Showing posts with label annesuraya. Show all posts
Showing posts with label annesuraya. Show all posts

Tuesday, April 3, 2018

Baju Raya and Crazy Sale ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

Raya tak lama lagi dah kan? Less than two months je. Amboi, puasa pon belum dah cakap pasal Raya. Hahahaha. Baju raya tahun ni kaler apa? Untuk tahun 2018 ni kitorang punya concept tak sama macam tahun lepas yang beli sekayu kain pakai sekeluarga tu. Kita buat kelainan sikit, lelaki pakai kaler lain, wanita pakai kaler lain tapi range warna sama cuma tone je lain-lain. Untuk tahun ni I memang buat Kurung Kedah Modern je semuaaaaaaaa. Senang nak makan banyak-banyak and senang nak bergerak. Baju tahun lepas kemain siap lace 3D rama-rama and ada reben ikat belakang dah macam pwincess tapi pakainya sekali je. Memang takde pakai dah lepas tu. So tahun ni I dah cakap kat Kaklong awal-awal. Takyah dah la beli kain satin/dull satin or seangkatan dengannya sebab memang tema maid je tahun ni supaya nanti bila sampai kat Jengka, I tak meroyan panas. Itupon kalau ikut hati, I nak beli kain cotton je tapi macam sedih sangat pulak. Hahahah. Ni baju raya Sazli, Shein dengan I dah siap dah. Tinggal nak ambik je. So setel dah masalah baju Jawi. Baju Rumi je takde lagi untuk Shein. Ni dah boleh start beli dah ni. Usually baju raya Rumi Shein ni pakai untuk open houses je and I suka beli last minute. Saja gelabah tetek nak rushing-rushing dengan Ellis, baru la semangat raya sikit. Kan? Ok. So apa azam raya korang selain dari nak kurus? Kalau nak kurus, sempat je lagi ni. Check calories intake dari sekarang, cut sugar and exercise. If harini duduk depan cermin and rasa down sebab gemok, jangan down lama-lama. Bagi masa pada diri sendiri and try for 1 month dulu eat clean. Yang penting kena ada determination. Senang laaaa nak cakap kan? Sebab godaan makanan ni dia memacam. Macam I ni hari-hari KLCC, makan nak sedap-sedap je. Office pulak selalu buat makan-makan and Huda punya kek boleh tahan menyirap tapi takpe. Boleh je makan, but bekadar la. You have to know where to stop and put la certain weight limit. Let say dah sampai max, work out balik. Ok?


Baju Raya Tahun Lepas Bertemakan Pengantin Terbang. Tingat dulu masa Kakyang and Kaklong beli, dia bagitau Eddy harga lace semeter RM200.00 lepas tu Eddy tanya, 'Mahalnya, boleh terbang ke?' HAHAHAHAH

Thursday, December 7, 2017

Latest Promo ANNESURAYA Skincare + Transbella

Assalamualaikum…

Year END Sale kembali lagi! Alhamdulillah, ramai dah yang percaya pada AS sebab ramai return customer yang beli lepas tu nak bayar harga bukan Promo maksudnya dorang beli bukan sebab Promo semata-mata tapi sebab memang dah pakai. Untuk yang baru nak cuba, nanti boleh WhatsApp I dekat 0129184042 untuk I consult macam mana nak pakai Set AS ni mengikut kesesuaian jenis kulit korang ok? Untuk I sendiri, I memang consistent guna Set AS especially my favorite Day Cream. Day Cream AS ni also menghalang kulit dari sinaran UV (SPF 45) so memang best buat pakai daily. Kulit I pon tak berminyak sebab kebanyakan day cream dia akan buat kulit kita berminyak tapi AS Day Cream amat OK. Untuk yang 30 tahun ke atas, Day Cream kena pakai daily tau untuk elak dari kulit kita naik jeragat so kena pakai dari sekarang. Jangan malas. Sehari sekali je pon. Dah la tahan lama, so memang berbaloi la. I sejak tahun lebih lepas, Day Cream baru masuk botol ketiaa. Padahal dah setahun dah kita dalam market. Punya jimat…


Beli 1 set AS dengan harga RM90 and dapatkan percuma 1 Bar Cleanser atau beli mana-mana 3 item keatas boleh dapat discount 30%

