Pages

Thursday, February 27, 2014

Talking Muslim Dolls And Many More at BOOKU Castle

Assalamualaikum..

Baby and toddler usually dia memang selalu akan tertarik dengan toys/buku yang bewarna warni. For babies, kalau nampak jer yang bewarna ceria, kompem nak bawak masuk mulut. Sebab tu, masa baby kiter kecik-kecik lagi, kiter dedahkan je dia dengan warna dan persekitaran yang berwarna-warni. Lagi awal, laaaaaaaaaaaagi bagus! Untuk stimulate otak dorang. Kalau kiter tengok sekarang ni pon, dah timbul banyak kesedaran pada ramai ibu-ibu untuk bagi baby dorang kenal dengan flash card and story book seawal 2 bulan. Amboi.

Its good actually. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa rahsia untuk meransang visual bayi terletak pada warna yang tinggi kontrasnya. Senang cerita, sesuatu yang bewaran-warni la. Memperkenalkan warna yang berbeza-beza pada bayi akan membuka jalan untuk perkembangan otak mereka. Cecece. Bahasa nak buku teks jer. Haha.

Sebab tu dorang suka giler dengan cartoons. Kan? Pasang la Upin Ipin ke apa memang terus menganga. Nak nak si Shein. Nampak pulak objek kaler terang macam Barney. Baby mana yang tak suka kan? Baby memang la suka kan Barney tu? Suara dah la annoying giler. Baby suka, aku plak rasa nak sepak jer. Haha.

Ok. Cakap pasal objek-objek membelajaran yang kiter biasa dedahkan pada baby/toddler belajar A B C, 1 2 3 why not kali ni kiter perkenalkan mereka something yang lebih berilmiah like ‘Berwuduk Sebelum Solat’, ‘Mengenal Angka Arab’ dan ‘Doaku hari ini’.

Kat mana nak dapat? Ok. Klik sini. Bila I tengok dekat page dorang ni, terus mata macam berkaca-kaca jer. Semuanya omel jer. Terpaling omel, ada soft toy anak patung lelaki pakai kopiah and anak patung perempuan siap pakai tudung. (Pang!) Sopan sangat J


Ni talking Muslim Doll, nama dia Aamina. 

Dapatkan Amina dan Yousuf sebagai teman belajar anak-anak anda. Didatangkan dengan pakaian sehelai pakaian persalinan.

Features:
1. Bi-lingual 16" soft plush Aamina/Yousuf speaks and sings
2. Interactive hands, feet, number pad and colour pad
3. Over four minutes of sound
4. Muslim Yousuf speaks English and Arabic
5. Fun way for young children to learn languages
6. Ages 3+
7. Aminaa/Yousuf speaks when you press her/his hands and feet



Yang ni nama dia Yousuf. Mereka boleh membaca beberapa perkataan Quran yang penting, termasuk frasa-frasa dan surah termasuk makna mereka. Diantaranya ialah Assalamualaikum, Alhamdulillah, Subhanalla, InsyaAllah and many more. Klik sini untuk more info.

Antara barang yang dijual dekat sana ialah Cloth Book, Islamic Softbook, Storybook, Educational toys, Branded toys macam WABAfun, Children’s Craft Material and many more. Untuk yang setahun keatas, molek la kalau perkenalkan dengan Cloth Book sebab selamat dan tidak mudah terkoyak. Kalau jenis buku kan, kekadang kiter tak sedar, baby dah bawak masuk mulut. Makan kertas. Maka, yang jenis cloth book ni memang terpaling win la. Sebab kalau masuk mulut, dia tak koyak. Gitu kekdahnya. Jimat pon yer. Takde la nak beli buku cerita seminggu 7 buah. Kan? Kalo ongkaye lain la. Baca dan buang. Gitu.


Diantara koleksi softbook. Ada baaanyak lagi yang lain. Lets encourage your little one to love books!

Kecintaan terhadap buku perlu dipupuk sejak kecil lagi. Hadiahkan anak-anak kita buku-buku yang bersifat interaktif dengan warna yang menarik, mengeluarkan bunyi apabila disentuh dan memperkenalkan mereka kepada benda-benda di sekeliling mereka. Jadikan membaca buku sebagai aktiviti bersama supaya lebih menggembirakan anak-anak kita.

