Pages

Friday, December 5, 2014

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa - Part II

Assalamualaikum.

Haritu pergi rumah Kaklong, so masa tengok album lama, sempat la I snap 3 4 keping lagi gambar masa zaman kekecik dulu. Most of the photo’s masa Kaklong duduk Sabah dalam tahun 1990 keatas. Boleh tahan buruk I dulu. Hitam koreng kata Mak I. Pastu kurus keding, rambut kenteng perghhhh original people abadi sangat. Naseb dah besar ni dah up skek. Haha.


Time ni raya kot? Darjah 4 tak silap I. Tahun 1991.



Gambar ni dah share kan? Yang ni version yang lagi clear. Duduk dekat belakang I tu is Lias. Adik Abang Long I. Darjah 1 waktu ni kalau tak silap.


Ko mampu pergi Genting Highland pakai baju kurung? Hahaha. Kemain boria hijau adik beradik. Waktu ni Arwah Kak Ngah dah meninggal. Sian Kaklong. Terpaksa la kawan dengan adik-adik yang masih kecik. Kaklong dulu banyak kot buat I happy. Sesekali balik dari Sabah belikan coklat sampai satu peti ais. Jakun sangat dapat makan chipsmore, danone semua. Ongkampung kan? Masa tu Bandar Pusat bukan macam sekarang. Hypermarket mana la nak ada. Kedai runcit je. Biskut paling sedap pon biskut kapit tu. KFC kalau nak makan setahun sekali je. Setahun sekali kira naseb baik jugak.


Waktu ni hantar Kaklong dekat Airport. Dia nak balik Sabah. De dah naik sekolah menegah. I sekolah rendah lagi.  Seronok sangat dah kalau dapat pergi KL. Kalau tadek rombongan sekolah atau hantar Kaklong dekat Airport yang 2 tahun sekali tu, tak merasa la datang KL. Time tu jakun sangat tengok bangunan tinggi-tinggi.


Oh yang ni memang bangang nak mampos. Terserlah la muka anak orang asli I. Hahaha. OMG tu kenapa yang legam sangat Suraya? Rambut tak bersikat siap pakai seluar panjang sebagai sependa. Ko dah kenapa????

I beza dengan De 3 tahun. De dengan Arwah Kakngah 7 tahun. I dengan Kaklong 14 tahun. Banyak beza. So I banyak la kawan dengan De je. Sebetulnya dorang semua mana suka kawan dengan I, tapi tadek pilihan kan? Kena kawan jugak. Sebab kalau tak nanti I mengadu, ‘Maaaakkkkkkkkkkkkkk…. Kaklong kannnnn… Dia kannnnnn…..’ So masa I kecik-kecik, dorang 3 orang tu cukup menyampah tapi bak kata Kak Sha, ‘Ada aku kesah?’ Hahaha.

Masa I darjah 1, Mak dah kerah I sapu sampah dekat tanah. Sebelah kanan rumah De, sebelah kiri rumah I. Hukuman dia, selagi tak siap sapu sampah keliling rumah jangan masuk. Memang nak taknak kena jugak sapu sampai setel. Dah siap sapu, ada chief auditor tukang check (Mak la). Sapu sampah kalau ambik daun jer, memang kena la marah. Sapu dengan tanah/batu sekali kata Mak. Bersih-bersih. Dah la keliling rumah penuh pokok rambutan, kuinin, bunga raya yang daun dia luruh macam salji and paling hazab, pokok cempedak. Dah la besar pokok cempedak tu. Sebesar pemeluk. Bayangkan kalau musim luruh, daun turun macam mana. Nanges la kau kat situ. Selagi tak siap, jangan naik rumah.

Kalau hujan lebat baru boleh naik. Setakat hujan renyai-renyai duduk la kau berdua kat luar rumah. I kan baby lagi? Darjah 1 kot? Memang terkedek-kedek la nak buat. De selalu siap awal, lepas tu dapat masuk rumah. Kiter kecik macam tu mana la ada minat nak buat kerja macam tu kan? Sapu sekejap lepas tu main. Turun pukul 8.00 pagi, pukul 11 belum tentu naik rumah lagi. Haha. Dah banyak sangat selingan acane nak siap cepat?

Nampak pepatung dekat rumput tepi longkang nanti berenti. Ambik lidi, letak getah kuinin hujung dia lepas tu tangkap pepatung. Dah dapat tu, lepas. Main la kat situ sorang-sorang. De dah remaja sikit, darjah 3. So dia buat kerja laju. Longkang dekat rumah I yang depan tu memang bersih. Air jernih je macam terusan dekat sawah padi. Kekadang bila dah siap awal, datang angin rajin sapu sampah Mak/Arwah Kak Ngah bagi masuk rumah tapi lepas tu mandi terus. Jangan terus nak tengok tv. Dah la penat-penat, nak rehat sekejap pon tak boleh terus kena mandi.