Tuesday, August 8, 2017

Cepat - Mudah - Fresh - Cantik

Assalamualaikum…

Harini I nak share tips macam mana nak bersiap mekap dalam masa less than 5 minutes tapi still look good and fresh with minimal make-up item. Memang nampak cantik ala-ala ‘make-up no make-up style’ macam Korean tu la. Cecece. Tapi yang tu pon kalau ikutkan foundation dia agak tebal and memacam nak tepek tapi if korang ikut yang macam I ni 100% lebih cepat. Lebih nampak glowing and extra flawless especially untuk yang takde masalah jerawat dekat muka. Untuk kulit kusam also boleh guna tips I ni. Untuk yang ada jerawat or parut jerawat maybe kena tambah extra 2-3 minutes sebab nak kena pakai foundation tebal sikit. Macam I, senang. Guna je product sendiri. ANNESURAYA SKINCARE Day Cream tak pernah tinggal and memang I jadikkan routine. Korang pakai je. Nanti lepas 2 3 bulan kang tetiba cantik je kulit. Yang penting kena konsisten dan sabar lah. Macam Day Cream ANNESURAYA ni pon baruuuu RM20.00 so I tetap rasa berbaloi untuk pakai walaupon kesan nak lebih cantik tu makan masa 2 3 bulan. Tak kisahlah kan? Dah kata keluar RM20.00 kena la ambik masa nak kulit cantik. Takkan cream harga RM20.00 hasil nak sama macam buat treatment dekat Aesthetic Clinic. Ye dak? Yang tips yang I share ni, memula dulu I rasa macam tak berapa confident nak keluar especially time ada event dengan muka siap 5 minutes ni, tapi I kasik chance pada diri I. Bila I dah cuba, I rasa happy. Bersiap 5 minutes ni I rasa lebih natural. Untuk yang mata sepet sedunia macam I, jangan risau. Still boleh nampak ok tanpa eye liner. Jom check out apa yang I guna. Murah-murah sahaja and bukan hi-end product pon. InsyaAllah mampu milik.




Dari Kiri : Sephora Colorful Cheek Ink gel, Code 03 orchid, The Body Shop Brow & Liner Kit, Kaay Super Moisture Cushion, ANNESURAYA Skincare Day cream, Sephora Mascara, Dark Brown and Lipice Sheer Color.

Tuesday, July 18, 2017

Barang Baik!

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya! Harini dah Hari Raya Ke-24 dah. Tak sangka Syawal dah nak abes dah. Ada balance 6 hari je lagi. Sedih pulak nak tinggalkan Syawal. Entahkan ini Syawal yang terakhir kan, mana lah tau. Harini nak share pasal ANNESURAYA SKINCARE la. I tau now baaaaaanyak keluar skincare dipasaran. Pilih la yang mana korang suka. Cuma I suggest, if tak pakai yang jenis organic, check dulu dengan KKM ada pengesahan product selamat digunakan atau tak eh? Macam ANNESURAYA SKINCARE dari Facial Cleanser, Toner, Day Cream, Night Cream dengan Intensive Night Cream semua mendapat kelulusan dari KKM. Bukan senang untuk dapatkan kelulusan dari KKM. Macam-macam procedure kena buat. I sendiri semenjak ada ANNESURAYA SKINCARE memang tak guna dah yang lain. Day cream wajib. Tak tinggal. Nampak macam simple je Day Cream tu tapi pemakaian secara konsisten pon bantu mencantikkan kulit muka. Macam kulit muka I jenis kering so before toner I akan pakai pelembap and mix dengan Vit E. Memacam jenis dah I try tapi yang paling best setakat ni I jumpa is jenis REN. Vit E pon I try memacam jenis. Tak kisah la mana-mana pon, sama je. Yang mahal ada, yang murah ada. Ikut suka. Sunblock WAJIB pakai kalau umur dah 30 tahun keatas. Especially yang jenis banyak outstation. Carik yang SPF 50 dan keatas. Macam Intan jenis bongok, Sunblock pergi pakai jenis Banana Boat. HAHAHAHAHAHA.


Ren Moisturizer.


Monday, June 12, 2017

Offer HOC & ANS. Teh Ais. Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Pari Bakar.

Hi Assalamualaikum..

Salam Nuzul Quran pada semua. For those yang cuti sempena Nuzul Quran macam Siti Nohaliza korang tu diucapkan selamat bercuti. Yang kena kerja macam Ain diucapkan semoga bertabah. Ala rilek la, kerja time orang ramai cuti ni la bagus. Jalan pon takde la jam sangat (padahal dengki). Tapi sakit hati jugak ada yang cuti. Kat johor ni budak sekolah je macam biasa. Ke dah ambik cuti ni ganti pada hari lain? Patutnya public holiday semua jela cuti. Ni Felda je cuti apahal? Hahaha. So macam biasa since kaksu cuti Ain akan update few things. Tengok tajuk pon dah tau ni entry rojak. Nak cerita pasal makan, offer house of corset, and offer annesuraya skincare. Bila kaksu kata buat dalam satu entry baiklah kita terus buat ye tuan-tuan dan puan-puan, sebelum dia berubah fikiran suruh separate entry makan and entry business. Tak pasal aku stress mengadap blog ni kang. kah kah kah. 

Sebelum tu kita up gambar menyirap. Teringin pulak Teh Ais Madu ni. Takkan nak bagi ain telan ailio sorang-sorang. Lepas tengok ni jangan pulak korang amek air semayang nak solat tapi kumur terus telan ok? bawak bersabar. (gambar google).

Thursday, June 1, 2017

Discount For Loose Pack Dan Special Offer Fullset AnneSuraya

Hi Assalamualaikum..

