Assalamualaikum..
Sekarang kan? Sikit punya susah nak bagi Shein
makan. Dia kurang dah suka solid food. Kalau bites macam roti, biskut dia suka.
Nak makan nasik dengan mee ke, macaroni ke hazabedah zabedah sangat. Seksa nak
mampos. Memang boleh carik gaduh kata kau? Dah la dia bukak mulut
kecikkkkkkkkkkkkk je lepas tu kunyah 40 kali ikut sunah Nabi. I pulak kurang
kesabaran nak tunggu dia lelama. Tak kira drama nak makan sendiri, geleng
kepala sambil lari-lari pastu langgar meja, nak makan sambil bawak basikal, nak
makan sambil panjat sofa u name it. Sakit dada.
Kekadang I bagi la dia macam donut. Dulu nak la dia
makan donut yang glaze dengan coklat. Sekarang dia kutil coklat je. Yang tepung
dia ludahkan balik. Kentang putar KFC (without gravy) dulu selamba habes sekali
hadap 3 bekas kecik sekarang dia suap I lagi banyak dari I suap dia. Seksa
lahai. Shein ni I nampak yang dia suka makan senang je. Nasik+kicap. Memang
selera. Kalau letak soup ke, or lauk lain nanti dia slow. Dah tu acane? Sampai
hati nak bagi anak makan lauk kicap hari-hari? Mak dia nak makan sedap-sedap
je. Anak ko bagi lauk kicap je?
Dalam lingkungan umur Shein sekarang (1-3 tahun)
dia memerlukan lebih kurang dalam 1,000 – 1,400 kalori bergantung kepada berat
badan dan activity level dia. Banyak kan calories need dia dalam sehari? I pon
terkejut. Let say kalau simple punya portion nisbah hidangan dia, dalam 1 pinggan, ¼ kena ada karbohidrat, ¼ kena
ada protein and ½ pinggan kena ada fruits and veggies. Itu hidangan sebaiknya
untuk 2 yo toddler like Shein.
So jangan panic kalau anak taknak makan nasik. Cek
balik selain dari nasik, apa lagi sumber carbs/protein yang lain. Macam grains,
tak semestinya nasik and pasta. So kalau dia makan 1 slice of bread, 1 cup
ready to eat cereal macam cornflakes or coco-crunch pon dah ok. Nak bagi Shein
makan coco-crunch tak payah semangkok, sebesen pon dia boleh habes. Tapi biasa
la kiter dalam Melayu society akan rasa kalo tak dapat nasik, takkan cukup
energy. Tu salah. ½ cup nasik sama dengan 1 cup cereal. So ok je kalau dia
taknak makan nasik. Jumlah kalori dia sama. Don’t worry kalau dorang taknak
makan nasik.
Pengambilan zat besi yang mencukupi (tidak
lebih/tidak kurang) adalah penting bagi kanak-kanak yang membesar macam Shein.
Sebab kekurangan zat besi akan menyebabkan masalah pembelajaran dan behavior
problem. Kekurangan zat besi ini seterusnya akan berkembang menjadikkan
kanak-kanak tersebut menghidap anemia (kurang sel darah merah dalam tubuh)
**kemain bahasa buku teks terus. Pentingnya zat besi ini kerana, zat besi yang membekal oksigen melalui
sel-sel darah merah kedalam tubuh untuk bagi all parts of body berfungsi dengan
baik. Top to toe. Paham?
Toddler macam Shein only needs 16-24 oz susu SAHAJA
sehari. Kontrol bagi susu sebab if dia banyak minum susu AND dah kenyang susu
nanti dia dah taknak makan. Itu yang kiter taknak tu. Dulu I rasa macam oklah,
taknak makan nasik takpe. Janji susu nak minum. Wrong mommies. Semua kena
seimbang. Kenyang tak bermaksud cukup kalori dalam tubuh badan mereka. Ok? Yang
ni kena check balik. I pon sendiri silap calculate dulu.
