Assalamualaikum
Hari Jumaat biasa ktier pergi makan kat tempat
sedap-sedap sikit sebab kan Jumaat rehat lama? Tak decide dari awal pun. Masa dalam
kereta baru discuss. Semua tadek idea. So I pon cakap, ‘Jom la Souled Out sebab
dekat’. Pastu Kaklong sokong sebab kata dia kalau pergi makan bukan kat
shopping mall bagus. Takyah sebok-sebok nak shopping (Macamkan kaya sangat).
Semua setuju tapi Intan sorang je bulatkan mata sambil jeling Dyba sebab dia
nak tempat murah sungguh. ‘Sapa nak makan ikan keli boleh turun sekarang’. Pastu
I bukak lock kereta. Haha. Intan terus cakap, ‘Ok. Intan setuju Souled Out’. Terus
setuju. Tau takot. Haha.
Kekadang Waitress dekat sini macam kerek sikit.
Takpe. Kiter tengok kali ni macam mana. Biasa yang kerek ni perempuan. Sebab
dia dengki kiter semua cantik-cantik (nah baldi tadah muntah hahaha) Yang
lelaki elok je sebab kata Intan dia baik sebab nak ngorat I (Intan la cakap.
Bagi dia semua lelaki dalam dunia ni nak ngorat I). Sekali dapat waiter hensem
Intan apa laaaaaaaagi, ‘Abang, nak menu. She’s married’. Dia bagitau
siap-siap I dah kawen sambil tunjuk I
dekat waiter. Hahaha.Terus panggil Abang yang tak menahan. Budak tu pulak dah
merah-merah muka. Suruh repeat order pon sampai gagap-gagap. Hahaha. Intan ni memang.
Semua orang dia ‘Abang’ kan. Aritu masa yang pergi event Nuffnang pon,
cina-cina kat sana habes dia panggi,
Abang. Bangang.
Sementara nak sampai makanan, bebudak ni beborak la
yang more to berangan. Kata Intan, ‘Your country very hot’. Poyo kan? Sebab
masa kat Souled Out ni aircond dia macam tak berapa nak sejuk. Bebudak ni macam
ni la. Asal makan mahal skek, mula la nak berangan meeting la apa la. Cakap omputih
kuat-kuat. So bila Intan cakap macam tu, Kaklong tanak kalah. Kata Kaklong, ‘Oh
really, where you come from?’ Biasa kalau ada sesapa yang tanya macam tu, kiter
akan jawab, ‘London’. Tapi Intan upgrade. Intan jawab, ‘U really wanna know
where I come from?’, pastu dia toleh meja belakang yang ada Mat Saleh dua
orang, ‘Hello, welcome to Malaysia’. Hahahha bangang kan? Padahal Mat Saleh dua
orang tu buat bodo je walaupon kiter speaking kuat-kuat. Hahahha. Mampos gelak.
Anyway kat Souled Out ni tak mahal mana. Range
harga makanan dia dalam RM20-RM40 je. Tadek ratus-ratus. Paling mahal pon
steak. Dalam RM60 kot? I tak pernah try steak kat sini sebab rasa macam selain
VS, steak tempat lain tak sedap. Kalau nak makan bajet, jangan order air.
Mintak je ice water. Free. Hahaha. Pastu atas meja ada air mineral tau? Jangan
bukak! Sebab yang tu kena bayar. Kaklong masa dia order makan, dia tak order
air. I tanya, ‘Kak, ko tak minum ker?’ Kata dia, ‘Takpe. Aku minum kat office’.
Muka serius je. Hahaha. Bongok.
So, ni semua yang kitorang makan. Si Sarah suka la
order air pelik-pelik. Aritu dia order air beetroot. Beetroot + carrot +
saderi. Uweeeek. Air tumbuh-tumbuhan dia minum. Apa ntah nama air tu I dah
lupa. Tapi masa kitorang dok borak-borak tu, Sarah cakap la ada air dragon
fruit. Skali masa dia order, dia kata, ‘Can I have dragonfly?’ Spontan terus
semua gelak. Ko giler nak makan air dragonfly? Eeeee! Lepas dah malu sebab
silap terus cakap melayu. ‘Dah. I nak air ni’. Sambil tunjuk gambar. Bangang
memasing. Haha.
Btw, kalau nak tengok menu dekat SOULed OUT klik dekat sini. Ada gambar dengan harga siap-siap. Senang korang nak tengok if berminat nak makan dekat sini. Indian dish dengan Pizza is only available at 3.00pm onward ok?
-EnD-
Intan and Dyba punya. Chicken Cordon BLURR. Harga RM26.00. Kaklong dengan Ira makan Spaghetti Carbonara. I ada share dekat sini.
I punya. Sizzling Chicken Chop. RM26.00
Ice blended menda ntah. Takde pulak dalam menui online. Harga dalam RM12.00. Sedap gilerrrrrrrr!!
Sarah punya. Summertime Salad. RM23.00
Sarah punya jugak. Smoke Salmon and Creme Cheese Sandwich. RM18.00
Air tumbuh-tumbuhan Sarah.
Last but not least, terimalah kumpulan Elite generasi baruuuuuuuuuuuuuuuuuu. Jeng jeng jeng!!!
Tengok Intan. Tetap dia nak paling depan. Haha. Kaklong pon bukan main posing. Dah la pakai tudung terbalik. Dah terbalik tu taknak ngaku tu. Kata dia sengaja sebab nak bagi sama warna dengan baju.
Hahahha.. kak su yang paling lawak yang kak long tanya tu? where you come from? hahaha spontaneous jawapan intan..
ReplyDeleteLove u all my Elite group..
anna dayana : seriously u want to know? intan terus jawab. bongok intan! intan now sombong eh dengan kaksu?
ReplyDelete