Pages

Thursday, May 31, 2018

Resepi Nasi Ayam Thai

Publish : 14/6/2017
Republish : 31/5/2018


Assalamualaikum..

I nak share resepi buat Nasi Ayam Thai lah today. I ambik dari FB Page Resepi Viral Terbaik (Eh ni bukan page yang plagiat aku punya resepi Shell Out ke?) Hahahaha. EH BETUL LA WEI. Dia suruh like Page Resepi Viral Terbaik dengan Viral oh Viral. Pundeeeek! Hahahah. Ini pon mana entah dia dapat resepi ni tapi takper la. Bersangka baik. Kepada owner resepi yang telah dishare di page Viral ni, I memohon untuk share resepi dalam ni sebagai panduan kepada diri I untuk buat Nasi Ayam Thai ni yang entahkan bila ni. Tengok bahan macam senang je nak buat. Kot tak jadik jugak taktaula. Nak tunggu pergi Thailand balik entahkan bila tapi Nasi Ayam Thai ni giler layan bro. Sumpah wa cakap lu. Makannya berulam cili padi hijau fresh tu. Bapak sedap. Nasik dia ala-ala sticky rice. I agak dia guna beras wangi kot? Jom tengok bahan-bahan dia. Nanti kalau Nasi Ayam Thai ni menjadi, macam biasa I akan poyokan dalam blog dikemudian hari. Ok?

Bahan-Bahan
½ cup yellow bean sauce
½ cup soy sauce
¼ dark soy sauce
½ cup palm sugar
¼ cup chopped fresh ginger
¼ cup chopped garlic
6 chopped fresh Thai Chile Peppers
(Nak simple pakai Taucu, Bawang Putih, Cili, Sos Ikan, Gula Thai and Kicap Pekat)

p/s : Mana nak cari wei Gula Thai ni?



Beginilah rupa Nasi Ayam Thai. Sedapnyaaaaaaa

Wednesday, May 30, 2018

My Productive Sunday

Assalamualaikum..

Sian Snow White, dah berkapok dah I tengok. Yang bonnet depan tu, if cuci banyak kali pon coklat-coklat macam getah pokok tu dah takmau tanggal. I rasa macam sakit mata so akhirnyaaaaaaaaaa I decide untuk polish Ahad lepas. Dah la Tuan dia suka langgar divider. Tapi haritu Bapak dah buat kasik handsome dah. Dah takde dah calar balar walaupon bertahan tak sampai seminggu sebelum I terlanggar sipi sidewalk masa nak pergi Lavinas hahaha. I failed la parking yang masuk kepala dulu. If parking reverse I ok. I hope Sazli consider belikan I kereta yang ada sensor keliling sekali camera depan belakang. Kalau boleh yang boleh parking sendiri. Hehe. Yang bumper I langgar sipi sidewalk tu, saaaaaaaakit mata kita wak tengok bumper depan terkopek nampak hitam je dalam sebesar separuh duit 5 sen. Puas I fikir nak buat macam mana but naseb la I kretif. I beli nail polish kaler putih lepas tu I cat sendiri. Phewwwww dah takde dah nampak hitam tu tapi dia macam kasar la sikit surface dia hahahaha. Haritu masa polish pon tengok takde tertanggal. Bagus. Setakat ni I survive takde langgar apapa lagi, al-hamdulillah. Ingat Anny pesan 'Suraya, lambat masuk parking takpe. Orang hon ke ko buat bodoh je. Rasa tak confident, ko keluar kereta check je depan bumper ko kena divider/sidewalk ke tak. Kalau terlanggar bukan orang nak tolong bayar repair. Orang marah sebab lembap parking pon ko buat bodoh'. So I memang buat macam tu sekarang. Rasa tak confident, I keluar je. Orang marah angkat-angkat tangan cakap 'bodoh/apoda' I lambai lepas tu senyum and kasik flying kiss je. Hehe. So Ahad haritu, I sorang-sorang pergi CAR's dekat GE Mall untuk polish Snow White. Tak faham sangat Sales Person tu cakap apa janji ada perkataan polish dengan wax sudah. Hahaha. Sementara nak tunggu kereta siap, I terpaksa buat Manicure and Pedicure lah. Nak makan tak boleh sebab puasa. Naseb 2 jam je. Kalau 4 jam siap massage I buat. Kakaka.


Hilang dah ink masa election tu. Semak dah I tengok. Macam inai pon ada. 

Tuesday, May 29, 2018

Lagi 2 hari tutup order for Tart Nenas Terpaling Sedap

Assalamualaikum..

Lambat eh bangun memasing? Mementang la coti. (Padahal I yang lambat bangun) Hahahaha. Tak sangka today dah nak masuk 2 weeks kan kita berpuasa? Lagi 2 minggu je pon dah nak raya. I ni baju raya selai je ada. Relax sangat nampaknya. Kang last minute baru nak gelabah tapi sekarang tak risau apa sebab melambaaaaaak orang jual baju dekat booth-booth dalam mall. Sediakan ajer duit. Hari kelmarin I ikut Sazli beli Baju and Seluar Amy Search dekat Publika punya banyak jual baju cantik-cantik tapi tu la, Kurung Kedah pon RM380.00 T______T Ok, kalau baju raya boleh beli last minute tapi untuk Tart Nenas Terpaling Sedap if korang nak last minute memang tak dapat. Semua kena pre-order tau? Untuk yang nak order hanya tinggal 2 hari lagi sebab dorang akan close order pada 31 Mei ni which is hanya 2 hari lagi sahaja and akan mula diedarkan 1 minggu sebelum raya sebab kalau hantar awal, barangkali kuih raya hanya tinggal kenangaaaaaaaaaan. Selamat semua masuk dalam perut. Hahahaha. Untuk yang nak collect area KLCC/Platinum Park/Menara Felda/Ampang Park/KLTower and Ara Damansara boleh contact dengan Dyba (013-38888627) ASAP ok? Agent ni memang comel. Confident dia bagi area mana boleh order dengan dia siap COD tu. Tetiba KL Tower pon ada COD lepas tu I tanya 'Dyba, COD sampai KL Tower tu macam mana?' Dyba jawab : 'Yerla, Dyba COD dengan Kaksu la. Naik kereta Kaksu'. Hahahahahah budak kecik ni memang confident je dia. Takde tu nak tanya-tanya I ke apa main Ok je. Tapi sebab sayang, takpe. Abang turutkan. Janji dia dapat pakai handbag baru raya ni. Hahahahaha. Yang penting, setiap kuih raya dia ada KPI OK? Kena dapat KPI baru dia happy. Now untuk TNTS ni dia dah dapat target dah KPI dia al-hamdulillah. Habes orang kena paksa beli sampai guards Menara Felda pon kena beli. Tester untuk yang nak beli je ye? Taknak beli tak boleh rasa. Hahahahahah adoi mampos sakit perut ketawa tengok Si Dyba ni punya style meniaga.



