Assalamualaikum.
Nak citer pasal Shein la harini. Sebab dia wangi
pagi tadi (tetiba). Shein dah 21 months! Tak lama dah masuk dua tahun.
Alhamdulillah sihat-sihat aje Shein. Demam pon tak la teruk macam 3 4 bulan
lepas. Asal demam je admitted. Sampai popular dah Shein kat Gleneagles. Dari
nurse sampai abang jockey kereta pon dah kenal dia. Mama pon dah sampai tadek
perasaan dah kalau Doktor Adrian bagitau, ‘Admit la eh? Senang doktor nak
tengok Shein’. Kalau masa first time, second time emos. Bila doktor cakap
admitted terus sebak. Haha. Ciwek!
Last dia demam dalam 3 minggu lepas. 2 kali jugak
jumpa Doktor Patric sebab Dr. Adrian cuti lama for cycling dekat Europe.
Antibiotik semua memang ada dah I simpan masa dia batuk sebelum raya sebab
balik kampong, so segala ubat batuk, selsema, antibiotic Doktor Adrian kasik ‘bekal’
bawak balik kampong. This time dia demam dalam 4 hari tapi temp tak la
giler-giler macam biasa. Biasa up to 40. Kali ni dalam 37.7 macam tu. Shein kan
strong boy? Dah la panggil ‘fish’ tu ‘shhhh shhhh’. Haha.
Sekarang ni kalau nak bagi dia makan memang agak drama la. Dulu pantang suap mesti nganga. Now kalau nak bagi dia makan kena time dia leka tengok tv. Tu pon bila hulur sudu kat mulut dia geleng-geleng. Belum rasa dah taknak. Pepenat la Mak kau ni masak banyak cantik taknak makan?? So kena bagi jugak dia rasa. Lepas first suap usually dia dah nak makan tapi tetap takes time giler. Makan pastu main loncat. Kunyah plak dia ikut sunah nabi, 40 kali kunyah. Pastu kena kejar dia untuk suap. Kekadang kena menari depan dia, jadik kucing, jadik kangaroo barrrru jalan. Sazli aritu cakap, ‘Sian Mama. Sabar jer bagi Shein makan. Haha’. Dia pon I agak impressed I boleh sesabar tu sebab I dulu adik angkat rimau. Garang nak mampos.
Untuk bagi Shein lawas berak, I still bagi dia 2 bottle puree untuk breakfast or snack. Alhamdulillah tadek masalah sembelit. Susu I bagi dia Enfagrow A+ Step 3. Memang dari kecik bagi Shein susu Enfa. Macam snack, I ada bagi dia biskut. Tak kisah apa jenis. Bagi je. Tadek masalah pon nak bagi dia makan manis-manis as long as tak berlebihan and makesure dia gosok gigi. Sebab nanti gigi mereput dah tak hensem. Walaupon usually Shein lebih banyak gosok dinding and lantai dari gigi tapi takpe. Kiter kena tabah.
Coco crunch dia suka. Biskut nestum pon dia suka. Aritu bagi brownies dengan ice-cream sampai mengejar I suruh suap. Bebudak kecik cenggitu la. Suka la makan manis-manis, jajan-jajan macam tu kan? Biar dia rasa. I memang bagi je tapi dengan kuantiti yang terkawal la. Nanti kalau asyik bagi junk food, makan nasik pon dah taknak. Shein ni pon nak makan nasik lembik je. Kalau nasik keras disemburkan kat muka kiter balik. Geram nak tunjal. Pepenat kan kiter kemas rumah?
Macam yang I cakap dalam previous entry, Shein ada sebut beberapa patah perkataan macam ‘Baba, Abah, Mama, Nak, Shhh (Fish), Danger, Dirty’. But among all dia suka sebut ‘tu tu tu’ if dia excited tengok menda macam kapalterbang, motor, kereta. Perkataan lain I kurang pasti sebab dia guna bahasa German. ‘Kettap, Edap, Nan’. Macam tu. Kalau tunjuk gambar ice-cream dia akan sebut ‘Nyummmmm’. If gambar dua ice-cream sebelah-sebelah dia sebut ‘Nyum nyum’. Haha. Pastu kalau tunjuk gambar kucing, dia tak sebut cat or meow tapi dia sebut macam panggil kucing tu. ‘Cet cet’. Eh macam mana nak eja eh? Haha.
Macam flash card pulak, if I tunjuk tangan, dia akan ambik flash card tangan. Tunjuk kaki, dia ambik flash card kaki so I tau dia ni boleh recognize thing cuma kekadang ada malas dia la. If bukak iPad or henpon memang tangan laju je nak swipe. Kekadang kalau I tak lock screen iPad, dia sendiri bukak Upin-Ipin. Mana belajar entah. So far I rasa bersyukur dengan perkembangan Shein walaupon I hope more macam I nak dia pandai bercakap, lancar macam Amsyar but I know that kiter tak boleh selalu compare kemampuan anak kiter dengan baby lain. Tak baik. Both. For us and for kid itself. Nanti stressed.