Kat sini ada baaaaaaaaanyak buku-buku yang kiter boleh pilih. Paling best, kalau korang nak beli semua produk dekat BOOKU ni, mention je I ni reader Chooyaya nanti tukang kedai bagi off 5%! Yeay! Tapi offer valid sampai 31 March 2014 jer. Lepas tu no more. Jangan nak merayu ke apa, memang dah tadek. Pulangkan I kerumah Mak Ayah I sekarang! **Tetiba

Ok. Selain dari  produk untuk anak-anak, BOOKU jugak ada share parenting’s tips yang simple-simple. Kata tokey kedai, tadek la boring kan kalau asyik nak jual barang jer. Deep sangat tau tokey kedai ni? Nyampah. Pastu pastu pastu. Ada sesapa dekat sini tak yang suka buat craft and permainan diy untuk kanak-kanak? Kalau ada well U olls inilah tempatnya. Tengok ni, cantik-cantik kan?


Buat sendiri mainan anak anda. Let's get creative!

Anak-anak kecil memerlukan rangsangan minda berterusan. Galakkan anak-anak kita bermain secara kreatif dan mencipta sendiri permainan mereka. Wujudkan suasana yang menggalakkan anak-anak menjelajah persekitaran mereka untuk membentuk daya fokus yang lebih berkesan. Sentiasalah berinteraksi dan menemani anak-anak ketika mereka bermain. Semua murah. Serious. Murah. 

Setiap hari Isnin dan Jumaat BOOKU akan share craft ideas! Pastu kalau ada sesapa yang nak share idea boleh hantar idea tu kepada BOOKU punya email dekat bookupublishing{at}gmail{dot}com. Daaaan setiap hujung bulan, pengirim bertuah yang share idea-idea yang best dan menarik akan dapat hadiah misteri dari mereka. Isn’t that interesting?

Mak gembira anak pon gembira. Kira macam biar semua orang pon happy. Kan? Takkan la dorang jer nak happy-happy? Mak budak pon nak happy jugak. I memang tak boleh nak tengok craft yang comel-comel ni, sebab geram nak gigit. Itu pasal banyak teddy bear Shein berlubang. Haha.

Sebenarnya, pemilik BOOKU ni nak jadikkan BOOKU macam kedai buku untuk kanak-kanak. Ada buku, ada alatan craft, mainan etc. Tapi produk bukunya masih belum banyak. Its ok awak, pelan-pelan kayuh. Mana tau lepas ni Allah bagi rezeki berlipat kali ganda lagi kan? Amin. Nak Uweeeeeet!

Buku-buku Islamik daripada fabrik sesuai untuk anak-anak seawal 3 bulan-6 tahun. 

- Mudah di bawa ke mana-mana 
- Selamat digigit
- Mudah dibasuh
- Tidak mudah koyak
- Selamat di bawa tidur

Biasakan anak-anak kita dengan cara hidup Islam sejak kecil. Perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf al-Quran, perkataan Arab, solat, doa, dan tatacara hidup muslim yang lain. 



Bermain sambil belajar merupakan salah satu cara supaya anak-anak merasa seronok ketika aktiviti pembelajaran mereka. Pembelajaran secara tidak formal dan santai boleh membentuk daya fokus yang lebih berkesan. Dapatkan set permainan yang boleh merangsang pembangunan minda dan fizikal anak-anak. Yang gambar last sekali tu Brand : Darus Salam The Prize includes 24 surahs and supplications from the Quran (BAGUS GILER)


Untuk sebarang pertanyaan boleh PM FB Page dorang or SMS ke 017-9145779. OK? I nak sambung belek produk-produk mereka. Memang semuaaaaaaaanya comel-comel. Sumpah tak tipu! For mommies out there, happy shopping U olls! Jangan lupa guna 5% discount tu. 5% pon banyak jugak. Kumpul sikit-sikit boleh beli makan yang sedap-sedap (makan jer la yang kau tau kan?) Haha.

-EnD-

No comments:

Post a Comment