STICKY POST
*Please scroll down for new entry*
Assalamualaikum..
Baru-baru ni I pergi food tasting OLDTOWN White Curry & White Freezy dekat
One City Mall. Bagusssssss. Macam tau-tau jer yang I suka makan, so memang la happy. Dah tu dapat pulak invitation from OLDTOWN, my favorite Kopitiam kot? Terus gembira lompat bintang. Lalalala.
Bagi penggemar white curry mee, especially orang
KL, korang dah tak payah sesusah nak drive all the way dari KL to Penang just
untuk makan white curry mee ni. Mana la tau kalo ada Ibu-Ibu mengandung craving
nak makan white curry pastu nanges sembam-sembam muka kat bantal, sebagai suami
yang bertanggungjawab buat isteri merana macam tu takkan la sampai hati nak
cakap tak boleh kan? So now tak payah susah hati, ambik je kunci kereta
zaaaaaaaaaap terus keluar rumah. 10 minute or less dah sampai OLDTOWN and boleh
order white curry ni.
Untuk pengetahuan korang semua, OLDTOWN White Curry
ni berkolaborasi dengan My Kuali. Pembuat perencah white curry nombor satu di
Malaysia dan semestinya HALAL. So korang jangan tunggu lama-lama untuk merasai
kesedapan white curry and white freezy ni sebab promotion only valid for two
months yer. Limited time. Maknanya after two months, dah tadek dah white curry
and white freezy ni dekat mana-mana OLDTOWN ok? Nanges guling-guling pon dorang
tak layan dah jugak. Haha.
Korang boleh makan White Curry ni with 5 of variant
noodle. Dengan harga serendah RM7.90 untuk semangkuk White Curry, korang boleh
pilih nak Mee Kuning, Meehoon, Macaroni, Pan Mee atau Hor Fun. Kalau dah
kenyang and taknak makan mee tapi still nak rasa White Curry pon boleh. Order
je White Curry Fishball dengan harga serendah RM3.90. Murah nak mampos. Dari
beli bahan renyah sesusah buat sendiri baik datang je OLDTOWN. Lagi senang.
Ikut putaran jam. Dari atas, White Curry Fish-ball, White Curry Mee, White Curry Pan Mee and White Curry Hor Fun.
Yang ni pulak. Atas White Curry Macaroni and bawah White Curry Meehoon.
Sebab white curry ni pedas sikit, so untuk cool
down rasa pedas, kiter boleh order White Freezy. Memang OLDTOWN buat White
Freezy ni khas untuk White Curry ni. Kira macam kalau makan cekodok musti
dengan air kopi kan? So White Curry kena minum dengan White Freezy. Baru ngam.
White Freezy ni pon korang wajib try sebab kesedapan nak mampos. It’s a soya
based peanut ice blended top with a scoop of vanilla ice-cream. Perfect ending
lepas habeskan semangkok White Curry. Seriously White Freezy ni is to die for.
I la paling happy kalau OLDTOWN masukkan air ni dalam list drink dia. So bebila
boleh minum. Sebab dedua item ni is LIMITED time, so korang wajib cuba ok?
To die for, White Freezy!
Kalau nak tengok more info OLDTOWN White Curry
dengan White Freezy ni boleh klik OLDTOWN Official FB dekat sini. Lepas tu,
kalau korang dah cuba dedua item tu jangan lupa amek gambar and hashtag
#OLDTOWNwhitecurry dekat Instagram. Ok?
Now jom tengok gambar-gambar yang I sempat snap sepanjang berlansungnya food tasting tu. Most of the photo's taken by Ellis. Tetiba dia jadik PA I. Haha. Ko ada PA? Tadek kan? Tapi konsep dia sekarang PA lagi kaya dari Boss. Acane?
Happy la bila tengok variety of white curry mee depan mata. Sedap-sedap pulak tu.
I duduk satu table dengan Ayu and Filla. Sambil makan sambil jeling, takot Filla dengan Ayu kutip semua lauk dalam mee. Haha. Bukan boleh caya dorang tu.
Ellis happy la dapat jumpa Filla. Macam jumpa artis dia kata. Muka excited bukan main! Dah Ellis. U balik jalan kaki. (Walaupon I datang sini naik kereta dia, tapi dia yang kena balik jalan kaki) Haha.
Sapa tak kenal Filla. Tauke shawl Kasih. Kelakar minah ni sebab dia blur je 24 jam. Orang cakap lain, dia cakap lain. Taktau la macam mana Peej dengan Elly nak layan dia. Haha.
Happy dapat jumpa Amoi cantik, Kelly dekat sini. Last time I jumpa dia time Ola Bola. Kata Kelly, 'I ingat la U. Perempuan giler'. Hahahah. Thanx Kelly for this photo.
Last sekali, group photo. Semua orang dah ready kecuali sorang tu. Sila fokus yer Mak Incik.
Ok. Better. Thank you Amoi cantik Jessy for this photo.
Jessy berdiri sebelah kanan I.
Nak ajak Kaklong la pergi OLDTOWN untuk try White Curry dengan White Freezy ni. Dia mesti suka. I jamin sebab I sendiri bila rasa White Curry ni, I puas hati. Kaklong lagi la sebab dia memang cerewet when it comes to Curry. OLDTOWN langsung tak kedekut perencah and bahan. Makan semangkuk tengahari tu kenyang sampai malam. Dah la cuma RM7.90 je, so seriously it’s a value for money. Sapa kata dengan RM10.00 sekarang dah tak boleh dapat makanan yang sedap and mengenyangkan? Ada je…. Dimanaaaaa???? Semestinya di OLDTOWN!
-eNd-
Su..aci x kak sha nk kata...x sedapppp white curry ni!! Matilahhhh msti x kluar post..xpe..jnji su baca. Pahit kuah dia... k.sha amek pan mee..tah kehapa rasanyaaa..kelaut andaman sana rasa nya!!huhu. amponn su. K.sha mmg skrg tgk je blog su..terus ajk abg p mkn..sbb tekak mmg x selera.tp su interpret..mmg aummm sgt... p mkn byk2 n update pls..tq su syg..hukhuk. ni komen ikhlas.siyes x sedappp...haha..jujur nau2
ReplyDelete