Assalamualaikum.
Ni entry patut publish semalam tapi ada error. So there you go.
Kisahnya, pagi tadi I pon dah bangun lambat. Tido awal giler, bangun lambat. Dekat 11 jam tido. Amek kau. Tapi puas hati la sebab since Jumaat sampai semalam, I rasa badan I dah penat sangat. Weekend full of activities. Dah macam YB dah kitorang anak beranak dok melawat kawasan. Kah kah kah. And naseb baik la Shein bagi kerjasama. Dia pon semalam pukul 7.00pm dah tido. Pukul 11.00pm jaga, tepuk-tepuk muka I but I buat bodo je. Nak ajak main. Banyak cantik muka nko Sheindong nak ajak main memalam buta ni? Dah jangan ngada. Tido je. Mama penat ni jadik kakak kawasan dah 3 hari.
Pastu pagi tadi masa nak pergi kerja, I tengok dia molek jer tido. Tunggang langgang kepala dah dekat kaki Sazli dah. Mulut nganga. Ok pas. Takyah masukkan dalam kandang dia. Elok I keluar toilet, dengan badan tak sempat nak lap, I tengok katil kosong. Sudah. Mana Sazli dengan Shein ni? I risau kot Sazli bangun solat, Shein dah mengemas kat mana-mana. Laju giler I jalan macam nak tersembam dah. Kalau jatuh satu hal macam dugong terlantar ditepian pantai pulak. Kata debab?
Sekali I tengok Sazli tengah sandar kat pintu. Muka panic. I risau sebab dia ada vertigo. Kot vertigo attack ke? Shein tengah solat. Elok bentang sejadah tapi senget-senget. Dok tonggeng-tonggeng sujud la kot? Kat sebelah dia ada serum rambut Sazli. Maknanya member dah lama dah dekat dalam bilik baju tu. Haha. Siap bagi salam, (dia amin tangan tekup muka) terus sambar I. Haha. Shein Shein. Perangai sangat kan dia ni?
Kata Sazli, dia terkejut. Sebab macam tersedar, tengok Shein dah takder dekat sebelah. Kus semangat. Rupa-rupanya dia ada dalam bilik baju tu, tengah solat. Hahaha. Umur Shein sekarang memang dia perati je apa kiter buat and dia tiru. Sebab tu la Shein dah nak pakai curler I, korek telinga, pakai bedak sendiri, pampers pon sebok nak pakai sendiri. Sebab tu la sekarang kiter pon jangan dah nak tak senonoh depan anak. Kang nanti ditirunya.
Time Sazli solat, memang dia nak duduk sebelah. Or solat sama. Kalau angkat, dia marah. So I biar jer la. Pastu kekadang dia gelak-gelak time Saz ruku’, dia bajet orang tu tengah peek-a-boo dia kot? Haha. Haih. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar jer Shein dah macam-macam perangai. Tak lama lagi dah nak masuk sekolah darjah satu. Pastu masuk U, pastu kerja, pastu kawen. Dah tu Mama acane?
bijak betul shein ni.. bestnye tgk shein dah pandai solat...Harap dapat jadi anak yang soleh & bijak untuk Su & Sazli.. Amin
ReplyDeleteJan@Afzan : Amin.. Shein, nak uwet!
ReplyDelete