Assalamualaikum.
Tadi pagi masa nak bangun dari tido, I sebak. Rasa macam kenapa la
harini Isnin? Membebel-bebel I. Pastu dengar Shein nyanyi bahasa German, terus
rasa macam happy. Haha. Shein memang power, dia buat apa pon sekarang rasa
comel je. Sepahkan tissue pon comel, baring atas kain yang I dah lipat pon comel.
Sedangkan semua orang tau I benci giler lipat kain. Dah la nak mengumpul
kekuatan lipat kain satu hal, dah lipat susun cantik, Shein boleh baring atas
kain tu. Boleh? Seluas-luas alam dia boleh BARING ATAS KAIN YANG I DAH LIPAT. Grrrr.
Time tu I tak sempat nak susun lagi. Nak sidai kain sekejap sebelum
susun kain. Sekali resaksa gorgon tu dah datang and memusnahkan segala kain tu.
Memang best giler. I tak tarzan pon. Lantak ko la Shein janji ko bahagia. Sebab
Shein memang paling kuat merajuk dalam dunia. Kalau dia tengah buat apa, jangan
la nak alihkan ke apa. Memang terus nanges guling-guling. Perangai. Memula dulu
I semput, sakit dada tahan nak marah sekarang I dah chill. Mengamuk la sampai
puas Shein. Nanti kang dia tadek kawan, dia datang balik dekat I. Lagi pujuk
lagi nanges macam kena pukul je. Drama je.
Weekend I balik kampong. Intan Ikut. Dia kan magnet dengan I, mana I
ada, situ la dia ada. Kata Sazli, Intan jangan balik kampung ni nak enjoy jer.
Tolong jaga Shein and jadik bibik. Semalam I tunggang langgang masak kat dapur
dia boleh lepak kat depan bersantai main candy crush dengan Shasha. I suruh
Aiman panggil dia. Pastu sampai kat dapur sengih-sengih. Geram nak tunjal je.
Dah la cengkelat. Baru jaga Shein sekejap tau-tau dah hilang je. Haha. Pastu masa dia goreng telur, semua orang tak boleh dekat. Kata dia, 'Intan tengah bertungkus lumus ni Kaksu, jangan kacau'. Goreng telur jeeeee ponnnn. Haha.
Kat kampong ada baby kucing dua orang ekor. Nama Merah and Kelabu. Mak
ni pon bagi nama tak urban langsung. Kasik la nama Jamie Oliver ker, Nigella
la. Ni bagi nama Merah and Kelabu je. Shein kemain suka dekat kucing-kucing ni.
Dia kejar sampai dapat. Bila dah dapat, dia pijak ekor. Jahat giler Shein. Tu
kalau dibiar, I rasa dia jinjing ekor kot? Yang kucing tupon bodoh, apa Shein
buat dia boleh redha je. Tadek der nak melawan.
Tengok rambut Shein depan dah ropol-ropol macam rambut Erra Fazira masa bertunang dengan Awie dulu. Perut boroi tu trademark.
Masa kat kampong kitorang pergi pasar malam. Beli keropok lekor, coconut shake, putu bambu dengan satay ayam madu. I bawak Intan. Kata dia, teringat dia masa sekolah form 4, pergi pasar malam pakai baju cantik-cantik bawak duit lima ringgit. Bukan nak beli apa sangat pon. Saja suka kena ngorat. Haha. Petang tu kitorang ronda-ronda naik motor keliling kampong. Intan siap amek video skali kena marah dengan budak kecik mana entah. Budak tu cakap, ‘Tak payah nak ambik video sangat la!’ Pastu Intan melawan cakap ‘Lantak la!’. Haha. Ngan budak kecik pon nak bergaduh. Dia lupa kot umur dia 29 tahun.
Best la kampung. Sejukkkkk jer!
Ok la. Tu je nak cerita. Pasal weekend I. Ni jap lagi nak keluar collect ticket Lunch Secretary Week. Tahun ni I pilih Siti Nurhaliza. Sebab apa? Sebab hotel Royale Chulan paling dekat dengan office. Sapa yang pergi esok? Nanti jumpa dekat sana. Ada Intan. Dia kan paling popular dekat blog ni. Haha.
-EnD-
lepas ni nama intan da tukar pada intan wasini la pulak..
ReplyDeletesebab mana ada kak su ada la intan..
bila kak su kenalkan intan kat kawan sekampung sesekolah setaman " ni intan ko kenal x? kawan dia pun anggung "ehh kenal la" hahahaha.. dia ni kan yg selalu ada kat FB and ista ko. hahahaha
ok bye.. see u at SITI Nurhaliza secretaries week esok..
ok..shein blh kawan ngan hamizah..peel sgt la sama...ptong angin dia..mmg car sebijik shein buat...waaaaaa..mcm mn mereka blh merajuk cara yg same ni..kompius rasenye...
ReplyDeleteShein yang comel.
ReplyDeleteMacam muka kak su lebih..hehe..