Friday, July 21, 2017

Dari Jendela Anny : Maklang Dah Takde :'(



Dari Jendela Anny : Maklang Dah Takde :'(

Kehilangan

Dalam hidup aku,adalah beberapa kali aku merasa kehilangan.Kehilangan benda yang aku sayang,kehilangan kucing yang aku bela,dan kehilangan orang-orang yang pernah rapat dengan aku. Korang pun mesti pernah melaluinya kan..antaranya memang sangat terkesan dengan kehidupan kita.Aku pernah hilang belt yang aku sayang.Punyalah simpan baik-baik macam nak gila.Sampai sekarang aku terbayang-bayang belt kesayangan ni.Ntah apa aku suka sangat belt tu aku pun tak tau.

Pastu,masa study aku pernah bela kucing.Duit nak makan pun tak seberapa ada,lagi nak bela kucing.Tapi speselnya kucing ni ialah aku dan "besfren" aku masa tu kutip kucing tu masa kitaorg pergi minum kat ss15 subang.Disebabkan kesian dan kucing tu nampak menarik,kitaorg pun decide bawak balik.Habislah kucing tu kena sental dengan pantene bila balik rumah masa tu.Punyala banyak kutu kucing ni wei.Tapi sejak dibela dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh,memang kucing itu setaraf kucing kelas atasan gituuu.Akhirnya kucing itu hilang ketika besfren aku sibuk kenduri,ntah diambil orang ke atau kucing itu sendiri gagal mencari jalan pulang aku pun tak tau..
bye bye kucing..

Pagi Khamis semalam masa aku ralit buat kerja kat office,tiba-tiba dapat satu mesej di group whatsapp dari saudara mara.Memang group whatsapp ni khas dibuat sejak makcik aku jatuh sakit.Maklang sebenarnya dah banyak kali keluar masuk hospital atas sebab kesihatan berkaitan paru-paru.Cuma penyakit mak lang tak boleh dikenalpasti apa puncanya.Maklang selalu sukar bernafas.Hinggalah satu hari Mak Lang dimasukkan ke wad kecemasan dan tak sedarkan diri masa bulan puasa lalu.Aku pun beberapa kali melawat Mak Lang di hospital.Selepas raya aku pergi melawat,mak lang dah mula sedar.Dengan keadaan yang tak boleh bercakap,mak lang banyak tunjukkan isyarat tangan dan menulis.Masa tu mengalir air mata sayu dan aku berikan kata-kata semangat pada maklang.Sesekali maklang senyum..



Cerita pasal maklang aku ni,beliau memang sangat baik orangnya.Dari aku kecik hinggalah besar,setiap kali ke KL kitaorg satu family mesti bermalam kat rumah maklang berhari-hari.Maklang siap bagi kunci rumah untuk senang kami sekeluarga keluar masuk rumah semasa ketiadaan maklang dan ayahlang kat rumah.Yelah..diaorg pun kerja..

Betapa baiknya maklang bila meraikan tetamu sehinggakan setiap kali kami bermalam dirumahnya,maklang tak pernah gagal menyediakan breakfast yang menarik keesokkan paginya.Simple dan sungguh selera.Apa maklang sediakan semuanya meriah.

Pagi semalam,maklang dah takde.Allah dah ambil maklang.Aku sangat sangat sangat sedih.

Maklang selalu encourage aku jadi orang "baik2".Maklang mempunyai akhlak yang sangat baik bagi aku,hormat orang tua dan orang muda,suka memberi semangat pada anak-anak buah..maklang bertudung labuh dan sangat bersederhana.Tutur kata maklang lembut,hinggakan aku segan kalau tak berubah-ubah bila berjumpa maklang..Maklang selalu puji kalau aku cuba-cuba pakai tudung dulu-dulu.Memang tak sempurna hinggalah sekarang,tapi maklang sangat gembira aku ambil langkah pertama untuk berubah..diusik-usiknya aku kalau berjumpa..oh air mata..

Bila maklang takde,aku bayangkan betapa allah tu sayang dan cepat je ambil orang-orang yang baik macam maklang.Anak maklang yang no 2 pun dah lama meninggal,accident masa maklang dan ayahlang sedang menunaikan ibadat haji.Dugaan mereka cukup hebat..tapi insyaa allah,habuan mereka bertemu disana anak beranak insyaa allah hebat juga..amin.

Terasa benar bila kehilangan maklang dan ia banyak menginsafkan aku.Aku nak jaga mak abah aku selagi bernyawa.Ntahkan mereka atau kita yang pergi dulu,semuanya rahsia allah.

Bila kita kehilangan sesuatu,kita mula mencari-cari memori yang pernah kita lalui bersama.Aku orangnya sangat beremosi,kehilangan begini akan memberi kesan kepada aku kadang berhari-hari.Dulu putus cinta pun rasa murung merana.Aku nampak je okay sebab sibuk bekerja.Sengaja untuk pilih nampak okay agar tidak mengganggu kekalutan hidup aku.Ada beberapa kali kemurungan melanda hidup aku tapi cepat-cepat aku atasi..tak perlulah bercerita dengan manusia sana sini,dan biarlah hanya allah sahaja yang tahu..once aku pilih untuk jadi kuat dan tabah,aku akan terus lupakan benda-benda yang mengganggu fikiran ni.Kita boleh bersedih,dan kita boleh kembali ceria.Kau tetapkan masa.Kau nak 2hari sedih ke,5hari murung ke..semua memang perlukan masa.tapi cepat-cepatlah kau bangkit.Jangan lama sangat bersedih.Tak bagus..

Allah bagi kita rasa sakitnya perpisahan hanyalah tak lain ujian semata-mata.Manusia kadang tak pernah menghargai perasaan orang lain yang mungkin memberikan perhatian padanya..sehinggalah terputusnya ikatan itu barulah kita tersedar dari lamunan.Maaflah,aku sungguh beremosi malam-malam begini..

Alfatihah untuk maklang dan semua yang telah pergi.

Tingkatkan amalan dan cubalah berikan perhatian pada orang sekeliling kita terutama kepada siapa yang masih ada ibu bapa..jangan tunggu hingga allah berikan rasa "kehilangan" itu yang tidak terduga bila,ya allah sakitnya..tak tergambar dek kata-kata..

Maklang..terima kasih bantu saya dulu-dulu.
Saya sayang maklang..
Kita jumpa nanti ya Maklang..
Insyaa allah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...