Macam mana nak mempertingkatkan zat besi dalam
badan mereka? Ok. Bagi hidangan yang kaya dengan zat besi macam daging, ayam,
ikan, grains, nuts and tauhu. So sebenarnya kalau bagi dorang makan taufufa tu
elok sangat. Sebab ia diperbuat dari soya. Macam mana nak bantu bodies untuk
absorb zat besi dari sumber yang I sebutkan tadi dengan lebih cepat? Bagi
dorang makanan yang tinggi kandungan vitamin c macam tomato, orange,
strawberries and broccoli.
If rasa macam anak kiter tak cukup pengambilan zat
besi, boleh talk to your doctor and mintak advice mereka macam mana nak bagi
zat besi yang cukup. Now kan banyak makanan tambahan for toddler yang contain high
of zat besi? Toddler kena ambik 7 milligram of zat besi (iron) sehari. So nanti
kalau pergi mana-mana baby store, boleh check makanan apa yang mengandungi 7
milligram zat besi so that kiter boleh ambik if our child refuse untuk makan
makanan yang mengandungi zat besi semulajadi.
Yang ni I pon kekadang sambil lewa tengok calories
fact dengan kotak makanan Shein. Main taram mak enon jer. My bad.
Selain dari zat besi, Kalsium juga ialah element
penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Kalsium penting untuk membina tulang dan
gigi yang kuat. Sehari mereka memerlukan 700 milligram kalsium sehari. Sapa
yang taktau sumber kalsium memang carik pasal la kan? Haha. Ingat. Yang paling
penting pengambulan makanan kena seimbang. Google la. Banyak information pasal
pengambilan nutrisi yang bersesuaian untuk anak anda. Siap ada chart lagi.
Jangan malas sangat sebab factor pemakanan jugak akan membentuk perkembangan
otak dan fizikal anak-anak anda.
Kalau nak tengok nutrition guide for Toddler boleh klik sini.
Bagi I, if Shein sihat, berat balance dengan tinggi
and usia. Tak obese tak underweight and tumbesaran dia sempurana hasil dari
pengambilan nutrisi yang seimbang dah cukup sangat-sangat. Tu yang kiter
kekadang selalu terlepas pandang. Main taram je bagi apapa. Ice-cream tu tak
salah nak bagi sekali-sekala. Macam I selalu cakap, rewards ok as long as kiter
tau where to stop kan?
I ada je jumpa parents yang tak kasik anak dia
makan ice-cream at all. Kesian sangat-sangat. Kenapa nak break baby punya
nature? Biar la dia rasa semua tu. Budak kecik kan? As long as dia tadek diabetes
ok je kalau nak bagi ice-cream sekali sekala. Bebudak punya nature memang la suka makan
candies, sweets and ice-cream. Beria suruh Shein makan tempat lain. Yang kawan
dia tu kedip-kedip meleleh ailio tengok Shein shomot-shomot makan eskrem. Sian
sangat.
So lepas ni jom kiter cek balik pengambilan nutrisi
anak-anak kiter sesame eh? If korang ada nak suggest any makanan tambahan macam
kalsium or apapa yang korang rasa bagus and pernah bagi anak-anak pon I lagi
happy. Kang ni aku taip, aku baca sorang-sorang. Tadek pon orang nak komen.
Macam cakap dengan dinding. Nyampah!
-eNd-
boleh cuba bagi mealshake utk nutrisi n omega utk perkembangan otak diorng...
ReplyDeletegood info mummy.. rajin btul u study.. kite ni mmg main taram je bg anak mkn hihi..
ReplyDeleteDunt worry Jan baca! hehehe.
ReplyDeleteJan pun hadapi masalah makan dengan anak jan.. Lagi2 bila dia byk allergic makanan. So, nak baca makan kat dia memang cabaran, takleh main sumbat apa2 makanan suka2. Dan dia pula memilih makan, nak makan sedap je, rasa mende baru, kalau sedap banyak dia makan.
Jan baru try mealshake shaklee sebab nak atasi masalah sembelit, dan memoreen juice (rasa mcm salah eja) pun baru try.. Belum nampak perkembangan lagi..hehe. Insya Allah..lambat sikit kot..
p/s : Shein the future golfer! dah lah hensem, gebu lah, rasa mcm nak peluk2 shein ni...
Sy ada cdgn!! *angkat tangan
ReplyDelete