.Aku akan datang semula.Aku takkan give up.Takat-takat kau kecilkan aku begitu,tak jadi barah pun..dah biasa dahhh..

Well,kau tak boleh paksa orang suka kau.Dan kau tak boleh rasa semua orang akan terima proposal kau.Sesekali,terimalah rejection ini Anny.Yayayaaaaa...


Love me,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...