This year Tart Nenas Terpaling Sedap berbentuk square sempena dengan new government. Gitchew

Saturday, May 26, 2018

Sedapnya Cucur Ikan Biis Naili's Place

Assalamualaikum..

Yay, finally today ada menda yang I tingin nak makan for berbuka. Biasa makan apa ada je tak kisah janji kenyang. Tadi tengah merenung nasib fikir amenda la yang buat excited to eat tetiba tingat Cucur Ikan Bilis dekat Naili's Ampang. Perrrghhh sedapnya.. Cicah dengan Sos Chili Thai. Dah lama tak makan. Dulu rasa saiko masa tengah zaman suka makan cucur ikan bilis ni sebab rasa macam kalau makan selalu nanti gemok. Tingat last time Kaklong pernah buat Cucur Ikan Bilis macam ni la, sedap! Makan dengan Sardin Masak Kari. Peeeeeerrrrrghhhhhhh. Nanti I share gambar. Both sedap tapi kalau diberi pilihan nak yang mana mesti la nak yang senang kalau yang tinggal makan jer la hahahahaha. So petang karang InsyaAllah I akan tapau dekat Naili's Ampang and later bukak puasa dengan Mr D and Shariffah dekat Hakka. InsyaAllah. Kat sana I nak makan Curry Veggies dengan Telur Dadar. Sedapnyaaaaa!! Dah kalau hari-hari makan sedap macam mana nak kurus time puasa, ye dak? Hahaha. Tapi I puasa confirm turun badan probably sebab penat kot? Pagi bangun sahur takde dah tido, nanti lepas berbukak pukul 9.30pm pon I dah mengantuk and tido. Now kain I basuh pagi time sahur tu, tak buat malam sebab dah penat. Pagi pon ok jugak kalau basuh kain. In between masak and clean up semua, kain dah siap tinggal nak sidai je. Ishk, tak sabar nak ada dryer sendiri. Takde dah masalah nak sidai-sidai kain. Bestnya! Anyways, ko tengok betapa senangnya kisah kain dah kena overtake dengan kisah Cucur Ikan Bilis Naili's hahahahahaa.


Cucur Ikan Biis Naili's

Friday, May 25, 2018

Resepi Cucur Udang Terpaling Sedap

-Sebab tetiba teringat, kita up lagi sekali resepi ni. Semoga semua orang pon terliur. Okbye-
Publish asal : 22 June 2015. Republish : 25 Mei 2018.

Assalamualaikum..

Kelmarin I ada share gambar I punya cucur udang dalam IG I kan? Lepas tu ada yang mintak resepi. So harini I nak share dengan nkorang resepi Cucur Udang I. Mintak maaf la kalau perasan, tapi this is cucur udang paling sedap yang I pernah makan. Resepi dari Kaklong I. Masa makan tu, semua diam je. Sebab sedap sangat. Lawan pulak dengan Kuah Kacang Mama. Lantak la kalau korang nak cakap I perasan. Tapi memang sedappppppppppppppp giler. Rasa dia rangup and tak muak. Dalam dia ada rompong -rompong so memang rangup. Nak masak dia kalau resepi dah ikut pon, tak kena gaya goreng nanti akan jadik soggy. So, korang kena baca betul-betul and ikut sebijik-sebijik macam yang I share ni. Paham?


Cucur Udang Terpaling Sedap dalam dunia, masak sendiri dekat rumah. Rangup diluar, tak soggy. So makan pon tak muak.

Tuesday, May 22, 2018

Berbuka Puasa Dengan Juadah Selera Melayu Di 9 Kedondong

Assalamualaikum..

Hari semalam I share gambar makanan dekat 9Kedondong dalam IG and FB lepas tu ramai la yang terliur. Hahaha. Siannnnnn. Tapi makanan dekat sini memang sedap pon semua. Sesuai dengan orang yang suka masakan melayu. Bagi I, makanan semua dekat sini just nice. Takde la pedas berdesing and kids pon boleh makan dengan gembira. Takde hal. I sambil taip ni tengok balik gambar pon telan ailio. Tingat Sambal Tumis Udang dengan Laksa Johor, peeeeerrrrrghhh! Kuih Tepung Pelita pon sedap, lembut and kena dengan tekak I. Masa haritu pulak ada Pulut Mangga memang I sorang je 2 3 kali ngulang. Best! Ni first time I bawak Aliah and Atig makan dekat sini, dorang suka la sebab child friendly, gated area, ada tempat solat selesa and siap ada Terawikh. Sini paling sesuai untuk nak bawak anak-anak sebab dari parking boleh tolak stroller, terus ke tempat makan. Untuk ongtue pon Ok jugak sebab takde renyah nak naik lift, takyah naik tangga semua. Anyway, kalau korang nak datang sini boleh Call 9Kedondong and mention surayax9kedondong boleh dapat 10% from total bill. Kata la ada sesiapa loser nak bukak puasa sorang kan, pooooooooooooooooon boleh dapat discount ni hatta nak book entire dewan pon boleh dapat tau discount ni. Ni betul-betul tau? Bukan cobaan. Ada yang tanya ‘Kaksu, kalau saya bagi code SURAYA lepas tu dorang tanya apa hubungan nak jawab apa?’ T____T Jawab la kita sedara tak pon Call I terus nanti I marah dorang Ok? Hahahaha. Don’t worry, code tu boleh digunakan tanpa was-was. Nak lagi jimat? Book 1 meja for 10 orang and bayar for 9 orang je. Dah tu DAPAT lagi 10% LESS. Waaaaaaaaaaaaa bagusnya. I know Malaysian suka free gift and discount (sama la macam I, pantang nampak S A L E terus bergoncang dada). Hahaha. Jom check out harga Ramadhan Buffet dekat sini.

0 - 6 years old = FOC
7 - 12 years old = RM28.00 nett
13 – 59 years old = RM55.00 nett
60 years old keatas = RM28.00 nett

Dekat sini ada lauk pauk, ada grilled station. Jangan lupa serbu kambeng bakar Ok? Makan dengan coleslaw. Ada Noodle Station and this year ada pulak Yong Tau Foo. Dessert sedap-sedap, buah pon ada and air ada hot and cold drinks. Macam Noodle station tu everyday akan ubah la makanan dia. Ikut naseb. Ada hari tu ada Laksa Johor, hari lain pulak Laksa. Ikut naseb la but jangan risau, apa pon jenis hidangan confirm semua sedap. Jom tengok antara lauk-lauk and makanan yang I sempat snap.



Sambal Udang Petai. Why are u so kejam?

HOC RAYA SALE!

Assalamualaikum..

