Assalamualaikum.
Memula sekali nak share gambar Pelamin Auliyya Innara. Cantik kan? I berkenan giler. Yang ni Along and Atin ambik dekat Galeri Fitrah. Harga dia RM300 jer. Kat KL tak dapat la kot harga macam ni? Owner dia nama Kaklong. Baik sangat. Dia buat pelamin and andaman jugak. If ada readers dari Jengka yang nak carik buaian berendoi yang comel macam ni boleh check out FB Kaklong dekat sini ok?
Ok. Sambung cerita.
Alhamdulillah dah setel Majlis Cukur Jambul and Aqiqah Auliyya Innara. Cucu sedara I. Cucu? Uwaaaa dah tuweeee bunyiknya. Kah kah kah. U pon takyah nak gelak sangat kat Mama la Shein? Sebab U pon dah pakcik dah. Jangan banyak cakap. Nama je Pakcik tapi pampers pon orang pakaikan lagi. Podah!
Kitorang prepare everything from scratch. Paling penat nombol satu Mak la. Sebab dia kan tuan rumah? Penat otak lagi. Sebab Mak risau la orang takde datang sebab dekat area rumah haritu ada 2 kenduri kawen. Tapi Al-hamdulillah ramai tetamu yang datang. Kata Makcik yang datang tu, ramai macamkan ada kenduri kawen pulak. Cecece. Mak nanti kalau kawen memang ramai macam ni la orang datang kot? Haha. I haritu cakap kat orang-orang yang I jemput, jemput la datang rumah, ada kenduri sikit. Bila orang tanya kenduri apa? I cakap kenduri Mak kawen. Kahkahkah.
Ramai orang kampung datang memeriahkan majlis. Tu tengok Shein, kemain tido. Abang Long and Abang Ngah masak. Biar lelaki je handle dapur. Tak boleh ramai-ramai nanti gaduh. Haha.
Semua orang gembira. Mak, Kaklong, Abg Long, semua-semua lah. Paling gembira naik turun tangga, begejun tangga (terjun tangga), kejar ayam, sapu rumah segala mala tok nenet sapa lagi kalau bukan Shein. Koyak wooo mental nak kena kejar dia all the time. So sudahnya I tolong sekejap je. Hari Jumaat tu. And the rest Sabtu dengan Ahad banyak kejar Shein je.
I dah cakap, ‘Ok, sapa nak Makcik (I ler tu) tolong kat dapur takper, tapi kena jaga Shein’. Semua taknak. Hahahah. Sabar jer la. Orang lebih rela basuh pinggan sampai kembang telur dari nak jaga Shein. Bayangkan lah dia macam mana. Jakunnnnnn. Dia jakun dengan rumah luas, laman luas. Makan pasir dengan batu, nak naik motor, sapu sampah, kejar ayam, pijak kucing T___T Sian sangat kat Shein. I let him enjoy all the moment. I duduk tepi je perati and awasi dia. Walaupon Shein ketuk kepala I dengan batang penyapu, I redha. Dia ajak join. Malas I. Tadek kerja aku nak kejar ayam.
Abang Long masak sedap-sedap sangat. Dia masak sup daging pekat, gulai kambeng, ayam goreng rempah balut pandan yang I tolong tu. Naik pijar tangan. Menyesal tolong kalau tau la macam ni punya seksa pijar tangan. Lepas tu ada sayur kacang panjang dengan tauhu kering and suhun, sambal tahun, ikan goreng, ulam-ulaman dengan sambal belacan goreng. Ada kuih karipap, pau goreng, pulut bungkus, tapai pulut and buah tembikai. Pendek kata puas hati makan and dapat bungkuskan lagi pada jiran-jiran jugak.
Yang tak puas hatinya sekarang ni la. Sebab dah terliur balik lepas tengok gambar. Bladihel.
Sup daging, sambal tahun, ikan goreng, ulam-ulaman, ayam pandan and sayur. Sambal tadek dalam gambar.
