Pages

Friday, July 25, 2014

Last Minute Shopping Raya With My Minion Eliss!

Assalamualaikum..

Semenjak dah tuwe-tuwe ni dah tak larat dah rupanya nak masuk 2 shopping mall at one time. I pon tahun ni buat kerja giler beli baju raya Shein last minute nak mampos. Semalam baru nak carik ok? Hebat giler I. Dengan sehelai pon takde apa untuk Shein. Kecuali Baju Melayu sebab Baju Melayu Shein I tempah makanya dari rumah straight pergi Pavilion. Padahal Dyba sebelum puasa dah belikan baju Sophie. Sikit-sikit dia beli. Dia ajak I beli, tapi I kata, ‘Taknak. Kaksu nak beli masa dekat raya sebab nak feel’

Feel palotak I la. Semalam pergi dengan Si Eliss. Dia tu badan kecik giler tapi nauzubillah energetic giler. Dia pon nak beli baju Raif and Umar anak-anak dia. Kitorang pergi Pavilion je. Senang. Kat sana semua ada. Memula masuk Mother Care. I beli la skek baju sebab tengok design kat sini makin lama makin boring. Lepas tu masuk Trudy and Teddy. Dari luar tengok baju semua comel-comel. Nak pulak baju baby girl. Si Ellis dah meroyan nak beli baju baby girl. Tak sedar dia anak semua ada telur. Kata dia, dia nak simpan untuk anak pempuan dia. Giler. Haha. Dia asyik carik baju baby girl je tapi serious baju-baju kat sini semua omel tahap meh la kau sini, aku nak pijak. Nanti kalau I ada baby girl, I nak beli baju kat sini lapan juta.

Pilih punya pilih tak sedar sampai kena guna 3 paperbag. Sebab design dia cool giler, so memang kena beli. And harga setarap Pumpkin Patch, Poney, GAP je. Takde beza. Memula I ingat harga dia macam Polo Ralph je sebab design dia cool giler nak mampos. Tak sangka Malaysia ada keluarkan design baju yang lawa macam ni. Trudy and Teddy ni made in Malaysia kalau korang nak tau. Purchase more RM350 dapat free teapot comel gemok. Bessssst! Walaupon teapot je, wanita memang suka beli and dapat gift. Jangan deny.

BTW kalau nak tengok design-design baju Trudy and Teddy clik sini. I copy dari Filla punya blog. Dia pergi masa grand opening dekat Pavilion tahun 2012 dulu. Cis! Semua orang dah tau, I je ketinggalan. Kbye.







Filla, aku kidnap gambar dari blog nko. Bak duit.


Lepas tu kitorang pergi Pumpkin Patch and GAP. Ada rasa menyesal tak pergi shopping awal sebab kasut yang I tengok hensem untuk Shein, macam abang-abang giler tu dah tadek size. Ada dekat Bangsar Village dengan OU je. Jauh kot nak pergi. Ada selipar dekat GAP tu pon dah tadek size Shein. Kata dorang, selling fast. So I tak beli la dulu. I cakap pada Eliss, takpe kiter pergi KLCC kot kat sana ada lagi kasut lawa. Tu yang pergi KLCC pulak. Tapi sebesar-besar KLCC tadek yang berkenan. So tengah hari ni kena buat kerja lagi sekali. Pergi je amek kasut Shein yang semalam tak ambik tu sebab konon kat KLCC lagi lawa. Bodoh kan? Nyampah.

Si Eliss kenit tu pulak lepas habes beli barang anak-anak dia pon taknak kalah. Nak carik kasut pulak. So kitorang pergi ALDO. Sebab dia tulis besar-besar less up to 50% tapi rupanya design 50% macam nak pakai pergi sawah je. Lepas tu pergi Nine West. Sebab dia cacat kaki size 4, so tak banyak design yang left untuk size 5 cutting kecik. Melambak dia try, satu pon tak berkenan sebab besar cutting. Bila I dah jeling dia, dia beli jugak sepasang sebab takot kena marah dengan sales girl. Haha. Tu ada hati nak ajak I pergi Lot10. Sebab nak pergi H&M. Jangan harap la. Aku dah sakit kaki kepenatan ni. Nak ajak boleh, tapi U kena la dukong I. Dia taknak. So sebab taknak terus gerak ke KLCC yang sia-sia tu.

Kat KLCC pergi pulak ke Ginger Snaps. Nak tengok kasut Shein tapi si Eliss pulak beli sandal dia. E! Lepas tu pergi Mothercare pon tak berkenan. Pergi Poney pon tak berkenan. Pergi Marc & Spencer pon tak berkenan lepas tu give up. Kaki dah nak patah. Balik je la. Nyampah. So harini kalau kasut Shein yang semalam kat Pumpkin Patch tu orang dah ambik, Shein raya pakai kasut bola abah dia je la. Comel apa? Takpon kasut Mama. Sebab dia memamg hobi suka pakai kasut besar-besar.


Si Eliss ni kaki shopping. Jalan dah laju. Pastu tiap kali pick baju nanti dia geleng-geleng kepala cakap ni kalau Umar pakai ni mesti hensem. Tinggi imaginasi Eliss ni. Haha. 

Harapan I semoga harini mission berjaya nak dapatkan kasut Shein. Sandal dia Dyba kata dekat Stride Rite lawa-lawa tapi kena check dulu location dekat mana. Kalau dekat Pavilion tadek, I pergi Crocs je la. Siotttttttttttt. Kat KLCC ada sebenarnya! Nape la semalam tak nampak. Sebelah toy R Us jer pon. Ni semua salah ELiss! Dia la sebok nak beli kasut dia ni semalam. Susah la nak carik kasut Shein ni. Macam tak banyak choice. Nyampah. Tengok orang lain punya anak, kasut lawa-lawa je. Korang beli kat mana eh? Share lekas! Kalau tak I merajuk.

Kbye.

-EnD- 

5 comments:

  1. fayel kasut spiderman je sue...dia yang nak ....head to toe spiderman..apa nk jadi anak aku

    ReplyDelete
  2. saya lagi gigih k.su..sambut posa kt kl ritu..hahahahha..check in kt cititel semata2 nk shopping..kami 1 famili mmg gigih kalo shopping raya msti turun kl..check in kt cititel sbb malas dh nk cari parking bagai..dok la kluar masuk midvalley ngn gardens tu 3hri 2mlm...hahhahaha...3hari kete dok parking x kluar...sbb dh tau kalo nk gi sopping complex lain nk kena gigih cr parking...tp tuh la ritu x masuk pun trudy teddy tu..mpk cantik2 tp tgn dh penuh takut over bajet...last2 balik kedah kira baju anak2 nahhhh haiiiiiiiiii...mmg over juga sorg 10 lai..RASA MACAM BELI SKiT JERRRRRRRRR!!!1hahahahahahha

    ReplyDelete
  3. mimy hamid : obviously dia nak jadik spiderman la kalau dah top to toe spiderman. hahah.

    ReplyDelete
  4. ALINA : kaksu tau mcm mana perasaan rasa beli bajun dah 10 helai sorang tp still rasa tak cukup. tahun depan kaksu nak beli awal 2 3 bulan baju raya.

    ReplyDelete
  5. Dalam menyambut raya tahun baru ini ayuh kita berikan sedikit sumbangan kepada anak yatim dan asnaf miskin serta ibu tunggal. Ayuh taja seorang anak yatim hari ini melalui Program kendalian Projek Iqra' shopping raya 2015. Ayuh ke blog saya untuk mendapat maklumat lanjut. Jalalboy

    ReplyDelete