Ada ramai DM tanya ‘Kaksu taknak buat sale raya ke untuk Korset?’ Jawapan : Yer, nak buat la ni. I macam busy menyelamatkan dunia semenjak tukar Kerajaan ni. Now kerja 2 shift untuk part time Power Rangers Kuning. Haha. Tingat dulu masa pregnant, boleh I mimpi jadik Power Rangers. Ya Allah, pengaruh TV kuat sangat ni. Anyways, untuk raya ni if pakai Korset 1) Dapat shape kan badan. Maksudnya kalau jalan laju-laju tu takde la nampak badan macam agar-agar lembik. 2) Dapat disiplinkan diri. Maksudnya kalau pakai Korset ni kita akan beringat la time makan. Takde la belasah semua. Untuk yang gembira dah lose weight time puasa ni, jangan gembira sangat. Semua tu berat air je + kita pon makan tak banyak time puasa ni. Tu boleh turun berat but imagine nanti musim raya macam mana. Dengan Open House back to back, OMG memang boleh naik. Ada sorang customer ni cakap, dia dah beli setahun dah HOC tapi baru pakai. Lepas tu rasa best and rasa menyesal kenapa la simpan dalam almari setahun baru nak pakai. Dah lose weight dah 3kg on first month. Untuk yang tak consistent pakai lepas tu put on weight balik and repeat order beli size besar 1 level, kaksu ucapkan padan muka hahaha. Tu laaaaaaaaaa pakai tak consistent, dah naik balik badan. Sama jugak la dengan I kah kah kah. But now, bila masuk fitting room nampak macam buruk giler, terus insaf and now dah isitiqamah pakai balik. Ada hari malas, I tetap akan pakai Bengkung Ramping. Kena shape kan body and taknak la perut ada kembar 2 dah macam burger. Macam Dyba, dia kurus dah tapi tetap pakai. Beranak 2 kali C-sect, perut ada flabby but now dah firm balik. Pon menyesal kenapa tak pakai dari dulu. Pakai je wei hari-hari, seminggu dua nanti akan nampak perbezaan. Kalau rajin, malam pon pakai and letak any hot cream. Betul-betul disiplin InsyaAllah result tu akan ada. Bila start sambil lewa, time tu tak boleh nak buat apa sebab nak shape kan badan, nak kurus tak boleh setakat berdoa je ‘Ya Allah bagi la aku kurus, tapi aku nak makan banyak. Kuih manis-manis pon nak makan, tapi exercise taknak, corset taknak pakai. Boleh ke Ya Allah?’ MANA BOLEH. Kena la usaha. E!



1 Corset + 1 Bengkung Modern RM130.00 FREE POSTAGE

Monday, May 21, 2018

Puasa Ke Tu?

Assalamualaikum..

Amacam semua orang yang berpuasa, OK semua? I Ok je. Takde la beria lapar sangat. Tapi macam ada dahaga sikit. Haritu ada sapa entah hantar video air sirap bandung ice cream soda, I rasa macam nak nanges pon ada. Telan ailio. Lepas tu semalam masa balik kampung, Shein tu makan Butterfly Ice Cream macam sedap je. Dia kekadang saja nak bakar I tu. Jilat bunyik slurrrrrrrrrrrrrrrp macam tu. Lepas tu I tanya dia ‘Izzit nice Shein? It sour right?’ Lepas tu dia jawab ‘Its nice Mama, you want some?’ Huwaaaaaaaaaaaaaa!! Lepas tu Sazli tengok I dah gelak-gelak. Dia cakap ‘Siaaaaaaaaaaaaaaaan Mama’. Sian pon tak ikhlas tu. Sian nganjeng. Hahaha. Nanti petang I nak beli la Butterfly Ice-cream tu 4. Nak makan sorang. Taknak bagi Shein. Tapi kita ni kalau bulan puasa apa pon nampak sedap je. Nanti time berbuka minum air sebesen lepas tu dah kenyang air. Bloated. Hahaha. Now kurang panas kan? Dulu masa zaman I kanak-kanak, punyaaaaaaaaaaaaaalah panas. Dah la puasa, kekadang kena balik jalan kaki dari sekolah ke rumah dalam 3km. Panas lagi Ya Allah hazab sangat rasa. Balik rumah, mandi sebab nak pergi Sekolah Agama pulak. Sambil jirus air atas kepala, I minum sekali air. Konon tak sengaja la. Manis je rasa tu. Kekadang kumur-kumur lepas tu sekali telan. Ada hari tak tahan sangat I minum terus air kolah segayung. Legaaaaaa. Hahaha. Bongok la kalau ingat balik. Baik makan je nasi takyah puasa. Dah kalau hari-hari kumur buat tertelan samadengan tak puasa la jugak kan? Hahahah. But effort tu penting. I ingat I sorang je buat kerja minum air kolah, tapi De pon sama. Lepas mandi rasa lega and segar je. Mak cakap ‘Segar je lepas mandi? Minum air kolah ke?’ HAHAHAHAHHA. But dulu masa kecik bila bulan puasa memang mencabar sangat. Seriously panas giler. I rasa I macam cool sikit puasa pon lately je. Dulu masa tak kawen lagi pon perangai boleh tahan jugak time puasa. Melepek je. Ya Allah sabar je la Pwincess sorang ni tau?



Mahal kan Cherry ni? Ni dekat Cold Storage ni. I tingin nak makan Soup Ikan Merah. So sebelum beli ikan, cuci mata la dulu tengok buah-buah. I suka jugak Cherry ni. Usually beli time sale dekat iSetan je. CS ni kekadang mahal melampau. Geram je.

Sunday, May 20, 2018

Maggi Pedas Giler - Betul Punya Pedas

Assalamualaikum..

Sapa pernah makan Maggie Pedas Giler? I dah pernah makan 2 flavor. 1 is Tomyam, 1 is Ayam Bakar. Both sedap and pedas level pundek punya pedas. Yang Tomyam tu makan sesudu je sebab tak tahan. I tak sangka athlete macam I boleh tertewas. Pedas dia macam lagi biadap dari Ssamyang tau? Lepas tu yang Ayam Bakar punya pon pedas. I makan dengan Intan last time masa belum puasa laaaaaaaaa (cecece). Lepas tu I tampar-tampar lantai and bila bukak mulut tis tis tis keluar ailio. Euuwwww grossssss hahahahha tapi kata Intan, tu air bisa dia. Memang kalau pedas sangat air bisa dia akan keluar. Dah macam ular pulak rasa sebab ada air bisa. Betul la wei. Lepas keluar air bisa dia tu, kurang la sikit rasa pedas. Ni pedas memang level buasir bunga kelopak lapan ni. So kepada penggemar masakan pedas, boleh la try makan ni. Confirm puas hati. Kalau rajin, boleh goreng telor goyang. So far I tak pernah abeskan sebekas macam ni sebab ada je yang cakap ‘Kaksu makan dulu, tak abes nanti kasik I’. E! Nak makan pon takde kebebasan tau? Padahal yang last tu la yang sedap. Macam makan Maggie Pedas Giler ni la. Cara nak mintak balik tak payah guna perkataan, guna kuasa mata je. Kasik signal mata, InsyaAllah dapat balik. Hahaha. Untuk bulan puasa ni I tak rekemen la sebab takot perut tak tahan sebab memang pedas giler. If tingin nak makan pon, tunggu makan trip kedua lepas trawikh tu at least perut takde la terkejut sangat. Ada orang cakap Ssamyang lagi sedap tapi bagi tekak melayu I, semestilah yang ni lagi sedap. Ada rasa melayu sikit. Sebelum makan standby terus air manis or buah dekat sebelah sebab nanti kang ada pulak yang tendang-tendang meja. Nanti next time I nak try letak cheese pulak untuk kurangkan pedas. Pada yang berpuasa harini, diharap janga terliur OK? Kalau terliur jugak, diucapkan padan muka. Hahahaha.



