Pages

Tuesday, August 26, 2014

Zxara Snow Pearl Blink Egg Mask

Assalamualaikum.

Ayang Kamell komplen dekat I masa Khamis haritu. Kata dia muka I banyak white and black head. Kena buat facial. I memang tak suka buat facial sebab each time buat nanti dia buang black head guna besi cangkuk tu perrrrghhhhhhhhhhhhh sampai meleleh air mata. Jatuh la reputasi I sebagai athlete sebab meleleh air mata. Sakit giler. Kadang-kadang ada time merajin, I gosok je muka guna shawl I yang kasar-kasar tu. Memang keluar la putih-putih tapi busuk je kan guna cara macam tu? Haha.

Scrub ke, mask ke memang I tak suka buat. Malas. I memang bukan manusia merajin membelek muka ke apa. Apa-apa produk kalau beli mahal ke murah ke memang membazir macam tu jer sebab I jenis 'rajin' sangat nak ikut step by step. Rajin setakat hari ke 2 je lepas tu sekian wassalam diucapkan. Nasib la muka jenis tadek masalah sangat. Tadek jerawat batu ke apa. Syukur. Sebab Dia tau kiter pemalas kan? Haha. Muka pon I pakai ala kadar je. Mana dan je la. Janji pencuci muka tetap Safi and kena ada pelembab. Krim siang? Krim malam? Apa tu????? Haha.

Tetiba malam tadi sampai aura merajin. I guna la Egg Mask jenis Zxara Snow Pearl Blink. Beli dekat FB 3 4 bulan lepas. Harga dia I dah lupa tapi tak sampai RM20 rasanya. Nama online shop tu is Butik Pakaian Kecantikan. Korang boleh search and PM. Tanya dia sediri sebab memang best pakai egg mask ni. Cuma kena ada kesabaran nak tunggu sampai kering. Elakkan terkena kening, anak rambut segala bulu's sebab nanti sakit giler time nak tarik, macam kena wax je. nanti keluar la segala mala white/black head. Rasa lega and suci je muka seperti lagu raya Sesuci Lebaran by Siti Nurhaliza **Tetiba


Tu hidung ke jambu loceng? Apply lebih kurang dalam 30-40 menet sampai mask kering and muka dah tak boleh nak gerak. Nak senyum pon rasa susah sebab dia dah tegang. Tu malam tadi Shein tension je. Dia main-main panjat I, I tak respon pon. Last-last give up tengok Upin-Ipin. Haha.


Zxara Snow Pearl Blink Egg Mask

Kebaikan dia seperti yang tukang jual cakap ialah..... Jap. Tak jadik taip. I print screen je la. Malas nak taip. Hahaha. Dasar!

Kebaikan egg mask Zxara Snow Pearl Blink Egg Mask

 So, good luck to all and selamat mencuba!

-EnD-

4 comments:

  1. hoiiii tergugat rasa nak beli ..
    kasu , belanjaaa!!!

    ReplyDelete
  2. alamak macam best je. kena pegi tengok sekarang jugak fb tuh. huhuhu

    ReplyDelete
  3. eda : suruh huda la belanja (tetiba huda masuk dalam ini cirita)

    ReplyDelete
  4. Irz Zack : dah order ke belum? memang best!

    ReplyDelete