This is short update nak bagitau yang AnneSuraya ada nak kasik special offer kat korang ni. Beli mana-mana loose pack 3 item and more then berpeluang untuk dapatkan 30% off discount. So siapa-siapa nak topup boleh grab this chance sebab banyaaaak tu 30%. Untuk sesiapa yang beli fullset (RM90) pulak, korang akan dapat percuma Glutathione Bar wash. Worth for RM30. So tunggu apa lagi? offer macam ni tak datang selalu and boleh stop anytime ikut cakap boss. Sementara ada ni boleh la beli. Macam yang semua tau, AnneSuraya Skincare sesuai untuk semua jenis kulit. Cuma cara pakai tu depends pada jenis kulit korang. Contohnya macam facial cleanser, kalau jenis muka berminyak lagi elok pakai jenis bar. Kalau kulit sensitif prefer pakai yang jenis liquid. So apapa nak order ke, nak tanya ke, nak itu ini semua boleh DM kat Official AnneSuraya Instagram or whatsapp number yang ada pada gambar ok? takpon direct whatsapp Siti Nohaliza kat 012-9184042. Tapi kalau dia reply lambat sikit kena sabar, sebab dia busy nak jaga Ampang. Puasa-puasa ni kena banyak sabar. Nak tengok feedback and testimonial semua boleh pergi IG. Kalau belum follow boleh follow sekarang. Hehe.

Beli Fullset AnneSuraya Skincare (RM90) percuma Glutathione Bar Wash (RM30). Nak tau mana satu Glutathione Bar Wash? Tengok gambar loose se item bawah ni.

Thursday, May 18, 2017

NOT NUMBER KKM FOR ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

Kecoh kan bebaru ni pasal ada a few familiar Local Skincare yang ada pengesahan KKM tapi tetiba disenaraikan mengandungi bahan terlarang? Ever since that, ramai dah pengguna yang takot nak pakai local skincare walaupon ada pengesahan KKM. ANNESURAYA yang picisan ni pon terasa ‘bahang’ jugak sebab tak putus-putus dapat argument dari pengguna pasal selamat atau tak guna ANNESURAYA SKINCARE ni, walaupon kitorang dah bagi NOT Number KKM yang ANNESURAYA SKINCARE selamat diguna taaaaapi tetap kena argue sebab ada yang lantang cakap ‘Dah tu, Skincare ‘T’ tu ada pengesahan KKM tapi kenapa ada bahan terlarang?’ Dalam kes ni, I rasa simpati pada Founder-founder yang tak bersalah kena bash sebab issue ni. Kesian sangat. Bertahun nak bina brand sampai mampu berdiri tetiba jatuh terduduk sebab popular dengan cara yang tak berapa manis. Tu kalau jadik pada I mau aku muntah sebesen. Haha. Time ni ramai pengguna/stokist/agent yang desak Founder  untuk buat press conference semua but I tau, nak self-defense dalam keadaan tengah panas pon kekadang akan merumitkan keadaan. Orang takkan mudah terima dan lebih pada nak cari salah so it’s better to remain silent sampai la keadaan reda. Nampak Founder memasing cool tapi susah hati mereka, siapa lah yang tau? Dalam hal ni I percaya bukan la salah Founder 100% tapi kekadang datang dari kesilapan pihak Kilang/Manufacturer jugak. 


Kelima-lima product dalam ANNESURAYA SKINCARE (Facial Cleanser, Toner, Day Cream, Night Cream and Intensive Night Cream) adalah selamat digunakan dan mendapat pengesahan dari KKM

Wednesday, April 5, 2017

Kulit Berminyak Teruk? Guna Glutathione Bar Facial Wash ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

Banyak pulak dapat order loose item AS semenjak last week I offer beli any 5 of any item dalam ANNESURAYA SKINCARE SET lepas tu boleh dapat 30% less with FREE POSTAGE. Paling banyak order is Glutathione Bar Facial Wash dengan AS Night Cream. Ada yang beli facial cleanser jenis liquid lepas tu beli jugak jenis bar. I tanya kenapa nak kena ambik dedua? Kulit jenis apa? Jawapan : ‘Sebab dedua pon best Kaksu. Yang liquid bau manis and macam bubblegum and bar pon best sebab lepas cuci kulit rasa macam bersih and tegang giler’. Siap ada yang share dengan husband lagi. Tau la kan, lelaki ni kulit jenis berminyak.. Pakai Glutathione Bar Facial Wash ni memang puas hati nak-nak yang minyak dekat muka boleh buat goreng ikan. Lepas cuci dia punya bersih memang puas hati sebab deep cleans. Tu kalau pinggan tu memang ada bunyik ciut-ciut la kot? Hahaha. I kulit tak berapa nak berminyak so I prefer pakai liquid punya tapi bila sesekali berpeluh macamkan pergi berkebun cop buah kelapa sawit, I akan guna la Bar cleanser sebab rasa nak puas hati biar muka bersih. Seketul RM30.00 tu boleh tahan sampai sebulan lebih. Belah 4 lepas tu letak dalam bekas kecik. Lepas cuci, korang buang la any air yang ada dalam bekas tu, kasik dia kering so nanti tahan lebih lama. Ok?