Maggi Pedas Giler Perasa Ayam Bakar. Kalau yang Ayam Bakar ni kaler dia takde la horor sangat macam Tomyam punya. Tapi level kepedasan, sama je.

Friday, May 18, 2018

Ramadhan Buffet Sedap dan Murah di 9Kedondong

Assalamualaikum..

Korang harini kalau taktau nak bukak puasa kat mana, pergilah bukak puasa dekat 9Kedondong. This year pon dorang buat Ramadhan Buffet jugak macam tahun lepas but I believe this year akan lebih meriah sebab 9kedondong setiap tahun pon akan improvise semua menda dari menu – deco and makin lama makin ada class. Harga murah and berbaloi tak berubah-rubah since forever (TQ Very Much). Parking senang, kids friendly, ada tarawikh siap (lepas tu kata Sazli ayat pendek-pendek so cepat abes hahahaha) and feel just like home. Yang penting tak panas and child friendly. Boleh bawak masuk stroller terus dekat sini takyah naik-naik lift. Orang-orang tua pon selesa kat sini sebab takde tangga so korang boleh bawak Mak Ayah semua Ok? But among all yang best, mestilah foods dia. Terpaling istimewa sebab dekat sini masakan dia bertemakan ‘Selera Warisan Desa’. I faham kita Melayu kacuk Jawa Scottish bila bulan puasa memang nak makan yang tekak melayu je. Well, sinilah tempat dia. Menu istimewa ialah Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi. Kuah pekat and macam masak dekat rumah je. Sambal Udang Campur Petai, Ikan Masin, Sambal Belacan With Ulam-ulam, Gulai Kari Ikan, Ayam, Daging, Ikan masin, Kambeng Bakar, segala mala jenis Mee, Kuih Muih, Air Kedondong and semualaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah ada. Mak Bapak je yang takde. Hahahahaha. I know ramai readers I yang suka makan dekat sini lepas terliur tengok gambar-gambar I and lepas tu bawak satu kampung datang. Macam I selalu cakap, If I cakap sedap/selesa/berbaloi tu maksudnya korang kena percaya. Most important berbuka dekat sini feel just like home. Harga Ramadhan Buffet is RM55.00 nett Dewasa, RM28.00 nett kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Senior Citizen 60 tahun keatas is RM28.00 as well. Buffet Ramadhan akan bermula dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018 so boleh plan dari sekarang. Untuk book boleh Call/WhatsApp 017-2250705 (Haziq) OR 018-7669065 (Rabia). Dah, jom mendera hati dah perasaan tengok gambar lauk-pauk.



 Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Kuah pekat bukan macam sesetengah restaurant. Tengok pon dah tau sedap. Terliur leteeewwwwww

Thursday, May 17, 2018

Makan Apetu?

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa semua! Tak sangka harini kita dah start berpuasa and ada 29 hari lagi Raya Aidilfitri untuk tahun 2018. Hahahaha. Over tau dah cakap pasal raya? Baru puasa sehari, Kaklong dah bagi dalam WhatsApp Group cakap selamat hari raya.  I lagi over, Rabu dah up status dalam FB 'Raya lagi 31 hari'. Padahal puasa pon belum. Hehe. Semalam I dah ada dengar orang pasang lagu raya. Melampau sangat. Sabar ajer la.  Kot yer pon semangat nak raya, puasa dulu. OK? Menurut firasat I, tahun ni puasa tak struggle sangat dengan weather sebab nampak macam tak berapa panas. KL la. Kalau dekat Jengka memang panas lit-lit. Malam pulak sejuk sampai ke tulang. Untuk bulan puasa, routine macam biasa la bagi kitorang anak beranak. Balik kerja, I balik rumah untuk mandi kemas umah semua lepas tu pergi rumah Mak and Bapak, bukak puasa dekat sana. Kalau takde any program memang kitorang ke sana la. Dah berbuka, balik rumah sendiri. Biasa bulan Ramadhan Sazli akan pack la program dia. Dia suka Tarawih dekat surau bawah ni. Kata dia surah baca pendek-pendek so takde la penat sangat. Macam malam semalam, pre-ramadhan tired (pon ada ke?) 10.00pm I dah gone sampai Hongkong. Tak sedar pon pukul berapa Sazli balik. Sedar-sedar dah 4.30am tu pon sebab bunyi alarm Sazli. Pagi tadi sahur, I buatkan dia Nasi Goreng Kampung je. Saz suka makan Nasi now untuk sahur. Dulu dia suka makan burger. Pagi tadi sekali kejut dah bangun. Tengok lagi seminggu, nak kejut Sazli ada 3 tahap. 3 kali kejut baru nak bangun. Dah la nak hisap rokok lagi. Geram je. I ada mengadu last time dekat Kaklong, dia cakap 'Ko pon masa kecik macam tu' EH? Tak ingat pulak yang I susah nak kejut. Kata De, kekadang dia kejut pakai kaki je. Sebab meyampah nak kejut banyak-banyak kali. Yang I ingat dulu, makan sahur mata pon tak boleh nak bukak and sempat tido dekat depan makanan. Dulu Arwah Ayah yang panaskan semua lauk and setelkan preparation sahur. Nanti kita semua anak dara tak berguna (De and I) tau bersila je makan. Sweet kan Ayah?


Nampak sedap kan? Memang sedap pon. Sempat kitorang lunch hour makan Nasi Daun dekat area PJ. Ayam dia tu peeerghhhhhhhhhh!!

Wednesday, May 16, 2018

Tart Nenas Terpaling Sedap Kini Kembali

Assalamualaikum.

