Thursday, November 9, 2017

Beza Ketam Nipah Dan Ketam Batu

Publish : 4 April 2014
Republish : 9 November 2017

Assalamualaikum.

Harini kiter belajar pasal ketam eh? Sebab semalam macam ada banyak plak inquiry pasal ketam Nipah and Ketam Batu. So today I share apa beza dia eh? And lepas ni semua orang boleh makan ketam gemok ini dengan gembira dan bersuka-ria tanpa rasa was-was. Sebab sebenarnya I pon sebelum baca pasal beza ketam nipah and ketam batu ada la macam was-was but now lepas penuh ilmu didada I dah tadek rasa was-was lagi. I rasa hebat. (dan dan)

Ok. Ni ada soalan pasal status halal-haram ketam nipah ni.

Soalan:
Apakah hukum memakan ketam nipah? Ada dua pendapat yang pertama hukummya boleh dimakan oleh orang islam dan pendapat kedua mengatakan hukumnya haram dimakan oleh orang islam kerana hidup di dua alam yakni darat dan air.. Minta jelaskan. sekian..

Jawapan :
Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis crustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan.

So Ketam Nipah ialah halal. Yang kiter dok makan kat Thai Restaurant and Chinese Muslim Restaurant tu ialah halal. Now kiter tengok apa perbezaan fizikal kedua-dua jenis ketam ni. Cecece dah macam dalam segmen National Geographic plak dah harini. Pang nak?




Senang cerita macam ni la. Ketam nipah sepit dia besar, kalau ketam batu sepit dia kecik and tajam hujung dia. Ketam batu warnanya lebih gelap dari ketam nipah. Lebih lebar dan lebih padat. Yang paling senang sekali nak tengok, kaki dia. Ketam nipah kaki dia yang paling belakang tu leper sebab gunanya untuk berenang-renang didalam air, manakala ketam batu tadek leper. Semua tirus je. Sebab dia hidup di darat. 

Tengok pada kaki ketam yang kat belakang tu. OK? Ketam nipah kaki dia leper


Lepas ni kalau nak pergi pasar, taktau nak bezakan ketam batu and ketam nipah by color (sebab ketam nipah ada yang warna gelap jugak) boleh tengok pada kaki belakang dia. Ok? Kat bawah ni pulak I kasik contoh jenis-jenis warna ketam nipah yang I dapat dari sini.


Ketam nipah betina. Sepit dia besar! Kegunaan untuk menyepit husband dia kalau husband dia cuba flirt dengan ketam wanita lain.


Ketam nipah jantan sepit dia kecik je. Yang kat bawah ni pulak pelbagai warna ketam nipah yang lain. Ngeri pulak I tengok. Macam Alien.





So lepas ni semuaaa orang boleh makan ketam dengan gembira. Yay!!! Anyway ada satu lagi jenis ketam yang haram dimakan. Tak kisah la apa agama pon. Sebab kalau makan, memudaratkan. Ketam ni memang jarang dijumpai dah sekarang. Sekali sekala je. Kejap eh?


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Yang ni Haram dimakan. 

-EnD-

14 comments:

MsBabble said...

tq untuk info

buat masa ni masih kembang tekak dgn menu ketam.. masa kena denggi last time, mmg ari2 dok makan ketam smpi nak uwekkkkk je sbb da muak

tp entry semalam tu memang hampir2 buat ailiyo menjejes

QASEEH HATIKU QASEEH said...

d sabah ketam nipah ni mmg d pnggil ketam batu...x prna dgr istilah ketam nipah d cni...mmg ketam tu murah cni..x caya dtg la cni...

aziekz said...

hee..very smart info....terang sebutir2..klu xfm jgk xtau la.....good info.tq

ieda iedana said...

Selamat memakan ketam dengan puas. lepas tu update la kat sini. Kaksu kan terrer buat orang telan ayaqlioq
and dah dapat tu jangan nangis lagi ye..hahaha...

p/s: bila nak ajar shein sambal air mata? haha.. tak sabar.

Anna Dayana said...


emm dalam kereta pun kak su citer pasal ketam, beria cite pasal ketam tu la ketam ni la..

kak su: intan mai sini kejap..
Intan: kenapa kak su?
Kak su :intan tak teringin ke nak makan ketam?
Intan : ler.. itu je..

Cekgu Norazimah said...

hahaha ! ada pulak yang last tu.. ;)

Time Traveller said...

Yg last tu buat masak lomak cili padi sedap tu hahahaha.. :D

Hafiz said...

Hahhahaha.. Lawak lah.. Enjoy baca, knowledge pon dpt.. Tq..

adda syuhada said...

sedapnyer klu dpt makan ketam...

Unknown said...

hahahaa thanks much for the info, ma'am! part yg paling kelakar
tu sepit ketam betina lebih besar utk sepit ketam jantan kalau
dia flirt dgn betina lain..paling win!!! hihihiii cute!

Unknown said...

Nak komen blh? Ketam betina sepit dia kecil betbanding sepit ketam jantan.

Ketam said...

Salah artikel awak..gambar pertama.ketam.tu jantan..bawah dia baru betina..garisan bawah perut ketam yg beaar adalah betina

Unknown said...

Ketam yg haram tu klu mkn gk.innalillahhhh...heihihu

Unknown said...

Kelakar