Dah siap mandi, baaaaru la Mak bagi duduk depan tv. Tapi sekejap je la. Kata la sejam. Lepas sejam, kena tutup. Kata Mak kalau bukak tv lama-lama nanti tv meletop. Lepas makan, kena tido pulak. Nak main dengan kawan-kawan time cuti sekolah memang harapan la. Tengok bebudak main pondok-pondok pukul 3.00 petang macam tu, meleleh je la air mata. Petang pukul 5.30 baru Mak lepas main. Tu pon semua orang dah tak main pondok-pondok dah. Dorang main getah or toi. Tau tak main toi tu apa? Galah panjang. Atau main tuju selipar or baling tin.

Kiter kan kecik? Main dengan abang-abang and kakak-kakak yang dah besar, Cuma boleh jadik ‘ayam jer’. Maksudnya kalau main galah panjang, tak payah la susah-susah nak kasik menang. Duduk je kat tengah-tengah kotak buat hiasan. Hahaha. Lawak kalau ingat balik.

Masa kecik, Mak I garang ok? Disiplin, kerja rumah semua dia pantau. Dulu rasa la macam ‘WHyyyyyy???” I nak macam kawan-kawan lain. Boleh main bila-bila masa yang kiter nak, takyah balik makan time tengahari, boleh berkubang dalam paya, mandi kolam ikan Pakcik Md Selamat, menjala ikan dekat paya, naik basikal laju-laju, panjat pokok or mandi hujan. Semuaaaa tu Mak tak kasik. Kata la I panjat pokok jambu batu dekat rumah Dik La (Jiran depan rumah), nanti Mak jerit ‘Kochippppp panjat tinggi lagi….’ Kalau dah dengar macam tu, cecepat la turun. Mana la boleh berkawan sangat macam orang lain. Kalau setakat kena belasah dengan tali pinggang sebab maghrib baru balik atau kantoi mandi paya tak payah cakap la. Dah kebal. Bring it on bebeh!

Duduk Felda, macam tu la. Berkawan and main semua close to nature jer. Dulu rasa macam ‘Ini jer ker yang boleh dibuat?’ But now, rasa macam rindu sangat nak buat semua tu. RIndu childhood friend. Rindu pada Zali, Abang Mie, Kak Basirah, Ana, Arwah Nida, Arwah Najib, Dik No, Dik La, Comel, Ceni. Tu semua kawan-kawan dekat rumah.

Pada Mak, terima kasih sebab ajar Not macam ni. Ajar kemas rumah sampaikan masa Form 1, I dah boleh diharapkan kemas rumah luar dalam, basuh baju, sidai kain semua. Tadek masalah pon. Sampai la dah tua-tua macam ni dah terbiasa rumah kemas. Ni semua sebab Mak yang ajar masa I kecik-kecik dulu. Beza dengan bebudak zaman sekarang. Darjah 2 3 macam Sasha and Kaseh tu, satu kerja pon tak boleh diharap. Main jer kalau kat kampong. I petir la macam mana pon, takder deeeeer dorang nak heran.

Dunia makin lama makin moden. Nowadays bebudak lagi banyak berkawan dengan gadget dari close to nature. One day, bila Shein dah pandai arahan, dah pandai jaga diri sikit-sikit, I akan biarkan aje dia main korek tanah, korek pasir or gali cacing. Sama macam Mama masa kecik-kecik dulu. Takper. Kiter bersahabat dengan alam, tadek salahnya. Kan?

Sekian cerita KLMJ. Haih. Memory. Selalu buat kiter sedih. Yang tua ramai yang dah meninggal. Childhood friend makin menjauh. Kekadang jiran dekat-dekat rumah pon ada yang berbelas tahun tak tak jumpa. Hargailah masa yang kiter ada sekarang ni sebaiknya. Banyak menda yang I regret bila fikir balik. Regret sebab selalu malas nak layan Arwah Ayah berborak dulu masa dia sihat. Regret sebab nakal masa kecik/remaja sampai buat Mak risau. Pemalas (waktu remaja) nak buat kerja sampai kakak-kakak meluat and many more. Naseb baik bila dah dewasa, tetiba pandai baiki sikap.

Dulu waktu remaja I pemalas ok?

Kata Kaklong, ‘Ko pemalas Dik. Bab1 pon tak malas macam nko’. Haha. Ok. Over la tu nak samakan aku dengan Bab1 eh kak?

-eNd-

No comments:

Post a Comment