Assalamualaikum..
Jumaat haritu kitorang tak janji nak makan kat mana
pon. Asalkan keluar sama. I drive pergi Pavilion sebab nak makan chocolate stick
dekat Auntie Anne’s. Pavilion tadek la queue panjang nak baposh macam dekat
KLCC. Cuma Pavilion tadek Gongcha je. Kalau ada lagi baguss. Yang tak bagus
sebab Chatime bukan kat kawasan Food Court. Dia dekat area belah cinema sana. Jauh
nak jalan. Malas.
Usually kalau datang Pavilion pon kitorang
berlegar-legar dekat tempat makanan je. Haha. Dasar sangat! Lepas makan nanti
carik dessert. Pavilion banyak kot makanan sedap-sedap? Duluuu I suka giler
makan Mango Sago. Teringat time pregnant, I suka makan tu. Nanti muntah happy
jer sebab rasa mango. Biasa muntah rasa kuda. Haha.
This time kitorang makan kat Ichiban Boshi. Macam
kalau dah taktau nak makan apa, kitorang akan makan sushi. Kitorang makan ‘biasa-biasa’
je. Tadek beria sangat sebab memasing dah kenyang. Fokus nak makan yang
manis-manis je lepas lunch. I dah bagitau kat Kaklong, ‘No sharing’. Lepas tu
dia terpaksa la beli lain. Hahaha. Intan tak beli apapa sebab dia kurang kedekut
suka manis. Dyba beli cupcake dekat Twelve Cupcake. I pon terjebak beli satu.
Satu je sebab cupcake dia kepalotak mahal. RM8.00 seketul.
Kitorang makan bento jugak. Ni sebahagian dari sushi. Hehe. Sedaaaapnyaaaaa
Moktan, Ira and Dyba. Kalau tak kenal carik pasal.
Adik beradik Jawa
I tanya Intan, ‘Nak rasa tak cupcake Kaksu?’ Laju
dia jawab. ‘Nak!!!’ Lepas tu I cakap, ‘Ok bak dua ringgit’. Terus tak jadik.
HAHAHAHAHHAHAH. Kaklong pulak masa dalam kereta, I bagi dia 2 chocolate stick
tu lepas tu nak marah-marah I cakap, ‘Kalau aku tau tadi share je dengan nko’.
Pastu I cakap, ‘Mana boleh shareeeeeeeeeeee!!!’ Hahaha. Tetap jugak nak gaduh
pasal makan. Padahal dah dapat sorang satu kot? Kalau share nanti I tak puas la
makan. Kalau ada puas makan, baru la I akan bagi sesapa. Kaklong patut paham
konsep I macam mana. Hesh!
Twelve cupcake ni overprice tapi sedaaapppp
Auntie Anne's Chocolate pretzel
I rasa sekarang I makan macam menggila balik.
Hadoi. Gemok la macam ni. Stressed!! Macam Dyba best. Sehari makan nasik
kekadang 3 kali. Dessert lagi. Tapi kurus je jugak. Tadek pon gemok macam I. I
agak, kalau I makan macam Dyba, sebulan je I bagi tempoh. Cukup sebulan dah.
Layak kot masuk The Biggest Loser. Pffffft! Ni kalau I gemok ni I tau dah sapa
punca dia.
Kaklong.
Sebab dia yang selalu hasut I makan dessert
banyak-banyak. So korang, tengah hari ni makan mana? Jumaat makan mana?
HAHAHAHAHHA. Kaksu teringin la nak makan dekat Magnum Café. Okla. Bye.
Tengok la Kaklong buat muka fierce. Ya Allah. Geghammmmm nak tunjal!
-eNd-
Kak long kurus.hahhaha.
ReplyDeleteFAD
JOMMSSSS...MAGNUM ADA KAT MANE LAGI???
ReplyDeleteFadlinaMokhtar : dia paling gemok kot?
ReplyDeleteDyba Dbuh : Kat midvalley je Dyba. Bila nak pergi?
Auntie Anne's Chocolate pretzel ! sedapnya ! aritu craving nak makan, selamat dekat alamanda ada ;)
ReplyDelete