Pages

Monday, July 14, 2014

Shein, Kelabu Dan Kacang Panjang

Assalamualaikum.

Sabtu Ahad kitorang balik Jengka. Dapat bukak puasa dengan seisi keluarga on Saturday tu. HAPPY sangat! Walaupon rumah dah macam tongkang pecah and bising giler gegak gempita dengan kanak-kanak (Sasha, Kaseh, Amsyar, Shein and Aiman – Ketua) tapi redha. Haha. Bola ada dua bijik. Satu kecik, satu besar. Kaseh, Aiman and Sasha main sepak-sepak bola ganas giler guna bola kecik sebab Shein taknak mengalah dengan bola besar. Shein sebok nak join, tak sedar yang dia terlalu kecik. Dok menyebok jugak la lari kehulu kehilir. Dah la debab. Bila dia lari, pipi dia goyang-goyang sama naik dengan tetek dia jugak. Haha.

I serahkan tugas monitor Shein pada Sasha je. Just makesure Shein tak terjun tangga or membahayakan diri. Bagi upah RM5.00 setel. Dalam pada setel tu, sempat jugak Shein curah air katira dalam mee goreng. Dah la mee goreng tu sedap dan sikit. Haha. Tabah jer la. Sazli tanya, ‘Mee goreng ni memang ada kuah hijau macam ni ke?’ Pastu Sasha kata, Shein curah air katira dalam mee tu. Dia peluk bekas air tu. Sebab bekas tu besar. Haha. Nasib tak tumpah semua. Kalau tak kempunan air katira dengan mee goreng jugak.

Shein dia kalau nampak apa depan mata, dia rasa nak lari dia lari jer. Takde der dia nak elak ke apa. So konsep nak makan berhidang dekat kampung bila ada kanak-kanak memang tak digalakkan la. Dah la dorang sama sebok. Orang makan, sebok nak makan sama time berbuka tu. Macamkan lapar sangat. Tapi tu sebenarnya yang buat meriah. Anyway Shein. I love U so much! Walaupon Shein suka main kasar gigit badan merata tapi takper, I still love U. Thank you sudi jadi anak Mama.


Kaseh dengan Sasha tengah tengok Upin Ipin kat Ipad. Shein tumpang sekaki. Memasing tak pakai baju sebab kampung panas. Semua ni sepupu. Kaseh anak Kaklong. Sasha anak De. Shein anak I. (Tu pon nak bagitau)

Kata Kaklong, macam mana kacang panjang ni boleh jadik sikit? Tadi aku nampak banyak. I suruh dia tanya Shein. Sebab dia main pusing-pusing pastu dia patahkan and makan. Kacang panjang pon Shein boleh makan begitu sahaja. Haha. Tu tengok la perut. Sama macam Abah kan?

Update pasal Kelabu. Dia dah meninggal. Sedih sebab tak sempat nak jumpa dia for the last time. Kata Mak, start dari Khamis tu dia dah tak selera nak makan. Air liur dia meleleh je. Memang dia nazak. Kata Mak, memang Kelabu nak jumpa Mak sebelum dia mati kot? Sabtu tu masa balik kampong Mak bagitau dia dah tadek. And dia dah remind semua orang, lepas ni jangan bawak any kucing dalam rumah dah. Mak taknak. Nanti bila hilang atau mati, dia sedih.

Berehat la Kelabu. Tadek jodoh kiter nak raya sama-sama. Al-Fatihah.

-EnD-


No comments:

Post a Comment