Pages

Thursday, October 9, 2014

Pasal Cucur Ikan Bilis, Telur and Diet

Assalamualaikum…

Mencabar betul la nak skip dinner sehari dua ni sebab Sazli ni dia suka tawww? Nasik memang I dah tak masak malam sebab I rasa responsible dengan Sazli punya weight. Haritu Bapak dah bising cakap Sazli tak jaga pemakanan. Makan berat-berat time malam kan tak bagus? Nak pulak dorang ada diabetic dalam family punya genetic. Possibility untuk dapat diabetic tu memang agak tinggi SO if dia nak makan nasik, I makesure dia makan sebelum pukul 7.00 malam. If malam dia lapar, I buatkan dia simple-simple punya makan macam cucur udang/ikan bilis or sandwich or paling bodoh buatkan telur 3 suku.


Tepung cucur ikan bilis and udang Adabi. Memang always ada dalam pantry buat standby if lapar and taknak makan berat-berat sangat.


Macam cucur tu I beli je Adabi punya. I suka ikan bilis and udang punya flavor. If Sazli makan seorang I bancuh setengah pack je. Cukup untuk dia. Shein ada la kacau tapi tak habes 3 ketul pon. Pastu cicah dengan sambal air mata yang I buat stock tu. 10 menet je dah siap. Sazli pon happy. Dia tu mana tau apa, makan je. Nanti lepas makan puji cakap sedapnya U buat cucur, letak apa? Dia taktau tinggal bancuh dengan air je. Hahahha.


Perfect telur separuh masak if masak 4-5 minutes dia akan jadik macam ni.


Ada satu malam tu, dia nak telur 3 suku. I buatkan dia 2 bijik tapi sebab terliur, dah I buat untuk I jugak. Maybe ramai yang tau dah macam mana nak buat telur 3 suku tapi I nak bagitau jugak sebab I peramah. Ok. Macam ni. Perfect telur 3 suku ialah bila kita masak dia 4-5 minutes sahaja. Panaskan air sampai menggelegak and lepas tu masukkan telur. Set ke 4-5 minutes. Perfect result. Lepas cukup time, terus rendam telur dalam air sejuk untuk menghentikan proses masak.

Kalau nak perfect telur rebus pulak, pon sama  method. Bring water to boil and lepas tu masukkan telur 8-10 minutes. So telur elok je kuning dia kat tengah-tengah and kuning dia just nice. I suka kalau dia ada lembik-lemibik sikit so I stop masak 8 minutes. Kalau telur to overcook kiter nampak tepi kuning telur tu dia ada kaler hijau. Yucks! Yang tu I geli. I set dalam kepala kalau makan telur macam tu nanti kentut and berak busuk. Macamkan kalau tak makan telur, berak bau lavender. Hahahahha.

 

Telur rebus 8 minutes akan jadik macam ni. Kuning dia lembut. Macam ni baru sedap. Kata GF, sedap telur rebus I buat, Makan macam tu pon sedap. Giler punya bodek.


Kalau luar kuning dia ada ring hijau macam ni, maknanya dia dah terlebih masak


Confirm kentut bau telur tembelang. Haha.

Malam tadi Sazli mintak sandwich sardine. Kata dia nak macam yang picnic-picnic boleh tak Bubu? Taknak mayo tapi sardines dia nak kering. So kena la I goreng dulu sardine tu dengan kuah-kuah dia sampai jadik macam half serunding. Tumis bawang merah and bawang putih with butter, masukkan sardines dengan kuah-kuah dia sekali. Pepper, salt and sugar to taste and sesudu air asam jawa untuk buang rasa hanyir. Lepas tu hancurkan and masukkan dalam mangkok. Potong lada kecik dengan bawang besar and campurkan. Lepas tu Sazli kata dia nak wrap sendiri dia punya sandwich. Daaaahhhh teringin jugak nak makan so I makan la 2 keping. Cane? Sazli la asyik cakap sedap sedap sedap.

