Tuesday, January 30, 2018

Yer. Kita Orang Kampung.

Assalamualaikum..

Weekend minggu yang lepas-lepas (ada ke term macam ni?) I balik kampung and kebetulan Kaklong pon ada, apa laaaaagi? Projek masak + makan la. Kita suka masak masakan kampung kalau get together macam ni. Macam masak cendawan kikir, terung telunjuk and traditional lauk-pauk. Sambal memacam jenis sambal buat. Pedas toksah cakap la. Kalau ada buasir, memang kelopak lapan terus. Hahahahaha. Petang Sabtu, I dengan Kaklong pergi Pasar Malam. Sini ada banyak jual ulam-ulam kampung. Tu hari ada jumpa petai kampung so beli lah sebab Sazli suka. Petai kampung ni mata dia kecik-kecik tapi sedap! Harga pulak 5 papan RM10.00 kira mahal ka kan? Dulu ada reader’s jual petai hutan sepemeluk pokok balak baru rm70.00 je. Tachiu awak! Masa time pergi tu hujan tapi kitorang gigih jugak nak pergi. Singgah B5 beli Payung RM11.00 sorang satu. I dengan Kaklong berpayung dekat sini belakang Si Sendong korang dekat rumah Atok dia bedal main hujan. Sazli la citer. Masa dia tidur, Shein datang cakap ‘Abah, I’m wet’. Sazli tanya why? Dia cakap ‘Rain’. Kata Sazli, dia nak tergelak sebenarnya tapi dia tahan. Shein rasa bersalah la tu sebab dah basah lencun. Shein ni apa dia buat dia akan mintak izin. If kitorang bagi, baru dia buat. Haritu yang tetiba dia main hujan kan tak mintak izin? Tu datang menyerah diri je. Elok pulak mintak nak mandi terus. Biasa kalau suruh mandi puas berkuntau (jenis Mama la becinta nak mandi hahahahahha). Lepas mandi, Sazli suap nasik abes sepinggan terak kata Orang Johor, mintak pulak Karipap setel 4 ketul, dia punya lapar lepas main hujan. I balik tengok dia dah selamat tidur. Nampak la Sazli sidai baju dekat tembok basah lencun. Hahahaha. Sian anak Mama. Takper la nak, mandi hujan tak salah. Apa ada hal? Jadik la orang kampung sekali sekala. Itu la manisnya hidup dikampung dapat mandi hujan. Mama dulu bukan takat mandi hujan, mandi longkang pon ada. Siap siram dari atas kepala macam buat mandi sungai. Kata Mak I, sabun bilas 2 3 kali pon tak keluar buih. Punya kotor I. OMG tak sangka I mandi longkang masa kecik. Selenga giler. Dah besar elok pulak Siti Nohaliza. Naseb baik.


Tu nampak tak keladi? Namanya Keladi Lambuk. Boleh masak lemak and tak gatal. Nak makan raw pon ok buat ulam. Ni kalau Kaklong tipu I, I tipu la korang. Keladi jenis lain dia bergetah and gatal, tak sama macam Keladi Lambuk.  Ada Asam Keping and Lada Solok  as well. Tingat Tok Mek Nadia buat Lada Solok sedap giler!



Jumpa kuih ni. Tak tau nama. Dulu masa dekat Pasar Keramat ada. Kuih Gandus nama dia. Isinya Nenas tapi yang ni isi Coklat and Peanut Butter. 


Ni la I beli masa dekat Pasar Malam. Ada macam-macam. Jering, Petai, Daun Selom untuk Sazli. Keladi Lambuk and Cendawan Kikir nak buat masak lemak cilia pi. Ada jugak nenas manis dengan buah dukong. Yang nenas tu kaklong cakap ‘Kaklong memang tak biasa beli nenas sebab tak berapa suka makan. Tapi yang tester ni sepinggan boleh abes’. Kongang la Kaklong. Yang tukang jual tu dah ketawa dah dengar dia cakap macam tu. Tu bukan tak suka, tu namanya kedekut! Hahahaha.


Goreng Ikan Patin dua kelar. Laku keras la. berebut-rebut makan. Patin Goreng panas-panas memang la sedap dimakan.


Kepala and Ekor buat Masak Tempoyak. Pedas mencret weh! 


Selera la makan lauk kampung macam ni. Ulam pulak petai + jering + kacang buncis cicah dengan sambal tempoyak. 


Esok paginya I buat Kway Teow Goreng Kerang. Dapnyeh!


