Pages

Monday, November 24, 2014

Kumpulan Nasyid Jubah Hitam

Assalamualaikum…

Seperti yang dijanjikan last week, so here we go kumpulan nasyid yang diberi nama ‘Macam-Macam Ada’. Sebab? Sebabnya dalam kumpulan ni bujang ada, mak budak ada, nenek budak pon ada. Haha. Beria la I hari Khamis tu beli baju dekat D'yana Wangsa Maju sebab dorang cakap dalam group, ‘Esok kena pakai jubah hitam. Sapa tak pakai remove dari group’. Menyampah betul la kalau ugut-ugut macam ni. Jubah hitam I ada, tapi tu la. Macam tak sampai hati nak pakai pergi opis sebab kerawang-kerawang segala. Lawa sangat.

Baju-baju jubah jaman sekarang yang ala-ala pwincess ni I ada banyak sebenarnya tapi tu la. Pakai sekali dua jer sebab ada occasion. Lepas tu dah. Buat pameran. Yang kaler hitam ni boleh la pakai 23 juta kali sebab lepas ni kalau ada kenduri doa selamat ke, zaaapppp sarung je. Setel. Korang boleh la kalau nak tengok jubah lawa-lawa dekat D'yana. Kalau ada member card, ada less 10%. Lawa-lawa semua. I beli ni pon sebab jeles tengok GF punya jubah lawa-lawa. Dia tu eksyen. Sekarang kalau baju siap, nak butik je. Melampau.

Intan tadek hari Jumaat lepas sebab Syuhada nikah. So dia tadek la dalam gambar. Naseb baik. Kalau tak nanti mesti dia belawan-lawan dengan Kaklong posing. Kali ni banyak gambar  tak jadik. Gegar-gegar tahap dewa. Tau je la kalau dah ramai-ramai macam ni,  tak terkawal dah memasing. Kaklong la! Dia tu bukan jenis dengar arahan. Sampai terkepit-kepit tahan kencing. Hahaha.


Dalam gambar ni, Sarah tak ready lagi tapi Kaklong dah feel. Kata dia, 'Aku yang part tengah-tengah corus tu ada orang baca sajak kan? Aku yang tu la'. Yerlah. Hahahaha. Yang paling hujung skali tu pon nampaknya posing cantik lagi. Ira, Dyba dengan Ezy dah ready. So yang ni FAILED.


Yang tengah pendek tudung hijau tu, dia dah tau pendek motip duduk tengah? Kata Dyba, 'Laaa kan Dyba solo. Kena la duduk tengah'. Ok. Yang tudung coklat tu kemain melentik. Dia tau tak dia nak pergi umrah? Kaklong pulak kemain muka kontrol jelita. Nyampah.


Fiezul jadik emcee pada hari kejadian. Kata dia, dia nak amek gambar sekali  dengan kitorang sebab dia manager Kumpulan la kononnya. Haha. Dalam gambar kellihatan Ira dah start nyanyi.. Sarah baru nak start sebab mulut pon kemam lagi. Dyba sebagai ketua sebok tengok anak buah ikut arahan ke tak. Kaklong paling win. Fiezul pulak dalam hati cakap macam ni, 'Aku tengokkan ajer perangai budak-budak ni', Haha. 



Masa kat rumah Intan, kitorang terus carik GarfieldAmanda. Semua serbu dia. Dia ingat dia pengantin yang nak kena serbu? Semua timang-timang dia macam baby. Geram pulak. Gebu nak mampos la Garfield ni. Pemalas. Asyik baring je.


Goreng pon sodap!


Yang ni dalam bilik pengantin. Intan punya tudung macam sotong kurita je I tengok. Tapi dia pakai lawa jer. Haha. Kitorang datang hari Jumaat sebab Ahad tu tak dapat datang. Kaklong jer yang datang kenduri pada hari kejadian.  Masa naik ramai-ramai atas katil ni, Kaklong cakap. 'Jangan ketawa kuat-kuat nanti katil roboh!' Hahaha.


Dyab tukar position dengan Kaklong sebab kata dia, dia nak duduk sebelah pengantin. Iyerlaaaaaah Dybaaaaa. Haha.


Tengok Kaklong punya flying kiss. Dia tu kalau sampai masa dia control cun time amek gambar, geram je nak tunjal. 


Konon gambar candid la. Tapi nampak fake giler. Haha.

Buat Ezy, selamat menunaikan umrah. Nanti you balik dari umrah, kiter dah kena start practice menari ni untuk Dinner Company. Kata boss I, 'Su tahun ni tak payah la buat Bollywood dah. Dah Mak budak dah masing-masing nak menari atas pentas lagu hindustan'. Dah tu??? Kitorang nak kena nyanyi nasyid ke apa ni? Kalau nasyid I taknak la boss. (Tapi jawab dalam hati) Hahaha.

Si Robynn suruh buat tarian Banghra, Intan nak pop ye-yeah. Hahahahha. Mampos! Sarah cakap kiter buat persembahan lakonan dalam Maharaja Lawak. Taknak la! Kalau orang tak gelak acane? Hurm... Nak buat persembahan tarian apa eh? Kalau I mintak nak buat tarian clubbing music house lagu Shakira agak-agak kena reject tak?

-eNd-

5 comments:

  1. kaksu cantek..
    mcm makin slim la..
    wewiiit

    ReplyDelete
  2. akak..nampak menawan..n makin cantik..huhuhu...
    SalinaHafis

    ReplyDelete
  3. Lavender Violet : itu ilusi sebab pakai baju hitam. T____T

    Ayu Idris : heeeeeee mana adaaaaa

    Salina Hafis : Bak Uweeettt

    Anna Dayana : Hahahahha. yang puji ni semua pempuan jer kot.... Haha

    ReplyDelete