Assalamualaikum.
Boss I sekarang, Encik ARH akan bersara. Kontrak
habes sampai hujung bulan 6 ni. And lepas tu I akan serve untuk ex-boss I
sebelum ni. Encik MRJ. I punya boss tadek pingat macam boss Intan. Tu sebab
Intan dia poyo skek. Nanti jawab call, ‘Ye datuk, ye datuk’. Macam tu. Poyo
jer.
Boss Intan kan dia dapat dua pingat dari dua
negeri, satu Dato’, satu Datuk. So dulu masa memula tu, kitorang cakap kat
Intan, nak panggil apa ni Intan? Kata Abang Azza (Head HR), panggil la Dato’
Datuk. Bongok kan dia? Haha. Si Dyba selenga haritu masa kami makan goreng pisang,
boss Intan tegur, pastu dia pergi cakap, ‘Ye Dato’ Datuk’. Geram nak tunjal
jer. Dia terlepas cakap. Tu la. Banyak main lagi kan Dyba?
Alhamdulillah sepanjang I kerja jadik secretary
dari tahun 2003, boss I semua baik-baik. Kelakar, sporting. Ada la selisih
faham. Tu biasa la. Tapi I jenis cepat sejuk. Lagipon I jenis tak boleh serious
lelama. Pening. Asyik nak buat lawak and kaki menyakat, so kekadang menda-menda
macam tu buat I tak boleh nak serious jugak dengan boss. Tapi macam mana pon
kena ada border kan? Attitude and professionalism dalam kerja kena jaga (Cecece.
Padahal)
Boss I yang nak bersara ni dia kurang sikit dengan activity
macam sukan, menyanyi, menari semua ni. Dia alim sikit. So setahun setengah ni,
kitorang behave jer la. Sukan pon takde, menari menyanyi semua tadek. Kata dia,
naseb baik I bersara tak sempat sukan, kalau tak kena tengok Su lompat-lompat.
Dia cakap macam tu kat I. Segan terus blushing. (podah!)
So far I tadek any plan untuk berenti kerja ke apa.
Sazli pon cakap dia suka kalau I bekerja dari jadik SAHM. I tak minat nak jadik
Lady of leisure. Tak minat sebab tak banyak duhet pon. Hahaha. I tak minat nak
kerja teruk, fikir dateline, kena kejar sales, pening kepala dengan
presentation ke apa. Taknak. Dulu Ex-boss I ada cakap, taknak ke build up
career? Nak tak masuk procurement? I cakap taknak. I nak jadik secretary je. I
happy mcm ni. Sampai bila-bila. Sazli pon tau I macam mana. Dia kata, takpe.
Comel apa secretary sampai tua? Haha.
Nak business pon I malas. I jenis tak boleh nak
deal dengan customer. Pink Daisy Collection dulu berkobar nak buat online.
Sudahnya business jalan kat kedai je. I pening. I cannot handle customer tanya
macam-macam. Ada sekali tu I macam nak nanges penat ambik barang dekat Jalan
TAR pastu Sazli tanya tu kalau banyak tu berapa profit? I cakap RM150 je and
Sazli kata, I bagi U RM150 je la Bubu, U tak payah penat sampai macam ni. Haha.
Tak bagi motivasi langsung.
And let say lepas ni ada rezeki nak bukak bisnes, I
nak franchise restaurant jer. Malas nak fikir apa. I bukan business minded and
I tak suka challenging dalam bisnes. Jenis pemalas nak fikir. Kata Iza, dia
suruh I business jual infused water jer. Sebab asyik la kompang-kompang dalam
blog. Haha. Kwahaja kan?
Tapi tu sekarang la. Esok lusa tetiba meroyan nak
berbisnes taktau pulak kan? I selalu la kena approach dengan kekawan yang
tinggi motivasi macam, ‘U taknak ke upgrade hidup U, dapat lebih dari U dapat
sekarang?’ I cakap, I taknak. Muka tadek perasaan cakap taknak. Memang tadek
motivasi. Sebab tu kalau orang MLM ke apa, takyah la amek I jadik down line
sebab memang takkan membantu. I diam je tak buat apa. Haha.
Ramai orang fikir I ni peramah, suka buat lawak and
bagus kalau ajak join business. Ni jenis muka taktau malu ni. Tapi silap. I
peramah bab merepek and makan je. Bab business memang tak. Haha. Ni I pon pelik,
tadi padahal nak cerita pasal Boss retired, now merepak bab lain. Ko memang kan
Suraya, its all about uuuuuuuu! U R FIRED!
Harini tema Hitam Putih Kelabu. Tudung tu beli semalam dekat Aeon Big. RM10 jer sehelai. Tengok Dyba tu, dah la pendek, nak duduk tengah je. Intan pon berdiri jauh dari I macam taknak kawan sebab dia kan company lain dari kitorang? Mana boleh berdiri rapat-rapat.
Ni yang tukang ambik gambar ni si Apis. Bukan nak kira. Tau-tau dah siap je. Pastu kena la jerit, 'Apis! Lain kali kira la kalau nak ambik gambar. Semula lekas!' Apis pon senyum senyum pastu kira ok. 1 2 3. Slow je kira. macam tadek perasaan. Tapi debab tapi suara slow je kira. Manja.
