Assalamualaikum.
I rasa dah dua minggu kot
semangat waja masak time lepas balik kerja and bawak bekal untuk Sazli pergi
kerja esoknya. Sesambil tu I bawak la jugak untuk bebudak kat office ni. Tapi busuk
hati biasa la. Mana boleh I je sesorang susah masak and dorang tinggal makan jer
kan? So Dyba, Intan and Ira rotate ambik turn masak nasik, goreng telur or buat
telur dadar and sapa yang tadek contribution dia kena basuh pinggan. Sarah
ambik bahagian goreng sayur. Kaklong tinggal makan je sebab dia kata dia tetamu
tak payah buat apapa. Poyo.
Memang jimat duit makan
tengahari. Serious. Kitorang makan awal around 10.30-11.30am macam tu. Nanti
tengahari tak payah makan dah. I pon makan la jugak sikit (cecece). So sehari,
sekali je makan. Kata nak kurus? Waktu-waktu lain I banyak minum infused water
macam yang dikompang-kompangkan dalam blog dua tiga hari ni.
So nak kill lunch time, hari-hari
kitorang pergi JJ AU ni. Memang dah boleh jadik duta dah kat sana. Bawak bakul masuk
market and nanti tau-tau penuh je bakul dengan menda yang tak plan nak beli. So
duit makan dah jimat tapi habis kat lain pulak. Biasa la dah kata perempuan
kan? Tu yang hanger beli sampai 40 tu. Haha.
Ok. Cerita lain pulak.
Kitorang memang macam ni. Semua
sama perangai. Terpaling favorite masuk Cold Storage sebab kat situ kan ada macam-macam
makanan? Tengok cheese la, sayur la. Bukan nak beli. Tapi berangan jer. Tak
habes-habes berangan guna English accent, ‘Look at that! So delicious!’ Gitu
jer la balik-balik cakap.
Stakat sejam duduk Cold Storage tapi tak beli apapa
except for tengok sayur-mayur memang tak pelik bagi kitorang. Taktau la kenapa.
Haha. Sazli memang pelik. Dia kata dia tak paham macam mana perempuan boleh
spend time tengok sayur tapi tak beli. Takpe. No need to understand. Woman is
like that. We love veggies even though we didn't eat veggies that much. Haha.
Korang tau tak sayur campur yang
dalam dia kacang peas, carrot dengan jagung tu? I benci giler ok frozen veggie
tu. Masa masuk Cold Storage Pavilion Jumaat lepas, nampak je benda tu I dengar
Dyba dengan Intan cakap tengok ni penjahat! I ingat apa la. Rupanya dorang
tengah pegang frozen veggie tu. I kalau makan kat kenduri, dalam ayam masak merah
or nasik minyak ada kacang peas sanggup tak makan. Entah nape benci sangat.
Ok la. Bye. Cenggampang je
ending. Tetiba bye. Haha.
-EnD-
Buat la perangai original people dekat Cold Storage ni memasing.
Intan ni kalau orang ambik gambar dia elok je. Dia ambik gambar orang nak cepat-cepat pastu dah gegar. Stubid.
Lauk-lauk simple je. Yang penting hari-hari kena pedas. Kata Fiezul kalau hari-hari makan pedas boleh kurus. Kalau lagi dua minggu Kaksu tak kurus siap hang Pijoi!
yeay..kite pon mencik jugak sayor tuh...nak2 kalau dok lam nasik goreng..kalau xboh xblh k?huhuhuh..xsedap....
ReplyDeleteOriginal people tu first time dengaq.. natural SSgt :P
ReplyDeleteSedapnya lauk...
Klu tak mo makan banyak, masak nasi sikit ja :P
utk makluman semua blog reader kak su ye.. harini mata Kak Su
ReplyDeleteK.E.T.U.M. _ _ _ hahahaha sempet gile oiiiii... kikii...
missalongwani : give me five!
ReplyDeleteHaris Zuhaina : Memang masak nasik sikit. umah kamiperiuk hat paling kecik comei tu. masak sepot besar dah penuh. so mmg makan tak boleh bertambah la.
ReplyDeleteAnna : Intan, SEPET la. Bukan SEMPET. Sebut la selalu. Jangkit padan muka!
ReplyDeletebestnya weh ada geng makan mcm ni...nk join ahahahaha
ReplyDeleteMakan pedas la cepat tua. Tak yah percaya dah berkurun aku mkn pedas tak kurus2 pun. Nak kursus x yah mkn pedas, tawar lesi jer rasa, semua sampai kat lidah x sedap belaka. Gerenti kurus kalah kak ton comel.. Hi hi hi
ReplyDelete