Pages

Thursday, December 4, 2014

Cukur Jambul Baby Nouman

 Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas, I pergi Majlis Cukur Jambul Baby Nouman anak Huda dekat rumah dia di TTDI. Janji dengan Kaklong and Dyba nak keluar sama dari rumah memasing so kononnya sampai umah Huda lebih kurang la time. Sekali I sampai lambat 40 menet sebab Sazli kan adventurous? *urut dada. Taknak ikut Duke sebab kata dia jem. So ikut jalan lain. Kata dia memang jauh sikit tapi tak jem Bubu. Confident! Sekali dekat depan MidValley jem hazabedah zabedah.. Hamek kau! Dah kata hari cuti kan?  Celah mana yang tak jem? Grrrrrrrr.

Bila sampai umah Huda, Dyba dah nak balik. Sedih I sebab tak sempat nak main dengan Sophie. Biarpon Sophie bukan nak dengan I tapi I tak kira, I nak sedih jugak. Lepas 10 minutes Kaklong plak balik sebab kata dia Kak Ngah (cousin kitorang) nak datang rumah dia. Naseb ada Wana. Kan I penyegan orangnya? Penyegan sangat sampai ambik sendiri red velvet dekat dapur bila yang dekat depan dah habes, siap main-main dengan cream cheese konon nak decorate mini cupcakes tu. Lepas tu ambik anggur sendiri dekat dapur lepas tu lepas tu. Itu konsep penyegan I. Paham tak macam mana?

Tapi korang jangan la buat perangai macam ni dengan stranger ok? Bughuukk perangai masuk rumah orang terus bukak peti ais, singkap tudung saji cari makanan. Yang ni boleh buat kalau dah tahap rapat macam adik beradik je. Paham?

Makanan semuaaaaa sedap. Gulai kambeng ada lemak tetel tu perrghhh sedap kena je dengan tekak I. Kat rumah Huda makan nasik beriani dengan dalca, ayam masak merah, pastu ada daging, ada papedom and menda entah lagi. Yang penting sedap. Nasik dia pon molek je peroi. Naseb baik Huda bekalkan I bawak balik. Hahaha. Semua makanan tu ialah dari Fikcles sendiri. Dorang memang buat service catering jugak sekarang ni. Tu nanti I cerita later.

Kepada Huda, tenkiu for inviting kami anak beranak. Doakan aku lepas ni dapat anak perempuan ok? Aminnnnnnnn

-eNd-


Dengan Mak Pengantin. Kemain Huda pasang badan terus lepas habes pantang. Jeles I tengok Huda cepat kurus. Sesapa yang nak order kek dengan Huda dah boleh tau? Boleh contact dia semula. Turut kelihatan dalam gambar ialah Shein yang nyenyak tido. Dalam kereta huru-hara. Lepas tu cranky dekat rumah Huda. Dapat je tido, tunggang terbalik macam mana pon bising bebudak lari dalam rumah Huda, dia dah tak sedar dah.  Sama la macam Mama dia, kalau dah kata tido tu, apa pon tak heran. Shein tido sampai dalam kereta, sampai rumah Kaklong. Hebat Shein.


Sempat jumpa Watie Shaharin. Dalam FB/Instagram kalau komen kemain la peramah. Bila jumpa macam segan-segan. Poyo je Watie. Haha. Amboi yang pakai jubah tu, kemain kaler pink ang-ang. Untuk Kakyang, bila yang nak berenti tinggi?



Ada hikmah stay lama kat rumah Huda. Dapat jumpa Kak Yus! Kak Yus ni loyal reader blog I tau? Semua pon dia tau. Kak Yus kenal Huda pon dari blog I ni. Sebab kan I banyak promote kek Huda so Kak Yus selalu jumpa Huda and lepas tu jdik rapat pulak. Thank you Kak Yus sebab selalu baik dengan Su :)


Nayang Wana dengan Shein. Time ni Shein tak tido lagi. Makan cupcake yang cream jer. 


Sempat jumpa Dyba sekejap je :(
Sedih dia macamkan Isnin nanti tak jumpa dekat office. Haha.


Baby Nouman. Most awaited baby. Huda memang nak sangat-sangat baby boy. Syukur dapat Nouman. Lepas ni tutup kilang la eh Huda? Semoga Baby Nouman jadik anak yang baik, jaga Ummi,kakak-kakak and family ok? 


Pelamin Baby Nouman. Combination warna yang cantik

Kami sedang melebarkan sayap ke cabang catering.. Bagi yg berminat boleh call our Cafe Manager Mr Dino 03 7732 4885/011 1631 6599‬ for more details and inquiries (Copy paste terus dari IG Huda) Haha.

No comments:

Post a Comment