Makan dekat meja luar bertemankan kicauan burung dan bunyik ayam. Heaven!


Buat Sambal Ketuk favorite suami I. Dia makan ni sahaja pon jalan. Gorengkan telur. Setel.


For Ms Shariffah I buat yang version takde ikan bilis. Pon sedap! Nak bagi rasa smoky, last sekali baru tumbukkan dengan bawang putih goreng garing. Resepi sama je denmgan sambal ketuk but takyah bubuh ikan bilis. Jadik la sambal nasi ayam penyet.


Sambal Tahun Kerang + Pedal Ayam. 


Masak Lemak Ikan Patin Salai + Cendawan Kikir + Terung Telunjuk + Keladi Lombok. Subhanallah sedapnyeeeeeeeeeh!


 Masa tengah masak, Mak hulur Buah Betik mengkal. So Kaklong buat sayur. Pon sedap! Masak macam biasa je but tambah lada hitam.


Plate I. OMG banyak giler makan. Gemok la.

Cenggitulah kalau balik kampung kerjanya makan makan dan makan. Lauk-lauk kampung ni tak semua orang boleh makan. Maybe ada yang cakap eeeuwww semua apeni makan pedal ayam? Ah lantak la. I ok jer. Mat Saleh pon makan Pate. Pate tau Pate? Tu pon pakai organ jugak tapi sebab dia Mat Saleh jadik dia ada class la. I pon kekadang makan nak steak dengan Japanese aje but sesekali dapat makan macam ni, pejam mata rasa nikmat and reminiscing back memories masa kecik-kecik. Tapi masa kecik mana ada Mak masak macam ni. Jangan nak buat citer sedih. Dulu kita seminggu 2 3 kali makan Sambal Tumis Ikan Bilis je. Raya boleh la dapat makan ayam sebab dulu ayam mahal. Lauk-lauk ni semua Kaklong sebenarnya yang suka masak. I pon jadik suka. Saaaaaaaaaayang Kaklong! Dari Kaklong I belajar masak sikit-sikit and InsyaAllah masakan I edible and takde orang mati lagi lepas makan. Hahahaha. TQ Kaklong. I love you so much! Nanti boleh tak bebila kita buat kerabu kerang yang sedap? You cari resepi paling sedap and ngam, nanti kita buat. Sebagai ganjaran, I belanja you makan steak. Nak? TQ Kaklong dulu banyak korban masa aku kecik jaga aku time Mak and Arwah Ayah menoreh sampai korban masa nko nak berkawan tepaksa jaga adik-adik. TQ sebab paling banyak tolong Mak and Arwah Ayah handle family, masak and suap aku makan. TQ Kak dulu masa aku kecik, kalau ko balik dari Sabah bawak balik satu peti ais full of coklat and biskut sedap-sedap yang aku tak pernah jumpa dekat kampung. TQ Kak, kalau tak sebab nko, maybe aku tak kerja dekat KL pon. TQ Kaklong, makin aku gali, makin banyak sebenarnya menda yang nko buat untuk aku sampai aku end up jadik macam sekarang ni. Aduh. Sedih pulak. Yer la kak, kita ongkampong… Selalu orang cakap aku tak sedar asal usul, mengata macam-macam, macamkan kenal kita macam mana tapi takpe, we always have each other back kan? Ingat ye pesan aku. Be kind, have courage (bukan be courage tau? Hahaha). Biar orang mengata, biar orang hina, biar orang cakap apa sahaja yang penting jangan stop buat baik. Takpe la terluka sekarang, akhirat Allah balas yang manis-manis. Pahala kita banyak, orang pandang kita dengan kasih sayang. Yang benci, biarkan. OK? Next week jom la aku belanja VS. Nak?


-eNd-

4 comments:

Anok Pok Mat Kapok said...

suke bace cerita pasal kak sue. Hehehe kak sue orang kg yg urban. By the way, kuih gandus tu kan, kalu kat terengganu kami panggil akok berlauk, dalam tu ade isi ayam or daging macam inti pau tu. sedap

..nOWa.. said...

Love!

aziekz said...

Semua sedap😂
Nk jgk sambal ketuk😁

Chooyaya! said...

anok pok mat kapok : of coz la. kaksu kan siti nohaliza. hahahahah. kuih gandus inti nenas tu kaksu tingin jugak nak makan, tapi taktau mana nak carik dkt KL ni

nowa : Loveeeeeeee

aziekz : buat la sambal ketuk tu. senang je (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...