ANNESURAYA Glutathione Bar Facial Wash. Berat 40 gram. RM30.00 exclude postage.

Tuesday, March 28, 2017

Makeup Cantik by Shae, Fadzilah and Anis for Basic Makeup Workshop Annesuraya Skincare and Kaay Cosmetics

Assalamualaikum..

Haritu masa Kathy, Yana and Siti Nohaliza masukkan gambar muka dah siap mekap waktu Basic Makeup Workshop Annesuraya Skincare and Kaay Cosmetics  (entry bila nak up?) ramai la yang memuji kata mekap cantik. Cecece. Maka kembang la terus memasing punya vontot yang dah sedia kembang. Hahahaha. Kitorang mekap sekejap je. Semua less than an hour.  Zaaaap zap zap dah siap. Cita-cita tinggi, nak makeup awal before 12.00pm tapi biasa la cita-cita tak semua kesampaian. Contoh macam cita-cita nak jadik Pembaca Berita sampai kesudah takde nampak bayang walaupon dah tuwe. Sedih sangat hahaha. Dah siap mekap tu I tengok Kathy and Yana dah macam nak jadik pengantin dah sebab dorang pon mata siap pakai contact lens, I je yang lupa. Tu kalau pakai crown tinggal bersanding je. Kompang tak payah sebab guna kompang mulut je. Haha. Mekap sekejap tapi result InsyaAllah ok, memasing kening on point and semua pon puas hati lepas tu start la pusing-pusing time berjalan berangan macam pwincess hahaha. Yang berangan tu I sorang je sebenarnya tapi sengaja nak tuduh orang lain sekali. Biasa la, hobi I = berangan. Macam I memang ada a few time dah make up dengan Shae but Manja Kathy and Manja Yana ni first time dorang make-up dengan MUA 2 orang ni. Biasanya perempuan suka berangan mekap cantik macam kitorang ni senang je nak  ngam dengan MUA. Hahaha. Anny je tak sempat mekap sebab dia bizi sikit kehulur kehilir beli air la apa la. Lagipon dia kata dia belakang tabir takyah beria mekap. Diaaaaa la kata dia belakang tabir memandai, orang tak cakap pon. Kali ni dia terselamat, next time belum tentu. Haha. Jom tengok hasil mekap kitorang.


Gambar full dulu eh? Dari kiri : Kak Kiah, Yana, Kathy and Siti Nohaliza.
Style = Ikut suka hati nak pakai apa pon. Lupa nak janji kaler tema apa. Tapi kebetulan I and Anny pakai Hitam/Kelabu lepas tu Yana and Kathy pakai ada element biru. Team Anne Suraya bagak-bagak je besar macam giant, team Kaay alahai kecik molek je.

Monday, March 27, 2017

30% LESS UNTUK LOOSE ITEM ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

Petang ni tak boleh nak borak panjang sebab I bizi menyelamatkan dunia. Tau kan I part time Power Rangers Kuning? Tu movie baru Power Rangers tu memang special dedicated untuk I tu kalau korang nak tau. Anyway just nak bagitau 1 SET ANNESURAYA SKINCARE INCLUDE POSTAGE is RM90.00 and if ada sesapa yang nak beli loose pack pon boleh jugak der. Beli 5 piece and more I bagi less 30% dari harga total  FREE postage der. Ok? Sebab apa offer macam ni? Sebab tetiba ada pulak Agent yang jual lose pack. Kata dorang loose pack lagi murah sebab takde kotak. Kotak tak guna… Yang nak guna isi dalam je. Sampaaaaaaaaaaaaaaaaaai hati taw, kan ke kotak tu ada muka Siti Nohaliza korang ni? Hahahahha. I dah pesan pada kawan-kawan rapat siapa yang beli, jangan buang kotak nanti I sedih. Dah la muka I poyo je dekat depan tu. Kata Ain, macam tangan onggiler yang dekat Tanjung Rambutan. Wajaq. Anny pulak muka budak baik sangat. Menyampah betul dia tengok kotak tu, tak puas hati muka baik sangat. Hahaha. Kotak belakang cerita, janji isi kandungan dia power dan selamat. InsyaAllah…. So, sapa yang nak beli loose pack dengan 30% dari jumlah keseluruhan (minimum 5 item) macam biasa WhatsApp I NOW dekat 012-9184042. Usually mana yang dah beli full set tu, krim siang paling tahan lama and pencuci paling cepat habes (alasan sebab bau bubble gum so nak cuci banyak-banyak kali) SO boleh la beli loose item ok? Okbye. Sayangi diri, hiasai peribadi. Saaaaayangggg awak. Mmmmuah!