Miezi ni memang very last minute tau? Hari esok dah puasa, harini baru dia hantar sample dekat I. Naseb la Dyba tengah semangat jual kuih raya so zaaaaaappp masa dekat Lobby lepas collect Tart Nenas from Uber dia dah paksa tanya Felsco nak beli ke tak tart nenas TNTS ni? Hahahaha. Semua dia nak Agent. Kuih raya Huda pon dia agent. Bagus Dyba, raya nanti dapat la sling bag Gucci. Macam untuk harini dia dah capai KPI untuk #tartnenasterpalingsedap. Tu pon naseb sample dapat sebekas kecik je. Kalau dapat banyak, mau satu bangunan Dyba promote. Office sebelah pon tak sempat nak promote. I pesan pada Dyba 'Dyba, tengok potential buyer yang nampak macam nak beli, baru bagi sample. Kalau muka lapar sekadar nak rasa takyah bagi'. Hahahaha. I penasihat Dyba la macam General Attorney. Tapi I GA bagus. Harap jangan pecat I. Ooooucccch!! Anyways, this year TNTS dah bertukar wajah seiring dengan penukaran Kerajaan di Malaysia. Dari jenis gulung now dah jadik empat segi tapi rasa, quality semua SAMA! TNTS by Miezi ni memang dah ada peminat tersendiri. Ada satu tahun tu Miezi langsung taknak bukak order sebab takot jadik macam previous year yang Oven dia sampai gone kaput sebab order melambak-lambak.  TNTS ni memang one of a kind and yang pernah rasa je tau macam mana sedapnya Tart Nenas ni.  Malas nak sembang banyak, kasik order dulu baru tau langit tinggi ke rendah. Paham?


Tart Nenas Terpaling sedap tahun ni dah jadik bentuk biskut empat segi. punya comel, sampai rasa macam nak lempang.

Redang Excursion Part III

Assalamualaikum..

Nak masuk puasa dah, tak setel lagi kisah Redang. Hahahaha. Sorry laaaaaaaaaaaa. I memang bizi bizi bizi bizi menyelamatkan dunia. Kain I semalam dah setel 3 trip and tu yang menanti ada lagi dalam bag OMG bila la masalah kain I ni akan selesai. Ni dah nak masuk puasa. Maksudnya Raya lagi sebulan la kan? Tak sangka macam baru je kurus raya tahun lepas, tahun ni dah gemok balik aperhal??? Hahahahaha. Oklah, untuk entry ni I share gambar-gambar kitorang dekat Wisana Village. untuk entry yang lepas-lepas boleh bacak dekat sini and sini. I ada share semua harga package dekat sana. Ok? Ingat eh? Time Monsun dorang tutup dari Oct - Mac every year. Time tu ombak laut kuat. Kalau nak fe-feeling Titanic boleh la pergi. I bagi 4 bintang untuk Wisana Village ni. Banyak kali I cakap, tak sangka Malaysia ada tempat cantik macam ni. Serious. Air laut biru Ok? Memang cantik + murah. Kalau orang KL nak datang sefamily pon berapa RM je cost sebab dekat Wisana Village ni kalau korang bayar untuk package dah termasuk makan + activities so datang goyang tetek je. Duit sesen pon tak keluar. Sediakan duit minyak/tol and duit makan kalau rasa macam tingin nak makan dekat Pok Nong on the way balik KL tu. Takyah la beria nak pergi Krabi bagai, Malaysia pon dah cantik OK? Kalau nak Honeymoon boleh duduk dekat The Taaras Beach & Spa Resort. Tapi situ mahal sikit la. Huda haritu pergi duduk sana sebab dia kaya. Hahahahaha. Takpe Aliah, CT, kita doa banyak-banyak and one day kita come back to Redang and stay at The Taaras OK? Time tu kita baru balik dari holiday dekat London and New Zealand. Gitewwwww dia punya berangan. Hahahaha. Oh, one more thing yang buat this Redang Excursion ni best sebab I have a very nice company. Atig, Aliah, CT, Zairie dorang dah macam my own brother and sister. Kita takde heart feeling apa and semua jenis easy going cuma kepala family lagi 2 orang tu I tak boleh nak ikut sangat la. Nak dinner dekat Melaka balik hari ON. Pagi turun Genting makan dekat Burger and Lobster lepas tu balik dinner dekat Melaka pulak. Gitu punya selamba hidup. I selalu la absent dorang punya activity now. Entah ada group lain apa. Pundek. Hahahahaha.


Atig and Aliah ni kalau nak pergi mana-mana dorang setel semua dari makan + minum, tidur, accommodation semua. Tinggal sediakan duit je and tak payah dah sebok nak google apapa. Ni la agent kitorang. Hahaha. Kalau Sazli cakap 'Aaaah, agent tak bagus ni. Makan rasuah!' Lepas tu menjerit la CT, 'Wei Shaz, ko jangan laaaaaaaa. Dorang OK la'. Disokong oleh suami beliau dengan muka serious cakap agent ni Ok. Allah tu memang adil. Selenga kawen selenga. Dapat la macam Zairie and CT. Hahahahaha.

Tuesday, May 15, 2018

Shein and Moon

Assalamualaikum..

Dah lama tak citer pasal Shein. Today nak citer pasal Shein la. Tapi dalam kepala dok tingat kain dari Team building + existing one yang dah melimpah keluar dari bakul tak basuh lagi OMG stressed. I taktau la masalah I dengan kain ni bila akan selesai hahahah. InsyaAllah rumah siap nanti, I ingat nak beli dryer la. Senang sikit. Siap basuh, keringkan terus lepas tu kain rangup lipat time panas-panas bestnyaaaaaa. Tak pon nak pasang ampai 10 kaki terus dari depan jejak ke belakang baru senang nak sidai kain. Now nak sidai kain, space sangat limited. Nak beli dryer tak tau mana nak letak. Lepas tu, bila dah lipat kain, nak susun pon semua dah terkeluar dari almari. Almari baju I tu dah 3-4 tahun kot tak muat. Bilik tetamu tu dah jadik pasaraya pakaian dah. Nanti I nak sort out semua, mana yang taknak, I taknak dah simpan. Simpan pon bukan pakai. Baju kerja lagilah sekian melambak. Kekadang ada yang pakai sekali je lepas tu dah goodbye forever. Adoooooi ko tengok, citer pasal baju dah berapa baris. Dah overshadow kisah Shein pon. HAHAHAHAHA. Anyways. malam semalam cita-cita nak basuh kain la kononnya, belakang Si Shein tak ada nap petang masa balik sekolah tu so Sazli cakap make sure Shein sleep early. Dah alang-alang Shein sleep early mama pon join la sekaki. Kata Si Bijak Shein masa nak ajak masuk bilik tido, 'I wanna go outside Mama. I want to watch TV. Watch Football', Ewaaaaah.... Macam pandai sangat nak tengok bola kan? Dia main petik je tu. Dia tau kalau Sazli stay up late tengok bola, so dia pon cakap nak tengok bola. Kadang-kadang bila I dekat rumah je dengan Shein, I masuk bilik dah ngantuk, dia Ok je duduk dekat hall sorang-sorang layan TV and iPad. Siap tutupkan I pintu bilik, tutupkan lampu, bagi selimut and wish good nite and cakap 'Mama, don;t cry. Ok? I'm outside'. Awwwwwww besar dah tu anak Mama. Dah boleh put Mama to the bed siap pesan jangan nanges, dia dekat luar. Betul ni kata Ain, tak lama lagi, Kaksu akan lebih manja dengan Shein dari Shein manja dengan Kaksu. I tot so (^-^) *konon comel la?


