Pages

Thursday, May 29, 2014

Diet Shein

Assalamualaikum.

Ok. Ada a few question dari readers yang tanya Shein minum Susu apa and apa diet Shein sekarang kan? Cecece. Poyo jer Shein. Dia ingat dia best la tu ada orang tanya pasal dia? Haha. Dah la kuat merajuk. Nyampah.

So, susu I bagi Shein memang dari dia start ambik FM ialah Enfa. Dari Enfalec A+ (Step 1, Step 2) and now I bagi dia Enfagrow A+ Step 3. Shein tadek hal perisa apa. Original pon boleh, Honey pon boleh, Vanilla pon boleh. Semua dia taram. Tadek hal. Jenis macam Mak dia la. Semua pon sedaaaap. Bab makan and perangai kuat merajuk obviously Shein memang ikut I. Haha. **Tepuk bahu Shein.

Dengan age Shein sekarang ni, 17 months (1 tahun 5 bulan) I try untuk bagi dia at least 25oz sehari. yang macam Dr. A advice. Maknanya at least 5 kali minum dari pagi sampai kemalam. Paling sikit I bagi 5oz, paling banyak time dia dahaga giler 9oz pon habes but usually I bagi dia 6oz dah sekarang ni. Disamping at least 6oz air kosong. I tadek bagi dia any flavored drink so far but I ada dengar yang air kosong + madu sesudu good for toddler. Sebab boleh elak dari batuk and madu tu makanan Rasululluh kan? Sunnah.

Kalau makan pulak, I bagi dia makan nasik lembik sikit dengan lauk-lauk yang I control kandungan garam. Macam fish soup (Salmon and Tenggiri) and masak kurma. Kekadang buat mac and cheese and also pelbagai jenis bubur yang I ubah-ubah la kandungan dalam dia but paling dia suka is bubur kentang+carrot jer. Very low profile. Paling dia tak suka is ayam. Dia akan ambik juice dia je and hampas dia, dia sembur. Buat sepah rumah. Suka sangat la tengok mak dia ni berkepit dengan penyapu.

Kekadang time kitorang makan nasik and dia taknak makan makanan dia, I bagi je nasik + kicap. Pon habes makan. Shein shein. Suka betul dengan kicap. Tapi I tak bagi selalu sebab kicap kan masin? Snacks pulak depends apa yang ada. Kekadang kalau kat restaurant I bagi dia croissant. Kalau kat sekolah I bagi dia roti Hawaii perisa jagung/chocolate yang 70 sen tu and kat rumah I always standby roti empat segi sama ada oats, biskut cap pingpong or biskut perisa jagung tu. Semua dia suka. I elak dari bagi dia biskut kapit yang ada inti kat tengah-tengah dia tu sebab manis.

Sekali sekala is ok. You know where to stop kan mommies? And kekadang ada jugak I bagi dia makan ice-cream and pastry yang ada chocolate tu and kek. Brownies Shein paling suka. But boleh dikira dengan jari je berapa kali. Takpe la kan? Kids. Memang dorang suka cake/candies semua ni. Bagi la sekali-sekala. I ok je. Let them enjoy. Ada mommies yang memang tak bagi langsung baby dorang makan macam ni. Terpulang. Bagi I itu pendapat masing-masing kan? Mak mana yang nak tengok anak sakit?

Buah-buah also Shein suka makan. Mango, apple, pear, limau. Semua la. Dia tu apa pon boleh. Hulur je ambik. Tak pernah tolak. Haha. Jagung rebus pon dia suka makan and Sazli suka belikan dia taufu faa jugak. Semangkok setel. Setengah masuk perut, setengah bagi lantai makan. Nak suap sendiri ok? Taknak orang suapkan. Pastu taufu faa tu mintak yang without air gula tu. I rasa macam tawar giler. Tak sedap tapi Shein makan macam selera sangat. Poyo je dia tu.

Karipap pon dia sukaaaaaa. I bagi dia karipap yang dekat tempat jual Nasik lemak EK tu kan? Memang sedap. Dua ketul setel. Tapi dia kenyang lama la. Tahan pedas Shein ni. Lepas makan tadek pulak cirit. And I still standby dekat rumah sampai sekarang Heinz Puree banana+pear, sweet corn + pumpkin and banana porridge. Senang. Between breakfast and lunch kalau dia sebok kacau I makan, I bagi je dia puree. Boleh la. Buat alas perut.

-EnD-

Enfagrow A+ Step 3. More DHA. Bagus untuk perkembangan otak baby.



No comments:

Post a Comment