-eNd-

Wednesday, March 8, 2017

Bunuh Ketua Penjahat Jerawat Dengan ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

Harini I nak share testimonial yang best dari seorang customer yang bagi peluang kepada ANNESURAYA SKINCARE untuk bantu dia menyelesaikan masalah kulit dia yang berjerawat. Adik ni jerawat dia memang jenis tag team keluar satu muka and ada pulak tu haaaa ketua comrade dia satu dekat pipi. Pangkat Brigadier General tu I saspek sebab beliau agak besar and dah nampak ada parut hitam dekat keliling dia. Nampak gambar tu, mesti rasa macam a bit skeptical kan untuk local product solve problem dia ni? Tapi berbekalkan semangat MALAYSIA BOLEH Alhamdulillah masalah jerawat adik ni dapat diselesaikan dalam tempoh 3 minggu. Jerawat Comrade dah tak boleh nak membesarkan empayar wahahahaha. Mana jerawat kecik dah habes mati dihapuskan oleh ANNESURAYA SKINCARE peciu peciu tembak bunuh semua. Now muka Adik ni nampak lebih sihat, package lebih licin and lebih cerah dari sebelum ni. 3 minggu pakai baru la nampak hasil yang memuaskan. Takper lah lambat sikit janji kita tau yang ANNESURAYA SKiNCARE ni selamat dipakai. InsyaAllah…. Lepas habes 1 set, boleh continue pakai and jimat sikit sebab intensive night cream dah tak perlu nak pakai hari-hari. Cukup selang sehari. If ada yang tanya 1 set tu tahan berapa lama? Jawapan : LAMA. Krim siang tu dua bulan boleh pakai. Toner and pencuci tu memang habes sebulan. Lepas dah habes mana-mana item, korang tak perlu beli 1 set dah. Boleh beli lose set je. Ok?


Close up jerawat comrade dekat pipi

Tuesday, February 21, 2017

Harga Lebih Murah Untuk Makeup Workshop 2.0

Assalamualaikum…

Ladiesssss and Gentleman, tukang kayuuuu dan tukang simen sekalian. Ni I nak kasik tau yang Makeup Workshop 2.0 anjuran ANS and Kaay Cosmetic akan diadakan lagi pada bulan depan. Untuk yang nak belajar mekap cantik pergi office, kenduri dan bersosial bersama rakan-rakan tapi muka cantik macam Rozita Che Wan sebab dah pandai makeup, korang boleh la join kelas ni. Kita ajar dari mula pakai moisturizer sampai la siap cantik semua. MUA Iman memang ajar detail step by step. Takde satu pon yang tertinggal. I agak, tinggal pakai fake eyelashes and glamourkan sikit warna eye shadow pon dah boleh pakai untuk makeup tunang and dinner. Korang boleh baca our previous workshop dekat sini. Ramai yang puas hati and cakap naseb baik join, kalau tak memang menyesal la sebab berbaloi-baloi. Yuran murah je banding last time. RM160.00 untuk seorang sebab kitorang manage untuk dapat tempat yang lebih murah tapi selesa sebab parking free, makan sedap and bonus (crew dari 9Kedondong handsome-handsome). Hehe. Kita plan nak ambik dalam 30-35 orang je. Taknak ramai-ramai sangat sebab kita prefer quality dari quality. As for now dah ada lebih kurang 18 seat so ada balance dalam 17 kekosongan je lagi. Sapa yang nak boleh WhatsApp I terus dekat 012-9184042 untuk book tempat. Kalau tak dapat gaji lagi takpeeeeeeeeeeeeee. Book je dulu nanti gaji baru bayo. Ok?


Basic Makeup Workshop 2.0
Date : 12 Mac 2017 (Ahad)
Time : 2.00pm – 6.00pm
Venue : 9Kedondong Ampang Hilir
Fee : RM160.00

Wednesday, February 15, 2017

Makeup Workshop 1.0 by ANS Beauty

Assalamualaikum

Lama dah terperam entry Basic Makeup Workshop by ANS Beauty ni. Tauke kedai sebok share pasal makan makan makan tak habes-habes. Hahaha. Maafkanlah dia. Basic Makeup Workshop ni kitorang buat pada 21 January lepas bertempat di Kinrara Golf Club, Puchong. Al-hamdulillah berjaya walaupon baru first time organize. Memang takde experience apa tapi takde any hick-up, syukur sangat. Program buat semua on time and cukup-cukup je masa. Makan cukup, tempat selesa, dapat sambutan and dapat share ilmu yang pentingnya. Semua yang datang happy sebab dah tau cara macam mana nak make up dengan betul. Padahal basic make up tapi sengsorang balik muka dah Siti Nohaliza je semua. Semua cantik-cantik. Balik tinggal main pondok-pondok je. Hahahahahaha. Kitorang buat pukul 2.00pm and al-hamdulillah by 6.30pm semua dah selesai. Terima kasih pada ANS Team especially Lin, dibantu oleh Kerol for setting tempat semua. Thank you pada Iman and Linda as MUA yang berkongsi ilmu. Sorang duduk atas buat demo, sorang jadik Guru Besar check make up peserta. ELMA yang sponsor bb cushion, Make up Murah by Numi sponsor hadiah, Huda and Haizan sponsor kuih-kuih dan brownies dan paling banyak terima kasih dari ANS Team ialah kepada semua peserta yang memberi kepercayaan kepada kitorang untuk organize event ni and bagi kerjasama 10 bintang. Semua mendengar cakap. Redha je kena sergah dengan Iman. Iman ni garang sikit la time mengajar. I pon takot. Gaya dah macam Guru Besar. Pakkal takde rotan je. Memula elok la pakai heels, towards the end dia kaki ayam je. Lengoh dia cakap. Yerla, berdiri lama atas stage dengan mengandung mana la dia tak penat. 


