Tuesday, October 28, 2014

Happy Birthday Bubu Part IV

Assalamualaikum.

Ok. Yang ni last entry untuk birthday I. Takyah nak buat rolling eyes sangat la eh korang? Tampar kang. Hahaha. Kali ni Nayang I, Wana Rasni punya treat. Dah 2 minggu ok dia book tarikh dengan I? Cecece tetiba rasa macam artist pulak siap kena book, konon bizi sebab pack schedule nak promote filem baru. Kah kah kah. Intan, Intan ingat Intan sorang jer boleh berangan jadik pelakon dalam entry ni? Kaksu pon nak jugak.

Anyway lunch ni pon kebetulan Wana nak pas voucher Insurance PruBSN UmmahLink yang kengkononnya dia nak explen dekat I over lunch tapi sekian terima kasih. Dengan I perut meragam asyik la nak berak, lepas tu Wana busy dengan handphone pasal kerja and nak instruct PA dia, so gitu jer la. Makan lepas tu balik. Nyampah. I terabai semenjak sekian lama dah dengan Wana ni. Semenjak dia banyak nak handle hal insurance bawah dia. Oh btw, Wana agent insurance. Sesapa yang nak ambik insurance boleh contact Wana. Dia agent yang bagus. Selalu up to date. Kerja pantas. Debab dan wangi. Bujang dan bongok. So semua orang kena ambik insurance dengan dia ok? I paksa ni.

Ada banyak package insurance yang ada. Mengikut umur, tahap kesihatan dan kemampuan. Now bayar RM200 sebulan dapat sekali simpanan and coverage up tp RM450k. We never know kan apa yang bakal terjadik pada kiter in future? Bukan selamanya sihat. And sesiapa pon akan terdedah pada kemalangan setiap masa and I suggest sesiapa yang takde insurance lagi better la ambik insurance. Untuk nasihat insurance boleh whatsApp Wana. Ni number dia. Jangan nak ngorat pulak. Abah dia polis ok?? Garang. Haha. Whatsapp/Call/sms to 0122059262 or email at wana.rasni@gmail.com

So back to cerita makan. Kat mana tadi? Haaaa… Memula Wana ajak makan dekat Sukiya (Pavilion) it’s a Japanese Buffet Lunch yang tak mahal sangat around RM50-RM60/person and boleh makan sampai mampos tapi queue panjang giler. Tak boleh nak tunggu sebab Wana sikit lagi nak mati sebab lapar so kiter pergi je kat Tokyo Teppanyaki area-area situ jugak dekat Tokyo Street Pavilion. I suka la kat sini sebab macam Jepun sangat rasa. Ada banyak bakery shop yang tak sempat nak singgah but takper, there’s always a next time. Selama pergi Pavilion takpernah terfikir nak menuju kat sini, sekali bila sampai cool pulak rasa. Nak pergi Jepun Saz taknak bawak, so sini pon kira ok jer la. Sian sangat I.



Squid + shrimp + salmon teppanyaki set Wana punya


Chicken + Salmon Teppanyaki I punya. Nak jugak tu order chicken tenpanyaki.


Set ni come with garlic friend rice, fried veggie, buah, and egg custard.


Wana spesis karnivor sebab dia makan daging sahaja. Sayur tu musuh ketat dia. Shein pon makan lobak. Dia dah tua tak makan sayur. Apa nak jadik?


Wana kata dia tadek BF. I doubt that.



Tokyo Street Pavilion. Cool kan?

I tak rekemen restaurant ni pada korang sebab bagi I service dia cenggampang. Dia dah tumpahkan air dekat handbag and baju I lepas tu tak cakap sorry. And waiter/waitress dia a bit clumpsy. Perangai lebih kurang macam Shein. Jalan tak balance. 2 kali kot tengah serve pinggan pecah. Seram I. Dah la bawak hot plate. Eee. Tapi sebab haritu I tadek mood nak carik pasal so takper. Waiter tu terselamat. Makan pon so-so la. Untuk tekak I, I rasa a bit tasteless. Ataupon mungkin dah bengang kena air ke I tak berapa sure.

Lepas makan tu rasa meloya and nak makan something sweet. So I ajak wana makan kat Baskin Robbins. Seb baik ada cotton candy. So rasa la mood gembira dan ceria datang balik. Anyway, thank you Nayang for the lunch! Nanti kiter dating lagi tapi I nak makesure masa tu U kosentret dekat I je. Kalau tak I bagitau Daud U abaikan I. Tapi Daud tu sebenarnya Wana version lelaki. Acane? Biasa Wana jadik Daud bila time main paintball jer. Haha.

-eNd-

4 comments:

ieda iedana said...

ada ye kaksu friend rice? menu exotic ni. nak cubaaa....hahahaha

FadMN said...

Syukur la dah habis celeb.haha.
FAD

Pink Mama said...

Sejak bila ada Tokyo Street kat Pavi ni?. Nampak sangat dah lama tak jejak kaki kat sana =)

Chooyaya! said...

ieda iedana : diam lah! jahahahah *terus edit

FadlinaMohkhtar : Aminnn...

Pink Mama : semenjak dua menjak ni kot? tak sure. hehe