I tak banyak snap gambar. Yang gambar bawah ni ambik dari IG Atin jer. Gambar family pon tadek. Apa yang bizi entah, I pon taktau la. Semua orang macam tu. Abang Long masak bangun pukul 2am, Mak pulak tak berenti buat kerja sampai nak mandi tengah hari masa tetamu datang tu pon tak sempat. Sudahnya petang dalam pukul 4.00 dia dah surrender tertido depan tv. Sian Mak. Takper baby, I up gaji U nanti.
Mak Ayah perantin. Along and Atin. Anak Kaklong. Happy sebab both Along and Atin pon happy buat majlis dekat kampung. Cuma kawan-kawan jer la yang tak datang. Jauh kan KL ke Jengka. Mak ayah adik and sorang kawan Atin ada datang jugak. Awal dah sampai.
Auliyya Innara banyak tido jer. Kurang meragam. Bagus. Senang nak handle. Masa bila entah yang I tengok dia berjaga. Tidddooooooooo jer kerja-kerja dia.
Goodies bag untuk tetamu yang datang.
Dorang buat 150 pack. Habes semua. Setel.
De, Kaklong and Sazli pon banyak tolong jugak. Semua orang ada part masing-masing termasuk part tido (Kakyang, Idah and I). Memang muhibbah la kerja gotong-royong macam ni. I suka giler. Special thanx to Kak Ngah Betik and Abang Ngah yang datang menolong dekat dapur. Ayiel tadek sebab dia mabok and also thanx pada jejiran tetangga yang datang awal pagi untuk kopek kerang 20 kilo nak buat sambal tahun. Haha.
Dah aku plak yang sebok nak thanx segala macamkan dia yang tuan rumah kan? Alaaaaa. Kasik chance la! I kan PA GF I tu. Walaupon badan penat tapi bila get together adik beradik macam ni rasa seronok pulak. Kitorang 3 beradik ni je la. Tak ramai pon. Itu berazam I nak anak ramai senang nanti nak kenduri. Tapi ni dengan Shein sorang pon dah megren. Acane?
-EnD-
murah gila pelamin tu..kedah pun x dpt la k.su rega gitu..zaman anak saya 2010 pun simple ya amat dh 350..kalo cam gini mau 500-700 ni..
ReplyDeletedah ade ank kecik mmg xde makna la nk menolong kt dapor..saya kalo ade knduri kendara saya jaga yg adik asben jaga yg sulung..si adik umor lebih kurang shien..x larat nk kejar..tp bonda haram x kuruih juga..hahhahahahha
tu la. nanti zaman adik2 shein ni tatau la berapa plak harga pelamin mcm ni kan? kaksu ok nak anaklg tp seriously need helper. kalau org lain kata boleh handle sendiri anak, kaksu tak boleh. ada helper boleh. oastu nak kereta besar satu senang nak angkut barang2. hahaha
ReplyDeleteah ni yg malas.. dah sebok dok carik resepi ayam pandan kat gugel .. nak buattt.. arghhh tensen! naseb kat bangi ni ade village view yg ade jual ayam pandan yang sedap nyap2 jilat jarik
ReplyDeleteAs Salam Sue, mai lah kongsi resepi ayam pandan tu..
ReplyDeleteBaguih uncle Shein-sumbang tenaga kemaih umah :P
mmg penat k.su..tmbh bila si adik dh berjalan,pndai berebut..dpt plak abg suka ngusik..letih tau jd tarzan terpekik terlolong sorg..kalo gi kt doc sahih drh mencanak je naikkkk..hahhahaha...hari2 ade je adegan 2 beradik smackdown..letih kak su tp seronok tgk gelagat diorang..saya mmg respek gila surirumah anak lbh dr 2 ni..mental,fizikal mmg kena kuat la..hahhahaha...ni sambil menaip komen sambil jd tarzan ni..hahhahaha
ReplyDeletefara dilot & haris zuhaina : check out new entry i buat khas untuk u olls. mmuuuaaah
ReplyDeletealina : itu sebab kaksu mmg seriously need helper untuk buat hidup kaksu lebih organize. untuk membantu but bukan la ambik alih tugas. seorang ni blh lagi. kalau dua org tak blh dah kot?
ReplyDeletenice sharing
ReplyDelete