Thank you Linda for make up. Linda paham apa yang I nak dekat muka I. Takyah la nak experiment memacam. Biarlah monotonous je makeup takde variety yang penting I puas hati. Kang kasik pakai lipstick maroon nanti mula la muka I ketat tak boleh nak senyum.

Monday, February 6, 2017

Perempuan Memang Suka Kena Puji, Kan?

Assalamualaikum..

Umur 36 tahun macam mana nak jaga muka dan kesihatan badan? Haaaaaaa. Ada jugak yang tanya tips randomly dekat FB/IG and Blog sebab katanya Chooyaya tak gaya 36 tahun pon. Cecece. Aku pon kembang la semangkok kena puji. Kah kah kah. Perempuan kan? Sure la suka kalau kena puji. Sapa yang tak suka kena puji tu memang rare la. Susah nak jumpa. Shein pon now I ajar dia macam ni. If dia nak susu dia kena cakap 1)Please 2)Mama Cantik. Lepas tu mengikut pulak tu. Hahahah omel Shein. Kalau pagi dia mintak Susu, ‘Mama, shoshoooooo’. I pandang dia angkat kening. Lepas tu dia cakap, ‘Please Mama’. Lepas tu I angguk and angkat kening dua kali. Lepas tu Shein cakap, ‘Mama? Catey!’ Hahahaha boleh laaaaaaaaa. Dah cakap macam tu baru la I bagi dia susu. So kalau nak tanya I apa tips I yang I amalkan I kasik 3 simple things I cuba buat. Pertama, minum air banyak and jaga makan walaupon tak la beria tapi I know where to stop. Kedua by keep active tak kisah la dengan cara exercise ke atau mengemas rumah pon kira part of exercise jugak. I akan buat outside activities as much as I can. Berjalan pon ok je. Keep active la. Pepandai la ko nak buat macam mana and last sekali I banyakkan senyum. Bergurau, mengembirakan hati and jangan sedih lama-lama. InsyaAllah by doing this, korang akan nampak presentable la. Nak cakap cantik kang macam puji diri sendiri but cuba buat 3 menda ni. InsyaAllah hidup lebih ada kualiti. Senyum kena selalu. Kena happy and jangan mourn over something yang buat kita tak happy terlalu lama.  Tua tetap tua tapi biar tua yang berkualiti ok? Keep positive and apapa pon kena lekas move on and most important jangan ada dendam.  Tu nanti I elaborate detail. Ok? Dah gaya macam Pakar Motivasi tak? Haaaaa. Kasik chance please.


Dengan ANNESURAYA SKINCARE lagilah senang nak jaga muka. Seronok tengok bila bangun pagi, muka flawless je. Memang rasa beza dulu dengan sekarang. Cakap masjid ni (Bak kata Ain kalau dia nak cakap dia tak tipu).

Thursday, January 26, 2017

RM81.00 1 SET FOR ANNESURAYA SKINCARE UNTIL 31/1/2017

 Assalamualaikum..

Dah masuk 3 bulan ANNESURAYA SKINCARE dalam pasaran. Rasa macam dah 3 tahun pulak. Kah kah kah. Padahal baaaaaru je. Masih lagi bertatih kekdahnya kalau ikut usia baby baru lahir. Bertatih menda? 3 bulan baru nak angkat kepala kot? Kalau umur 3 bulan lepas tu dah bertatih berjalan kang masuk TV pulak sebab pelik. Haha. Nak sustain dalam market bukan senang tau? But makin lama, bila makin banyak kita dapat positive feedback dari pengguna membuatkan hati I berbunga kembang dan lebih bersemangat. Rasa macam terbayar la segala penat lelah nak memperkenalkan ANNESURAYA SKINCARE di pasaran dengan lambakan skincare yang dah sedia ada dekat Malaysia tersayang bawah pimpinan Najib ni (tetiba). Pulak tu sekarang ni dekat FB Feeds melampak offer ‘BUAT COSMETIC/SKINCARE JENAMA SENDIRI DAN KAMI JANJIKAN PULANGAN LUMAYAN KEPADA ANDA DALAM TEMPOH SATU BULAN’. Opah kau? Ingat senang nak buat own brand lepas tu janji pulak dapat untung dalam masa sebulan? Menyirap pulak aku tengok Syarikat yang offer macam ni pada orang. 



