Friday, August 4, 2017

Dari Jendela Anny : Penat


Dari Jendela Anny : Penat



Minggu ni penat sangat.Penat otak,penat badan..sampai rasa nak berehat manjakan diri urut-urut atau facial pun tak sempat dah rasanya.Weekend memang full lah activity keluarga aku lagi lah tak sempat buat apa.




Cantik kan rumah dengan lantai macam ni.Boleh contact aku untuk buat lantai ni ya.Murah aje dalam 5k *ikut area size.

Iklan jap.



Jadi surirumah lagi penat aku rasa.Dengan bangun pagi menyiapkan anak,yang rajin menyiapkan sarapan untuk anak bawak bekalan,kena basuh bajunya lagi,sidai lipat kain,kemas rumah...korang imagine yang bekerja tanpa maid membantu and buat semua kerja tu semua sendiri.Tak ke kematu kaki si jemah,jegang tangan jari jemari.Dapat plak suami yang tak membantu..adoi..

Masa zaman aku single,kengkawan masa tu ramailah dah kawen awal.Jadi anak dah besar-besarlah skang..kalau aku menumpang tidor kat umah kengkawan yang dah ada anak,aku pun sempatlah menyaksikan kengkawan aku bangun pagi nak pergi kerja seawal 530am.Siapkan anak,siapkan apa patut,hantar anak pegi rumah pengasuh,balik rumah siap masak,basuh baju bagai..without fail aku tengok tiap kali aku tidur rumah dia,tak pernah miss bangun 530 paginya.Rumah sentiasa kemas je.Dan paling tidak,aku rasa tu sebab Allah murahkan rezeki beliau sekarang.Sebab menjaga seisi rumahtangga tanpa rungutan dan keluhan..



Tapi,tak semua mampu buat apa yang kita buat.Tak bolehlah nak compare-compare.Tahap kemampuan manusia memang berbeza.Bila seseorang tu dah biasa dan tiada pilihan,memang semua benda beliau boleh lakukan.Bila fikir-fikir balik,kau pun akan terkejut macamana kau boleh survive sampai sekarang dengan segala kekalutan dan kesusahan yang kau alami.



Yang penting jangan berhenti dan putus asa,kau minta dengan Dia.Kadang kita nampak orang tu susah hidup dia,10tahun begitu..20tahun begitu..aku dah nampak orang yang umur 50tahun barulah merasa kesenangan.Dulu hidup beliau..ya allah susahnya.Allah adalah sebaik-baik perancang..Buat A tak betul,buat B tak kena,kawen si polan hancur,kawen si hartawan Dubai bahagia,ada anak,takde anak..kau jalan terus.Semua orang punya jalan yang berbeza.Dalam pertengahan jalan tu,mesti ada je yang bagi kau pendapat..kalau kau buat ni itu ini mesti dah ada Lambo,kalau kau kawen ngan si Polan ni mesti kau duduk Dubai shopping makan tidor pastu esok bangun takut nak tengok penimbang berat..kau jangan dengar.Kau jalan je terus ok?



JALAN TERUS!!



Love me.

2 comments:

adda syuhada said...

waaa penat...
penat dengan boss yg macam haram jadah lgi....ishhh

Nur Aishah said...

kak anne.. meh pm jap...dah geli2 kaki nak memijak vinyl cemni. cikqueen@hotmail.com. nak advice kak anne..buat satu rumah atas bawah or bawah je ke cemana. tq ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...