Pages

Friday, May 9, 2014

Surat Untuk Shein

Assalamualaikum.

Kehadapan anakku Shein Iskandar,

Sila mintak maaf dengan Abah sebab pagi tadi masa Abah suruh Shein Hi-Five dengan Mama lepas Shein salam Mama, Shein Hi-Five muka abah sampai punyik penampar kedepek! Tepat dekat muka dia Shein. Dekat hidung Abah. Kesian Abah. Abah ketawa je lepas tu cakap ‘Aduh!’ Acu terai Mama yang Hi-Five dekat muka dia, mangkali dia Hi-Five Mama dekat muka balik dengan gandaan dua kuasa tamparannya.

Shein tau tak yang Abah yang terpaling merajin didalam dunia layan Shein punya hangen? Bukan Mama. Sebab hidup Mama sekarang ni motto dia, ‘Less drama in my life’. Gitu. So drama terjun sungai ke, guling-guling ke, Mama malas nak layan. Bersesuaian dengan motto hidup Mama tersebut. Harap Shein faham. OK?

Shein pon semenjak dah geng dengan Abah ni kemain eksyen dengan Mama eh? Kalau nampak Abah kemain mengejar. Nampak Mama eksaited melompat dari jauh, Shein buat muka boring je. Bila Abah baru siap mandi, kunci pintu sebab nak pakai baju, Shein berguling depan pintu nak masuk bilik sama PADAHAL Mama ada je tengah standby nak main kejar-kejar dengan Shein. Sampai hati sangat.

Ok la. Malas nak sambung. Sebab bila dah besar ni, nampak sangat Shein lagi suka main dengan lelaki dari wanita cantik macam Mama. Takpe Shein. Takpe. Nanti kalau berak pergi la basuh sendiri. Nak susu, pergi buat sendiri. Mama merajuk dah ni.

Ikhlas,
Mama

-EnD-





Shein panggil Abah, Mama panggil Papa. Acane?

4 comments:

  1. mama...... map... map.. *(maaf) .... sambil salam cium tangan...

    bertabahlah mama....hik..hik...

    sama la ngan anak sayer sekarang, kiter rindu-rindu penat balik kerja nak ambik dia dari pengasuh, tp dia buat mcm takda sapa datang...then lepas dua tiga kali panggil, ugut, merajuk..baru dia gerak dengan muka selamber, pakai selipar.... sedih gile.

    ReplyDelete
  2. sama lah anak kita pun..

    masa nak amik kat pengasuh, kita ni beria dok depan dia, dia buat dek je.. terjenguk cari abah dia, nampak abah, terkinja2 melompat keriangan (takde lah lompat, exaggerate je..)

    mentang2 lah abah dia bawak kereta, kita dok belakang jeeee...

    kita pun merajuk juga kadang2..dah2x, pergi lah kat abah, kawan lah dengan abah, anak abah kan! hahaha (emo kan!)

    padahal, kita yang bersalin sakit beranak mengandung...hahahaha
    (lagi exaggerate)

    takpelah, syurga bawah kaki kita....hehehe

    ReplyDelete
  3. Felis domestica
    Kannnn? I feel U!

    ReplyDelete
  4. Jan
    Hahhahahah emos lebih kan...?

    ReplyDelete