Ni waktu tengok The Avengers last week dekat KLCC

Monday, May 14, 2018

What Happened On Election Day

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah lepas dah PRU14 kan? Seriously I rasa macam mimpi je semua ni. Sazli tu lagilah, sampai sekarang dia tak habes-habes cakap pasal election and #BinasemulaMalaysia. Kata Sazli, this time memang dia vote dengan sepenuh jiwa raya. Hahaha. To be frank, a part of me I rasa nervous dengan kerajaan sekarang. But I yakin Tun M boleh guide kita semula and fix back semua damage yang dah berlaku dan yang dah ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ni. I hidup dan membesar dengan kerajaan terdahulu and I sayangkan BN and UMNO but I am sick and tired already dengan all the rubbish 1MDB, Mara, Felda and TH punya kes and I am pretty sure yang orang sebenarnya lagi menyampah dengan bini ex-PM sebenarnya. Ikutkan hati, macam-macam lagi I nak tulis but then takperlah istifar. Yang bersalah tu biarlah melalui siasatan yang betul. Buat secara adil. Salah tetap salah. Hukum tetap kena hukum. Untuk simply forgive they both I rasa I tak cukup suci murni hati ni and cakap 'Nevermind, lesson learned. Dorang dah dapat balasan pon sekarang. Semua orang buat salah'. Eh pundeeeeeek! Memang tak la. Cukup la pemerintahan diktator. Tak suka ex-TPM, pecat. Asal ada yang melawan semua dia pecat. Rafidah Aziz ke, Shafie Afdal kena adoooooooooooi Pemimpin yang macam ni ke yang kita nak? Apa dua orang tu ingat Malaysia ni BAPAK dia yang punya? Huh! Sebelum I lebih berapi-rapi baik stop cakap pasal menda ni. Nasihat I satu je, untuk warga muda dalam pada excited, mintak jaga bahasa dan kena lebih sensitive dengan perasaan orang-orang tua macam Mak Ayah kita. Macam I jugak, elak cakap pasal menda ni sangat dengan GF. I rasa dia pon dah lama kecewa. Semenjak dia balik Umrah pon, dia mana ada bukak TV. Takde dah. I tau dalam hati dia sedih, so I elak untuk bincang pasal ni dengan dia. But I convinced dia yang Malaysia akan lebih makmur tanpa rasuah and salah laku kuasa. I think dia accept tu slowly but I akan bagi dia time. Berbeza pahaman politics jangan sampai putus kawan and silaturrahim. Tu je. Esok dekat akhirat Allah tak tanya kita party apa pon and remember one thing bila-bila kita terasa macam kita nak jadik racist is dalam dunia ni ada dua jenis manusia je. BAIK dan JAHAT. Takde kira bangsa, agama, warna kulit semua tu. Takde. Jangan kata asal Melayu, Muslim dia baik. Agama lain, bangsa lain jahat. No. Ok?


Tetap gambar makanan nombol 1. Sampai-sampai dari KL, terus makan. Kaklong masak Ayam Masak Lemak Cili Padi + Sambal Ketuk and Mak beli ulam tenggek burung. Yang Cili+bawang+kicap tu I yang buat. Tingin

Tuesday, May 8, 2018

Undilah Nenas!

Assalamualaikum..

Luuuupa nak update pasal birthday Nur Alayka Falah yang ke-2 on 8 April lepas. Nampak sangat I busy menyelamatkan dunia. Nak-nak pulak time Election ni.  Masa birthday Alayka, makanan semua sedap-sedap dari Nasi Lemak semua sampai la dessert. I lama perati Pavlova dekat main table, siap je Lien ambik gambar terus ngadu dekat Yan, I nak Pavloca tu and naseb baik Yan baik hati, layan je I. Hahaha. Birthday Alayka buat dekat Citarasa Azizah Hall, Kajang. Restoran ni Yan punya kan Lien? Tema Nenas. Tema Nenas ke? Ke Hawaii sebenarnya? Memandai je I cakap tema nenas. OMG Lien berpinar mata I tengok my favorite color merata-rata (-_-) Memang meriah! Nanti I share dengan nkorang gambar eh sebab yang Lien bagi link dekat I, dah expired. Kah kah kah. Dia dah la print screen je gambar lepas tu send. Aci boleh je ko kan Lien? Now I tak boleh nak update panjang. I nak ready balik Jengka for Election. Tak sabarnyaaaaaa!! Ni la pertama kali dalam hidup I, I undi dengan penuh perasaan and hati yang berkobar-kobar. Korang nanti, kot ye pon excited, dalam kotak yang nak tanda tu jangan la tetiba tulis note or p/s  pulak kot ye semangat. Tak pon tulis ‘Good luck’ ke, nanti abes jadik undi rosak. Hahahahaha. So, kejap lagi I balik Jengka and esok siap tugas I sebagai Rakyat Malaysia di Jengka, kita gerak balik KL pulak untuk Sazli punya turn. So, untuk yang balik kampung mengundi, berhati-hati di jalan raya eh? Ingat, undi demi masa depan negara. Jadilah Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. (Serious nampak) #becausemakdahadaFB #diabacablogjugak #pmtepi Hahahahaha.


Happy Birthday Alayka Falah. Entry birthday awak to be continued Ok?

-eNd-

Monday, May 7, 2018

One of The Best Memories, Konsert Gergasi KRU 25 Woot Woot

Assalamualaikum..