Ada masa Sazli nak makan meggie goreng. Rasanya I pernah bagi resepi. Tak per la. Kasik chance. Sekali sekala je I buatkan sebab Maggie also tak berapa baik sebab dia instant food and perencah dia banyak msg and masin nak mampos. I hope Sazli ok la tak makan nasik malam walaupon I know how much dia suka if I masak malam and dia punya face expression worth me the whole world (over sangat) tapi I’m doing this for his own good. Biar dia ada quality life. I kesian tengok kawan-kawan muda lagi dah ada kencing manis, gout semua ni. Kesian sangat. Gout pon kesian. People may take easily about gout but once U get gout memang susah nak ubat.

Eat la something healthy ok? I tau susah nak buat. Nak pulak kiter duduk KL surround with variety mouthwatering food and susah nak avoid tapi we have to. Sebab kiter ada anak nak jaga, Mak ayah yang dah tua untuk take care of kan? Sekali sekala takper. Tapi kena jaga portion and intake. Makin tua ni, makin low metabolism so lagi lama fat, sugar semua dalam badan lagi la tak baik. Take la supplement if korang mampu. Macam I, memang tak mampu tapi Mak and GF I dedua jenis disiplin and consume supplement every day. Bagus giler… Mak amek Manuka honey, EPO, Vit C etc and GF I banyak makan macam Gamolec, Gamojen, shake veggie + fruits and kalsium+susu anlene.

Semalam masa lunch I makan sayur kacang buncis, sayur kacang panjang dengan ikan masin bulu kucing ayam (TQ Syahni Diana betulkan. Haha) seekor, send pada u know who you are tapi dia reply macam ni.



Kwahaja kan? Hahahhaha. BERANI DIA TANYA I TADEK DUIT KE?

Hahahahhahaha. Bongok. Eh. Entry harini macam berilmiah giler. Terus rasa macam emak-emak sangat. Ni semua salah Dr Adrian. Tadi I bawak Shein jumpa dia sebab Shein selsema dah seminggu. Lepas tu tak syiok la kalau kiter nak pergi meladi weekend ni kat Legoland lepas tu dia tak fit kan? 

Each time I bawak Shein, Dr Adrian mesti nasihatkan menda emak-emak macam how to control anak yang tantrum, macam mana nak handle kids supaya tak spoil etc, jangan bagi tengok iPad time siang, main and talk dengan Shein blablabla so I terus rasa dewasa giler and emak-emak each time keluar dari consultation room. Dr Adrian memang tau? Dia dah tua pastu nak drag I yang muda remaja ni jadik tua jugak. Hahha.

So birthday I 12/10 ni korang nak bagi apa? **Tetiba. Haha.

-eNd-


10 comments:

  1. berak bau LAVENDER???
    kemain ek kak sue!!!
    haip haip,,hahaha

    ReplyDelete
  2. nak bagi duit, shein dah kaya. collection raya kan banyak.
    nak bagi hendbeg, ida pun takde henbeg. sian sangat kat kita. hahaha...
    nak bagi kete, kete takde. motor adala. kaksu kan dah jadi emak2 mana boleh buat perangai rempit2 ni..hehe
    bagi flying kiss jela eh kaksu. nak berapa cakap je. namploh juta pun boleh. tapi version tak gosok gigi punya la..hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Kita punya besday 12/11.beza sebulan jer eh.standby hadiah gak tau.
    FAD

    ReplyDelete
  4. kak su, kite br blk legoland... best giler, rs xmo check out.. hehe..
    feeling kaya sgt smpi xmo check out hahahaha...
    hv fun kak su..

    ReplyDelete
  5. kak su,nak tanya..apa tips dr adrian bg tu ttg how to control anak yang tantrum, macam mana nak handle kids supaya tak spoil? kalu xjd masalah,blh x nnt kak su kongsi:)

    ReplyDelete
  6. Lavender Violet : HAHAHAHAHHAHA kebetulan pulak. hahahaha

    ReplyDelete
  7. ieda iedana : nyampah la kalau semua taknak bagi. hehe

    ReplyDelete
  8. Fadlina Mokhtar : eeee sebok nak tiru orang kenapa????

    ReplyDelete
  9. Za za : Tu laaaaaaaaaaaaaaa. kaksu pon xasabar nak pergi. asyik beli baju shein je.

    ReplyDelete
  10. cik allord : kaksu dah bg tips khas untuk awak kat entry baru. bak uwet.

    ReplyDelete