Pages

Tuesday, December 9, 2014

GREAT DEAL : 50% Offer Untuk Villa Type Room Di Avani Sepang, Goldcost !!

-SOLD-
Assalamualaikum..

PERHATIAN PERHATIAN PERHATIAN kepada semuaaaaaaaaaa orang kampong!!

Ira Che Embong ada nak offer satu great deal untuk sesapa pengantin baru atau pengantin lama atau sesiapa yang nak hadiahkan percutian kepada kawan atau sanak saudara atau jiran tetangga malahan ketua kampong or tak kisah la sesiapa yang nak stay dekat Avani Sepang Goldcoast. 

Check in 27 December 2014 and check out the next day. One night stay. Jenis bilik ialah Villa ok? Bukan bilik biasa-biasa. Harga asal dia ialah RM1,044 nett included breakfast for two person TAPI, sebab Ira Che Embong baik hati, dia nak offer 50% so anda cuma perlu bayar RM522.00 nett sahaja!

Best kan? Murah sangat-sangat and harga ni and korang takkan dapat kat mana-mana termasuk Reservation Hotel Avani, Agoda.com, Booking dot com atau dekat mana-mana termasuk kedai basikal atau Kedai 1 Malaysia. Haha. Offer ni untuk sekali sahaja. Lepas ni dah tadek dah. Jangan menyesal Cik Salmah!

Meh I share gambar-gambar Villa Avani Sepang Goldcoast yang Ira nak offer tu.



Villa type room. Bilik memang besar. Ok sangat kalau nak main nyorok-nyorok atau kejar-kejar. Banyak tempat boleh cover.


Villa ni Ira Che Embong request sea view. Memang lomentik. Bukak tingkap nampak laut. Perrrrghhhh.


Dalam bilik ni ada mini-bar, satellite tv and a very comfortable living area. ( As you can see at the photo's)


Lovely bathroom 


Dari dalam bathroom pon boleh nampak laut. Sebab Ira mintak sea view kan? Syiokkkkk!

Lawa kan? Dah la tak jauh dari KL. So tak payah nak renyah-renyah bawak kereta jauh-jauh. More information pasal Avani Sepang Goldcoast korang boleh click dekat sini. And kepada sesiapa yang berminat boleh email direct ke Ira Che Embong di izdihar.r@feldaglobal.com. Sebab dia nak offer? Saje dia sesuka baik hati. Hahaha. Taklah... Memula dia plan nak bercuti dekat sini, lepas tu tak jadik sebab ada technical problem. Daripada membazir dah bayar tapi tak duduk, so I suggest dia untuk letgo jer.

First come first serve basis ye anak-anak? Sebarang surat layang tidak akan dilayan. Haha. Kalau ada yang mintak discount lagi dekat Ira, I pesan dekat Ira suruh tunjal je. 50% ni dah murah sangat-sangat dah. Tolong war-warkan and share dekat rakan taulan, jiran tetangga dan ketua kampong ok? Manalah tau ada yang nak honeymoon untuk ke 27juta kali.

Alamat Hotel
Sepang Goldcoast,
No. 67 Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg. Bagan Lalang,
Sepang, 43950, Malaysia 

-eNd-

P/s : Ira, kaksu nak service charge. 10%. Deal? Kbye. Nothing personal except business. Haha.

-SOLD-

No comments:

Post a Comment