Sampai sekarang Intan, Fiza and I tak boleh nak get over Konsert Gergasi KRU 25 dekat Istana Budaya yang kitorang pergi masa Jumaat malam lepas. I beli ticket dah lama wei, since September last year masa memula dorang announce kot? Ko bayangkan punya lama nak menunggu? Dari I kurus, sampai I dah debab dah pon ni. Pui! Hahahaha. 2 weeks ni, memang hari-hari dengar lagu KRU sampai nak muntah pon ada tapi berbaloi-baloi lah sebab semua lagu popular dorang nyanyi. Ada dalam 19 lagu kot dorang nyanyi. Most of it full song and bukan medley. Nak nyanyi semua lagu yang dorang ada tak boleh la sebab kalau tak, kita tido je terus dekat Istana Budaya, tak payah balik rumah kalau macam tu. Yang I perasan, lagu Impak Maksima memang takde. Semuaaaaaaaaaaaa lagu I hafal OMG tak sangka aku minat KRU sebenarnya. Tak perasan pulak selama ni. Hahahaha. Eh, I agak batch I memang membesar dengan lagu KRU kot? Kan? Dalam banyak-banyak lagu cuma lagu Hingga Ke Jannah je yang tayang gigi sekejap tapi time chorus I nyanyi sama ok, please? Ni naseb la KRU takde dah concert, kalau tak confirm dorang ambik I nyanyi sama terus. Bukan penyanyi latar eh? Buat show sama-sama terus hahahahahah. Lagu yang dorang nyanyi time Konsert is The Way We Jam, Awas, Terhangat Di Pasaran, Untukmu, Gadisku, Negatif, Malamku, Ooh La La, Di Pintu Syurga, Mengerti, Dua, Balada Hati, Babe, Dekat Padamu, Hingga Ke Jannah, Apa Saja, Dilema, Jangan Lafazkan and last sekali Fanatik untuk lagu penutup. Seriously I sangat berpuas haaaaaaaaati and I kasik 5 bintang although KRU takde beria dance. Takpe, I maafkan dorang sebab mungkin faktor usia. But nak tanya, Edry kenapa yang nak handsome sangat sekarang ni? Hahaha.


Intan, Ellis and Siti Nohaliza di KRU Concert. Ellis pergi dengan Seri and husband Seri. Sebok nak kacau orang date eh? Ellis ambik seat depan area Fanatic tu. Dalam Map cakap situ standing, kalau I tau duduk,  I ambik je seat tu. Murah RM100.00 kot? I taknak ambik yang standing tu sebab takkan la nak berdiri 2 jam kan? Sudahnya seat Fanatic tu duduk je pon. Cis! lagi dekat dengan stage.

Friday, May 4, 2018

See You Tonight - Konsert Gergasi KRU 25

Assalamualaikum

Kabar-kabarnyaaaaa bukanlah calang wanita, aku terpesona dengan lirikan matanyaaaaaa. Oh aku bukanlah mudah untuk jatuh cinta, tapi kini ku percaya cinta pandang pertama. Eh wanitaaaaaaaaaaaaaa lihat apa kah kau lakukan, aaaaaaaaaaaaaaaku hanyut dalam khayalan. Gerak gayaaaaaa dansamu menggodaaaaa. Sukar untuk dilupakan, siang malam kufikirkan!! Woot Wooooot!! Tak sabar nak tengok Konsert Gergasi KRU 25 malam ni dekat Istana Budaya. I, Intan dengan Fiza dah beli tiket ni sejak bulan 9 last year tau? Ellis pon pergi jugak tapi dia dengan kawan-kawan dia beli tiket murah hahahahaha. Kiter 3 orang beli tiket Ooh La La (Stall – Front Centre) Harga RM588.00 tak termasuk GST. Memula kitorang nak ambik yang Fanatic (Standing) RM438.00 tapi I cakap dah tuweeeeee tak larat nak berdiri lama-lama. Kata Intan concert kena la berdiri Kaksu, baru boleh joget. Tapi berdiri 3 jam macam tak Ok jugak ni. Hahahaha. Anyways, dah 8 bulan beli FINALLY it’s a day bebeh! Ramai je kutuk I sebab tengok KRU ni tapi kesah pulak aku kan? I membesar dengan lagu-lagu KRU Ok? Semua lagu popular dia I hafal. OMG tak sabarnya malam ni. I hope they will perform best-best and please pretty please jangan semput. Kata Intan, ‘Kaksu, entah-entah satu lagu je Norman dah semput. Dia kan dah tuwe?’ Eh. Kalau dia semput takpe Intan, Kaksu naik atas pentas terus take over dia nyanyi. Hahahahahaha.  I dah seminggu dengar lagu KRU ambik feel tau? Sazli pon naik menyampah dah. Takper lah rock-star tu. Dia tak paham jiwa remaja I ni. Biarkan. Hahahahaha. OMG seriously I excited giler!



See you in a bit bradah!

Apa Nak Buat Kalau Jumpa Duit Tercicir

Assalamualaikum..

Kita ni kan, selagi kita hidup, selagi tu lah kita learn something. Dari kecik, sampai la ke tua and probably sampai lah ke mati, everyday kita akan learn cuma kita je tak perasan. Macam hari semalam I learn something new. Sebelum ni tak pernah ambik kisah pon but bila dah terjadi, so kena la belajar apa nak buat. Kisaaaaaaaaaaaaaaaaaahnyaaaa semalam, masa nak bayar parking dekat KLCC, Intan, Dyba dengan I nampak macam ada kertas atas lantai. Memang tau dah tu duit, tapi tak sangka pulak RM50.00. Intan yang ambik lepas tu kitorang pon dok tengok keliling and tanya ‘Duit sapa ni, duit sapa?’ Tapi tak bersungguh sangat hahaha. Kata Intan ‘Kaksu cuba tengok keliling kot ada camera ke? Mana tau kita kena prank’. HAHAHAHA. Sempat lagi fikir ada orang nak prank. Bongok je Intan. Kitorang dok berdiscus 3 orang apa nak buat dengan duit RM50.00 ni dari parking KLCC sampai la parking office tapi memang kelakar la sebab macam-macam theory keluar. Kata Intan ‘Kalau kita jumpa duit, kena ludah duit ni lepas tu dah boleh guna sebab kalau tak ludah, duit ni di kira haram’. HAHAHHAHAHA. Dyba berbulu je dengar. Abes tu kalau dah ludah, boleh la Intan guna duit ni untuk bayar parking time kita keluar makan dekat luar. RM2.00/sehari kalau RM50.00 ni boleh tahan 25 hari lama tuuuuuuuuuuu. Eh, tapi consider duit ni Intan punya sorang ke? Sebab Intan dulu yang nampak kira Intan punya dulu lah. Kan? Sebab dulu masa kecik-kecik sapa yang jumpa, dia lah yang punya. Intan cakap, takpe kita bincang dulu. Sementara waktu, duit ni Intan letak dalam purse Intan. Chewah.

Thursday, May 3, 2018

Bubur Power and Admin WhatsApp Group Giler Kuasa

Assalamualaikum..