Sebab I pon tak suka golongan emak yang terlalu bangga compare anak dia dengan anak kiter depan-depan show that anak dia paling bijak dalam dunia and anak kite tak bijak macam anak dia, so I pon elak untuk bercerita lelebih. Ada tau golongan emak macam ni? Sesungguh tu nak tunjuk capability anak dia depan kiter. Nak bangga sangat kenapa? Buat rilex sudah. Unless orang tanya, I akan jawab. Cenggitu. Apapa pon sebagai Ibu yang normal, kiter selalu rasa anak kiter paling hensem dalam dunia. Tu tak boleh nak elak aaaaa. Hahaha.
Hello hensem!
Shein tak guna pacifier tapi becinta dengan ibu jari sampai naik lekok dah. Tak macho kot Shein?
If nampak perkembangan yang tak berapa elok pasal baby kiter, always mintak tolong pada professional team instead of dengar cakap kawan-kawan, jiran tetangga, ketua kampong, society, books and internet. Ikut apa kata naluri hati kiter sebagai Ibu sebab kiter memang Allah bagi naluri yang kuat. Sebab itu kiter Ibu. Kalau tak kiter Bapa. Eh apa ko cuba sampaikan ni Suraya? Haha. pastu jangan ada sifat suka bertangguh and cakap ‘Takper la. Ini normal’. Sebab nak jaga hati sendiri. I tau ada parents yang dalam denial stage. Dah tau anak dia tak ok, tapi deny. So biar. Lepas tu macam mana pulak kan? Always seek help from professional team ok? Itu sebaiknya.
Shein ni I nampak kepala angin dia. Kalau main dengan kekawan kang tetiba je nanges tak puas hati. Tu tak pelik la sebab main ngan kawan. Kekadang main sorang pon tak puas hati kat diri sendiri. Haha. memang dia manja. Suka merengek, suka meleset. Kalau nak apapa tak reti der nak mintak elok-elok. Dia akan merengek. Eeee geram jer! Perkataan paling dia benci is, ‘No and Danger’. Sebut je dua tu nanti terus datang I, libas-libas tangan dekat muka I. Tak puas hati. Haha. Takpe la Shein garang macam tu, at least I tau dia terima arahan and ada eye contact. Tapi eye contact tak applicable time dia dengar lagu Daiyan Trisha.
Kata Kaklong, Shein ni perangai dia sebijik macam Kaseh. Tu perangai nak menang membawak la sampai Darjah 1. Kalau sukan kena menang. Lumba lari kalau kalah, nanges kat garisan penamat. Sukaneka kalah pon nanges. Jenis tak boleh terima kekalahan. Kata Kaklong standby je la. Kaseh ni pon baru je normal. Haha. Bongok Kaklong. Takper Shein. Mama looking forward nak tengok Shein guling-guling nanges atas padang. Bring it on Bebeh!.
Pheewwww. Dah panjang sangat dah ni cerita pasal Shein. Semua orang dah menguap dah pon. Hahaha. Last sekali I share video Daiyan Trisha ni. Tajuk dia Kerana Kau. Ni kalau Shein tengok ni sampai meleleh air liur. Meleset kat sofa sampai jatuh pon relex jer. I menjerit dekat telinga dia pon buat bodoh je. Kemain kan? Sunat pon belum dah tau minta pempuan cantik. Amboi.
-EnD-
6 comments:
Hai hensem Shein...anak I bln depan genap 2 tahun...pun dah pandai kepala angin sekarang....haishhh
haahahahha...aik..sebijik peel mcm shein..tp part isap ibu jari tak r...kalu cium mulut dia...si ami ni akan uwekk..uwek..pengeli yg amat..kalu yek yak pon (berak) dia geli tgk sendiri punya.hahahah..tp..time nk yak yak..ok..dia dh blh gitau...blh bawak masuk toilet cepat2..hehehe..tp mulut...amatla berat kak su..mcm ade emas bertongkol2 kat dlm tuh...rela tunjuk dr bgtau..adoiii!! xdapat kesan yg dia nak..siapppp....guling2..hentak2 kaki la dia..huhuhuh
chillex shien...nak uwetttttttt..shien tak lama lagi kawan ngan fayel..jangan sombong macam mama ...ehhhhhhhhhhhh ok bye lari...hahaha tak la mama shien baik peramah kelakar gile...nk uwet sue
diana adha : dah start tantrum la eh? ok. kena la bersabar banyak2. haha. pastu tenaga kena kuat.
missalongwani : hahahaha gilr memang pembersih. si shein pulak kemain suka kissing. kalau boleh mulut kiter pon nak dimakannya.
mimy hamid : ko kata aku sombong????? nak kena ni! babap nak? hahaha
Post a Comment