Haritu dia cerita dekat Ira, 'Akak, aritu kawan Apis ajak Apis keluar malam. Dia ajak lepak minum. Apis cakap Apis taknak. Apis dah berubah. Dah tak keluar malam'. Podah! Apis memang tau? Dia kan??? Mana pernah nak cakap dengan I. Haritu I tanya dia, 'Apis, Kaksu cantik tak?' Pastu muka dia dah merah-merah. Pemalu sangat! Kata dia, Kaksu garang. Apis takot. Bukan I nak makan dia pon. Sah-sah la dia lagi debab.
Pastu last week, Intan, Ira dengan Sarah kan ajak Apis lunch sama hari Jumaat. Kata Intan, tak payah la Apis solat, ikut akak makan (Astaghfirullah Intan). Pastu Apis kata, 'Ok la. Apis nak beli selipar'. Pastuuuu dia kan beli selipar dekat Hush Puppies! Melampau Apis ni, selipar nak Hush Puppies je. Kitorang pon pakai selipar pasar malam RM15 sepasang'.
Masa kitorang sebok posing (time ni baru habes farewell lunch dekat Casa Heliconia), kitorang suruh Apis ambikkan gambar. Dia kan takot dengan Intan, ikut je cakap Intan. Sekali boss Apis cakap, 'Apis ambik la gambar sekali, duduk dekat depan'. Pastu Apis malu-malu berdiri dekat belakang. Naseb baik. Kalau tak habes dia block semua orang. Gambar ni kan dah cantik, pastu Ira dah bising, kata dia, 'Apis ni sebok jer nak ambik gambar dengan orang'. Ira memang tau? Time beli goreng pisang, air mineral suruh Apis, bila Apis nak ambik sekeping gambar pon nak bising-bising. Haha.
SUKA BCA KISAH KORANG
ReplyDeleteMCM BEST JE KEJE CAM KORANG
MCM COMEL JE USIK APIS CAMTU
HIHI
cuya ni...peel same ngn xroomate time studi dlu..heee..gila2..lawak...caring ngn kkwan....
ReplyDeletehahaa..part xsuke business tu sama...mls nk pkir hl business
boss retire- berniaga online- apis. Tu dia hang punya selekoh bercerita. hahaha
ReplyDeleteKalau tak tahu nak niaga, paksa je orang beli barang ko jual. sebagaimana aku paksa ko beli kuih tart mak aku 2 balang. Hahahaha
P/S: LAMA GILA TAK KOMEN BLOG WEHH
kak suuu, finally i jugak org yg sama peel tang bussines minded tu. yg jenis lantok ler org cemana pun, bila org MLM tanya "bahagia ke dgn gaji skrg?cukup ke? i mesti jawab cukup dan bahagia ! bengang je member tuu
ReplyDeleteHehheehhee su ni memang kelakar.
ReplyDeleteIntan tu comel betul. berapa umur dia su?
Ya Allah kaksu niee comel sgt.. kelakar sgt!
ReplyDeletebr je marathon baca blog kaksu lpstu terjebak dgn infused water.. haha... nk kurus jgkkk
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYa Allah kaksu niee comel sgt.. kelakar sgt!
ReplyDeletebr je marathon baca blog kaksu lpstu terjebak dgn infused water.. haha... nk kurus jgkkk
Sueee,, ingat lagi boss u yang suka buat correction minute meeting tu.Siap boss bagi pembetulan ayat lagi.punya la comel rasa nak lempang.hahahaha
ReplyDeletesue sepp..pikiran kita sama...aku PA non exec je..boss aku selalu tanya..i nak u jadi pa exec la..muahahah..aku cakap tak nak..aku tak nak stress nanti sakit...boss aku kalah hehehe...okla pa smpi tua..seppppppppppppppppppppppppppppp
ReplyDeleteIrfa : Apis tu tadek perasaan. Nyampah. Cakap dengan dia kekadang macam cakap dengan dinding.
ReplyDeleteAziekz : kawan awak tu mesti cantik. HAHAHAHAHHAHA
ReplyDeletethe blabber : well adik, u know me kan? cakap mesti banyak kona-kona. so nanti aku nak 2 balang tart nenas tu. ko kena cod kat aku. ok? kira jadik ni tau?
ReplyDelete(-_-) maknanya kiter sehati sejiwa. orang MLM mmg kalah. tp kaksu biasa dengan orang mintakd erma, kalah habes.
ReplyDeleteHani : Intan tu dah nak masuk 30 tahun tp perangai mengundang kaki ke muka all the time.
ReplyDeleteNina Zee : Heeeeee. marathon baca? habes ke sampai tahun 2008? hahahaha. ada 1000+ entry, cirit nak habeskan. so nanti kiter kurus and cantik sama2 la sebab infuse water eh? (berangan tak salah)
ReplyDeleteNur Alya : Haaaa dia la. lepas ni buat paper bod, kena main correction mcm tu lagi la nampaknya.
ReplyDeleteMimy Hamid : hahaha. ko pon jenis malas memikir mcm aku ke? ok la. blh geng.
ReplyDelete