Before pakai takde pon masalah sangat kulit, tapi selepas pakai lebih flawless. Jerawat pasir all gone.

Friday, January 6, 2017

First Video Siti Nurhaliza dan Anny Ariffin for ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

So inilah dia material ‘Project Rahsia’ yang digembar-genmburkan dalam entry ni. Kemain dua orang tu bercerita pasal dia punya Skincare kan? Bersungguh benar nampaknya. I tengok video ni sekali je sebab rasa macam segan and macam poyo pon ada. Tu pon 5 jari tutup dekat muka, 1 je bukak. Ni pon entah berapa kali take sebab I dengan Anny ni kekadang bila dah naik hantu mula la perangai tak senonoh keluar yang tetiba kan tetiba bila I tanya, ‘Sayang tak?’ Lepas tu Anny boleh jawab ‘Saaaaayanggggg’ Sambil cebik mulut, mata keatas tangan kebahu for real. Bongok kan? Ada sekali ni elok dah semua sekali take je jadik, daaaaaaaaaaaaah tetiba bunyik ambulance. Hahaha. Ko dah kenapa time ni jugak nak keluar? Lepas tu bersembur la ketawa. Ada pulak segmen buat-buat ketawa happy. Jenis 2 orang ni mana boleh nak pura-pura ketawa memang ketawa bersepah la daaaaah tak lulus jugak. Eh, ingat senang ke nak jadik sofan sanfun macam ni? Susah! Tapi kita carry jenama Skincare dengan kotak kaler Pink kena la lemah lembut. Time duduk takde masalah lagi walaupon kekadang kaki kejap kang dah nak huru-hara lepas tu Anny pulak cara jalan macam jenis nak carik gaduh yang, ‘Ha ko apehal????’ dah cut lagi. Kejap cut kejap cut bengang je. Naseb cita-cita nak jadik Pembaca Berita je. Bukan pelakon. Kalau tak, ni ada yang I amukan ablasa terus dekat set sebab lepas cut, cut lagi. Hahahahaha.


Cecece. Kasik chance la dua orang Founder ANNESURAYA SKINCARE nak bercerita asal usul product dia ni.

Thursday, January 5, 2017

Sapa nak jumpa Siti Nurhaliza boleh join Basic Makeup Workshop with ANS Beauty

Assalamualaikum..

I percaya semua orang dalam dunia ni dilahirkan cantik cuma masalahnya disini macam mana kita nak carry diri kita jadik cantik. Beeeeetul. Sebab tu kekadang kita tengok ada orang lepas make over terus Siti Nurhaliza. Macam I ni kalau kerja kilang pon bahagian Warehouse tolak barang je kot? Maksudnya dekat sini bukan la kerja tolak barang tu tak cantik. Taaaak. Semuaaaa cantik tapi tak pandai nak bagi diri nampak cantik je. Paham? Ha, lepas ni jangan nak bahasakan I cakap I kutuk pekerja kilang pulak. Tampar kang. Ok sambung balik cerita. I ni pon bak kata Anonymous dulu, ‘Muka ala kadar je’. Ye memang betul I muka ala kadar tapi sebab pandai bermekap sikit-sikit tuuuu la dari muka I jenis ala kadar bertukar macam sekarang dengan bantuan Transbella dan ANNESURAYA SKINCARE of coz. Hahaha. Nak jadik cantik and presentable pon ada cara macam mana. Apa nak kena pakai and macam mana nak make up. Make up pon tak perlu ada barang make up complete and mahal-mahal semua tu. Cukup dengan basic thing. Kita pon takde la setiap kali keluar nak make up macam nak buat Show semua tu. Tak. Simple but nice. Tak makan masa yang lama, tak perlu banyak tools tapi bila kita tau cara nak pakai foundation, shading sikit-sikit, macam mana nak draw kening tu, kita dah boleh nampak cantik. Kan?


.Basic Makeup Workshop with ANS Beauty. Make up by Lindaus and Elulue

Wednesday, January 4, 2017

Project RAHSIA katanyaaaa

Assalamualaikum..


Last week Kelab Wanita ANS Beauty (Ni Lin kasik nama sempena dengan tak habes-habes muka yang sama je untuk Photo-shoot so kira sign mati terus la Linda dengan Iman Hatta dengan ANS Beauty) buat project yang bernama ‘Project Rahsia’. Eee poyo je nak project rahsia bagai. Tumbuk nak? Nak rahsia-rahsia dah kenapa? Haha. Project Rahsia ni nanti bakal live tak lama lagi so stay tune ok? Pakkal la video shoot ni ada Director kalau tak keluar la perangai tak senonoh memasing. Si Anny tu kekadang nampak macam pemalu tapi bila dah berada di luar kawalan, joget pon boleh depan camera. Haha. Si Iman pulak garang ok? Tsikit-tsikit nak marah *ni sebut sikit lidah terkeluar tau? Tapi bagus ada Imaan sebab takde la asyik lari tajuk je. Imagine tengah cakap pasal Skincare lepas tu ada cerita Futsal main macam Kuda Kepang. Ko ghaser? Itu je la modal Anny nak membahan I sekarang ni. Asyik la nak cakap kita main Futsal macam tangkap ayam la, kuda kepang la. Mementang la dia power. Kan? **Mata keatas tangan ke bahu. Ajak lawan Netball kecut tetek. Jangan banyak cakap. Hahahaha. Cecece yang bercerita pon macamkan dia pandai sangat main Netball. Padahal Simpanan je kalau main untuk Felda. Tu pon dapat la main 2 menet kalau terlalu menang atau terlalu kalah. Konsep dia, ko ada ke takde ke dalam team tak mendatangkan impak apapa. Haha. Now dah lama tak main netball. Rindu pulak.