Hari semalam I dapat jugak jogging setelah sekian lama bercuti. Last rasanya2 minggu lepas kot dengan Kaklong? Memula hujan, so I dah frust habes sebab dah set dalam kepala nak jogging and berpeluh harini, lepas tu Intan cakap masa dia jalan kaki pergi train pon, tak payah pakai payung so zaaaaaaaaaaaap terus I salin baju. I sorang-sorang je semalam pon jadik (Loser ke?). Lagi focus. Dapat 4km puas hati aku berpeluh. Track macam licin sikit tapi I hati-hati je. Taknak sampai jatuh sebab kalau jatuh sapa nak tolong I. Sian I, dah la anak yatim *tetiba. I lari non-stop until masuk lap ke 3 baru ada jalan sikit-sikit. Pace 6’56 memang biasa-biasa je tapi Ok la. Actually yang terbaik is Brisk Walking. That is the best. Takyah beria nak lari sangat. Brisk Walking lagi banyak kebaikan. Antaranya ialah dapat menguatkan jantung, dapat tones kaki, punggung and perut, dapat prevents dari Osteoporosis, dapat boost Vit D level, maintain berat badan and macam-macam lagi lah. Yang tu korang Google sendiri. Tapi I ada satu perasaan yang kalau tak betul-betul berpeluh, semacam tak puas hati. Anyways, masa balik tu, I singgah beli Nasi Lemak Kukus and Ayam Goreng untuk Shein punya dinner. Tengok Abang sebelah ada jual Laksa. Macam tingin pulak. Dah la Abang tu baik bagi Air Soya dengan Kuih Free. Tachiuuuuuu Abang!! Dah beli, takkan la nak tengok je kan? Lepas suap Shein makan terus I makan Laksa. Cita-cita nak makan separuh tapi takde maknanyaaaa. Setel Semangkok siap Telur Rebus Sebijk. (Tu pon masa suap Shein I marah-marah sebab dia makan main-main, abes bila Mama dapat makan Laksa hahahahah).  I meses Intan cakap I menyesal makan. I cakap ‘Biasalah Melayu, lepas dah sedar buat silap baru nak menyesal’.  Kata Intan ‘Takyah menyesal la Kaksu. Nasi dah jadik Bubur’. Lepas tu I cakap ‘Tapi Razz Bubur Power sedap’. So tak relevan dah peribahasa ni. OMG wei, Razz Bubur Power ni memang betul punya Power. I takde la suka makan bubur tapi Bubur ni is the best in the WORLD!


Ni la Razz Bubur POWER. Ada Bubur Ayam RM6, Bubur Daging RM6, Bubur Combo (Ayam + Daging) RM7 and Bubur Telur Masin RM7. Setiap jenis bubur ni ingredient dia lain-lain. Nak tambah apapa kena RM1.00 tapi yang I punya ni special. I mintak Bubur Combo + Telur Masin + Ikan Bilis + Kacang. Hahahahahha. Terus kena RM8.00 semangkuk. Puas hati aku.

Wednesday, May 2, 2018

Woi Sedapnya Brownies!

Assalamualaikum

Tachiu @qookiemomstar sebab rajin melayan tekak I. Haritu tetiba rasa tingin nak makan Brownies, terus text dia, taktau pulak member tengah cuti baking sampai 10 Jun 2018 but sebab I Pwincess dia buatkan jugak. Tachiu awak. Tak cukup sekali, I repeat order lagi sebab sapa suruh dia buat sedap kan? Adeh, sugar semua ni and boleh mengundang kegemukan tapi takper la, sebab nak puasa dah kira macam self-reward la. Nanti puasa confirm kurus ni. Hehe. I memang bagitau specifically macam mana I nak my brownies I. Mesti moist dalam, atas rangup, kurang manis, no nuts and kena drizzle dengan chocolate atas dia. Setiap kali dapat mesti tanya ‘Ok tak? Nervous I nak tunggu you punya respon’. HAHAHAHAHA. I rasa semua Bakers yang I deal memang ada peel macam ni kalau dengan I. Huda tu padahal punya la hebat baking, pon sama. Dia sampai mengadu dekat Shinta ‘Kaksu nko tu, kita tukar vanilla punya brand pon dia tau’. Haaaaa tu lah kelebihan tekak I. Tau je dia menda-menda macam ni. Padahal baking bukan I pandai pon sebab I suka experiment and guna resepi and method ikut kepala sendiri. Eh, aperhal pulak Brownies ni kena masak lama? Makanya mata dah mengantuk nak membuta. Ok ngam, guna api atas bawah. Lepas tu bila dah siap Brownies I, campak dekat luar, ayam pon tak sudi nak makan hahahahahhahah. Buat Pavlova pon failed. Setakat ni I baking, Alhamdulillah memang semua failed. So berita baik la pada bakers, sebab confirm boleh cari makan dengan wujudnya orang-orang macam I tapi nanti kot ada oven baru besar, boleh masuk sekor kambeng and ada kipas dekat belakang tu tetiba I boleh bake dengan hebat, itu lain cerita. Meanwhile tak pandai lagi buat Brownies sendiri, biar Qookiemomstar je lah buatkan. OK?



Yang ni I mintak Combo RV and Brownies. 36 bite size, RM40.00 je. Murah kan? Dah la murah. Sedap pulak tu.

Tuesday, May 1, 2018

Sembang Kosong Je

Assalamualaikum..

Happy Labour Day! Rasa macam sekejap je dah Mei kan? Cepat masa berlalu sekarang ni. Nanti diam-diam dah hujung tahun. Ni pon Ramadhan is just a round the corner. I baju raya siap dah semua untuk Shein and Sazli. Tinggal nak hantar Dry Clean je. I punya pulak dah terpakai masa one of the wedding yang I pergi but I ada nampak theme colour sama jual dekat Ash Annas. Kaklong berasap je masa I cakap I dah terpakai. Hahahaha. Yerla, sapa suruh dah siap tergantung and iron, I pakai je la. For this year, baju lelaki and perempuan tak sama. Kita ambik different shades saja nak kelainan. Untuk girls, warna baju is Royal Blue. Tudung nanti kitorang beli sama-sama dekat Ariani. That's the plan nah. Ikut hati I, nak pakai @be_anggunscarves je sebab senang nak bentuk. Yang jenis lain kalau pakai kekadang membuat mood I swing dari pagi jejak ke petang. Baju raya Shein yang casual takde satu pon I beli lagi. Tahun ni concept I is dramatic, beli last minute baru rasa meriah sikit raya. Hahahaha. Tahun lepas, 2 bulan sebelum semua dah setel. Tak rasa sangat kemeriahan dia macam tu, so tahun ni kita buat semua last minute. One more, I ingat tahun ni nak pergi Jalan Masjid India. Sana meriah kalau nak dekat raya. Ellis tu setiap tahun berjanji nak bawak I pergi jalan TAR sudahnya takde pon. Tahun ni kalau dia tak bawak, siap dia. Semalam I cakap I nak makan Nasi Daun Pisang, Durian and Tosei kan? Alhamdulillah Nasi Daun Pisang and Durian dah dapat makan. Tinggal Tosei je yang tak dapat makan. Nak makan Tosei kena makan fresh lepas masak sebab kalau tapau dah tak feel. Nanti dia lemau. Tengoklah esok/lusa maybe dapat makan Tosei. Dah kenapa yang tetiba I nak makan makanan India ni? Biasa tekak Western and Japanese je. Hahahaha. 


Hello Tosei, come to Mama