Monday, July 3, 2017

Dari Jendela Anny : Selamat Hari Raya Ke-6

Assalamualailkum..


Kita back-dated sikit entry Si Anny ni. Patut publish Jumaat lepas. Nanti untuk Siti Nohaliza punya raya entry kita update petang-petang sikit eh? Lagipon harini tak ramai pon yang dah masuk kerja. Kan? Si Intan Khamis dah kerja. Aku pon tak paham orang masuk kerja awal-awal ni. Macam I, semalam baru sampai rumah sendiri. Sampai rumah terus la setel kain. Bila dah setel semua, baru lega. Today semua back to routine. Sazli kerja, Shein sekolah…. Nanti lepas ni kita penuhkan weekend activities dengan Open House pulak lah. Tadi masa nak timbang punya saspen, sekali tengok below 60kg and takde naik lagi. Legaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Dari Jendela Anny : Selamat Hari Raya Ke-6

Masih dalam Raya mood.Ada yang dah balik KL,rilex,ada yg kerja,ada yang pergi bercuti..Seronoknya lahai balik raya rumah Kapten hari tu.Mak la paling sibuk..semua jenis menu nak buat sebab semua anak-anak balik.Dah tak larat dah mak,tapi still la gigih juga membuat segala benda.

Mengenangkan pengorbanan mak,dari aku kecik sampai besar..mak sangat banyak berkorban untuk keluarga.Mak banyak bantu abah meniaga dulu lepas abah pencen.Aku tahu mak bukan jenis meminta-minta.Sampailah aku dah bekerja,berkeluarga..itulah mak,susah ke senang ke..mak tak pernah mintak aku duit nak bayar itu ini.Mak tak bekerja,tapi rezeki mak ada je insyaa allah tak pernah putus..






Beberapa issue yang aku saksikan pengorbanan mak membuatkan aku selalu bertekad nak bagi mak abah senang.Setiap doa aku bayangkan muka mak.Berilah aku masa ya allah membaiki kerosakan yang telah aku lakukan.Berilah aku masa berkongsi kasih yang kau pinjamkan ini.Aku ingin gunakan sebaik-baiknya.Zaman muda mungkin kita jahil lagi tentang pengorbanan dan kasih seorang ibu.Bila kau dah jadi mak,kau tahu..apa sahaja kau lakukan,hati kau memang untuk anak.


Dulu aku tak suka berkongsi cerita kesusahan atau apa sahaja dengan mak.Taknak bagi mak susah hati sebenarnya.Tapi sejak dua menjak,aku perlukan doa mak.Doa mak memang menakjubkan.Kadang bila berkongsi cerita,bukan kerana ingin doa dikabulkan atau tidak..tetapi hati rasa tenang.Rasa gembira bila response mak yang faham ke tak dengan cerita kita ni,cuba juga mak nak digest..Kadang meleret-leret sampai sejam dua bersembang.Aku bukan anak kesayangan beliau.Dan aku tak kisah pun bukan jadi pilihan.Sebab kalau masa dulu-dulu,nak kemana aje mak aku takkan ajak aku.Yang jadi mangsa adik pompuan aku lah.Jadi aku selamat disitu lepak tengok tv sambil silang kaki hehehe


Aku masih ingat,terngiang-ngiang..kata-kata mak.


"Kamulah anak yang paling banyak membantu tetapi Allah pun bagi paling banyak dugaan pada kamu..."


Sambil teresak-esak kecil dalam corong telefon.Masyaallah..Masa tu aku tersedar,mak sebenarnya memberi perhatian pada aku..


Semua adik beradik membantu,tapi mungkin aku kerap kot.Bukanlah semuanya dari segi wang ringgit yang kau kena tolong.Dulu aku selalu rasa jika membantu mak,mak akan melebihkan rasa sayangnya pada aku.Mak nampak effort aku dan akan menatang-natang aku dalam minyak yang penuh.Janganlah kau ada rasa begitu..


Selepas beberapa insiden yang membuatkan kau tersedar..kau buat apa pun kat dunia ni,buatlah kerana Allah.Aku hanya nak bahagian itu untuk selamatkan aku di dunia dan juga akhirat.Aku nak keberkatan.Aku nak Allah sayang aku.Aku tak betul,aku jahil,aku banyak dosa..mungkin dari situ,sikit-sikit Allah pertimbangkan kebaikan yang kau ada..Sebab kau bantu mak bapak kau selagi masih nyawa.


Jadi sempena hari raya ini,yang ada simpan luka dan parut pada ibu bapa..rawatlah.. Kita yang ada luka,masih tak mengapa..tapi jika mereka yang terluka..aduhai..meranalah dan tak tenanglah hidup kau walaupun Allah bagi kau kaya dan mewah..


Selamat hari raya.

Maaf Zahir Batin.


Eat.Work.️.Pray.Love.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...