Ni la Tuan Director Ahmad Nisfu. Si Anny panggil Jason Mraz. Pon boleh. Tengok Siti Nurhaliza siap genggam tangan bersemangat. Ni kalau tak Jutawan Kosmetik ni aku taktau laaaaaa. Hahaha. 

Tuesday, January 3, 2017

ANNESURAYA SKINCARE - Loose Pack

Assalamualaikum..

Ada jugak lagi yang taktau ANNESURAYA SKINCARE now dah ada jual Loose Pack. Sabau ajer la. Sebab masih ada yang PM tanya, ‘Ada jual loose pack tak?’ Padahal dah bagitau banyak kali dah. T____T Sapa yang komplen cakap Toner cepat habes, Cleanser jenis liquid cepat habes semua tu and ada yang cakap taknak pakai Intensive Night Cream sebab kulit jenis terlalu sensitive takpeeeeeeeeee. Korang still boleh beli Loose Pack dah now ok? Harga pon tak mahal mana. InsyaAllah masih mampu milik. Soon kita akan keluarkan Mini Pack pulak sebab banyak permintaan nak guna yang size Trial Pack sebab niat dihati nak kulit cantik macam Siti Nurhaliza, tapi takde budget beli Set Complete T___T. Otak mereka tune cakap kalau beli yang harga RM50.00 ni jimat la sikit belanja bulanan. Itu InsyaAllah kitorang akan usahakan. Tak janji bila tapi boleh diadakan la. Menda kita buat dia, ye dak? Permintaan customer tersayang mestilah diutamakan. Meanwhile pada sesiapa yang nak beli Complete Set ANNESURAYA SKINCARE, 1 Box berharga RM90.00 sahaja. Tapi kena beli direct dengan HQ la. Kalau beli dekat tempat lain harga tak dapat la macam ni eh? Lepas tu sapa yang tanya ‘Boleh mintak kurang lagi tak Kaksu?’ I suggest korang ambik je la pisau tikam je la dada I ni. Senang citer lepas ni kalau masuk hospital takyah dah layan permintaan macam ni. Hahaha.


Ni harga untuk Loose Pack
Glutathione Bar Facial Wash (75 gram) RM30.00
Facial Cleanser (60 ml) RM30.00
Day Cream (5 gram) RM20.00
Night Cream (5 gram) RM25.00
Intensive Night Cream (5 gram) RM27.00
Semua ni kena add RM8.00 for POSTAGE eh?

Wednesday, December 14, 2016

Perihal Ikhlas

Assalamualaikum..

Pagi Sabtu haritu awal-awal I dah whatsApp Ain. ‘Ain, dah beli KOSMO belum? Kalau belum beli pergi SEKARANGGGGGG’. Gittew dia punya arahan. Ain pulak sejenis manusia yang ambik masa 80 juta jam selepas dia celik mata untuk ada mood mestilah geram dengan I sebab pepagi dah hingaq dekat dia. Dalam pukul 10.30 am baru Ain cakap dia dah dapat dah beli KOSMO. Itu pon KOSMO dah buruk. Kata Ain, KOSMO harini laku keras. I terus kembang-kembang hidung macamkan orang Kulai beli KOSMO sebab I kah kah kah. Masa Ain send gambar tu terus rasa sebak (lagi) sebab tak sangka dengan bersusah payah akhirnya dapat jugak masuk KOSMO Sabtu lepas. Tenkiu pada wartawan A, Ali and Miezi sebab bantu Siti Nurhaliza korang ni untuk mendapatkan slot dalam column AURA. Dekat sebulan jugak la I tunggu untuk masuk KOSMO ni. Walaupon half page je tapi takper laaaaaaaaaa, masuk jugak. Ada yang notice and ucap tahniah. Ada yang make a fool out of it. Ada yang tak bagi respon langsung and ignore lepas tu bukak cerita lain macam tak berminat nak mengulas tapi takperlaaaaaaaaaaaaaaa nak berjaya ni bukan senang and bukan semua orang senang tengok kita maju. Itu je I tanam dalam hati. Janji tak kacau orang, dah. Kan?


ANNESURAYA Skincare first media appearance