Monday, January 26, 2015

No More Rambut Kenteng Shein.

Assalamualaikum..

Terkilan sangat each time tengok rambut Shein now. Kejap kang I pegang kepala dia belek-belek rambut. Kejap kang I tengok gambar-gambar lama dia. Huwaaaaaaaaaaaa. Dulu masa De call I nanges-nanges cakap sedih rambut Amsyar dah pendek I was like, ‘Ala, rambut kan nanti akan panjang? Apa ada hal?’ And Jumaat malam masa kitorang makan kat kiku Zakura, Aliah sungguh-sungguh cerita pasal rambut Altaav dah tadek kenteng sebab miscommunication dengan Amoi saloon I pon macam ‘hurm, sian Aliah. Sampai nanges-nanges’. Tapi takat gitu jer la.

But semalam when it happen to me nah kau! Now I understand how they feel. Memang I menung, nanges, sebak, tak dapat tido semua combo. Semenjak Shein cukur jambul masa dia umur 5 bulan, tak pernah kot I potong rambut dia pendek macam ni. Ni semua salah Mamak Barber Ampang Jaya tu. I ban kedai tu lepas ni. Menyampah! Dia punya pasal la Shein punya rambut dah hilang kenteng dia. Padahal kenteng dia tu la make him special. Dia pon suka geleng-geleng kepala sebab nanti rambut dia akan goyang-goyang. Sekarang dah tadek dah.

Kitorang biasa potong dengan Mamak Aney lain, tapi semalam dia busy so Mamak sorang lagi yang potong. Sazli dah cakap, ‘Potong 1 inch saja ye Aney? Mau trim saja. Depan potong pendek atas kening. Potong sama’. Dia pon angguk-angguk sambil geleng yang macam Mamak-mamak buat tanda paham tu. 1 inch tu maksud kitorang potong bawah je. So kenteng-kenteng dia tu selamat la. Skali dia zaaappp zapppp. Sikat gunting, sikat gunting.  Sampai this one point, Sazli kata. ‘Aney, saya cakap 1 inchi saja. Ni you potong panjang sangat ni’. Lepas tu dia kata, ‘Betul ini, 1 inchi la ni’, lepas tu sambung gunting zapppp zaaapppppp.

I diam terkaku. Lepas tu Sazli cakap, ‘Panjang sangat tu you ambik Aney’. Pastu Aney taknak kalah cakap, ‘Mana ada panjang. Sikit saja’. Lepas tu sambung potong. Macamkan Sazli cakap dengan dinding. Lepas tu Sazli suruh dia stop and ambik gunting dekat tangan dia. Sazli cakap, ‘I suruh you potong bawah 1 inch, you potong layered tinggal 1 inch  dari kulit kepala, you paham bahasa Melayu ke tak ni?’ Haaaaa. Kan dah kena bahasa dengan Sazli?

Yang kitorang geram, dia tak paham arahan. Orang surun stop pon dia dok deny-deny cakap mana ada panjang, mana ada banyak, ini la betul saya potong. MELAWAN.

Lepas tu I cakap, ‘Aney, ini anak saya. Saya suruh you potong macam I nak.  Tapi you potong macam you nak. Rambut depan I suruh you potong sama, bukan macam ni’. Lepas tu I dah start sebak. Dalam hati memang berkandang la babi keluar. Mak bapak jiran tetangga babi semua ada. Geram jer. Mana tak sedih, kiter punya la jaga rambut anak. Sekali datang kedai Mamak Barber bebal macam ni sesuka suki nak potong macam dia punya suka hati dia. Lepas tu deny pulak tu bila orang cakap. E!

Tapi nak cakap banyak pon tak guna. Dah habes dah pon rambut Shein. Tu pon naseb suruh stop, kalau tak suruh stop tu memang dia buat rambut Shein macam askar kot? Terkilan tu sampai sekarang ada lagi. Tak boleh nak buat apa. I dengan Sazli sama-sama banyak diam. Yang macam tadek effect Shein sorang jer pon. Kisah pulak dia kan?

Lain kali lesson learned. Jangan nak serah kepala bulat-bulat macam tu dekat Mamak-Mamak macam ni. Kiter tak boleh expect dorang paham apa yang kiter cakap sebab dia memang bodoh. Suruh gunting sikit-sikit dtarahnya gondol rasa simpati.

Eeeee I tak boleh nak ingat la. Sakit hati sangat. Ikut hati, nak jer I bakar kedai tu. Kang kalau bakar kena tangkap polis takper lagi. Tapi sekali keluar dalam Harian Metro ‘Kedai Mamak kena bakar oleh seorang perempuan cantik yang dipercayai kecewa kerana potongan rambut anaknya tidak sama seperti yang dikehendaki’. Lepas tu ada gambar I kena gari polis. Gari yang jenis baju untuk orang giler tu. Hahaha.

Shein ni pon sama! Orang bawak pergi salon elok-elok taknak. Nak kedai Mamak jugak. Sekarang rambut macam tu dah togel sapa yang nak jawab? Geeeraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmm je! I tak lalu la nak makan harini sampai lagi 2 bulan. Sampai rambut Shein panjang kenteng balik. Benci! So korang takyah tanya apapa entry makan lepas ni. I merajuk. Kbye.

-eNd-


Sehari sebelum kejadian ngeri. Shein and Irees. Anak sedara Sri. Kitorang datang lunch kat rumah Sri sebab nak pulang kunci rumah Sri. Dia tertinggal dalam kereta masa Saz bawak dia dari rumah nak ke Masjid masa Mak Sri meninggal tu.



Huwaaaaaaaaaa. No more kenteng.


Setengah jam sebelum kejadian


Shein sekarang. Dah tak comel dah rambut dia :(


7 comments:

Unknown said...

Sue, kta blrh faham perasaan tu.. kta sndr sambil baca ni dok sebek2 sebak bagaikan kena kt anak sndr.. kalau kta pon mmg berbakul laa kena maki mamak tu.. tapikan apsal shein nampak lgk hemsem pas potong rambut ni.. mmg Jah krna jaga shein betul2 laa pasal aweks lain kompem ramai yg usha shein ni sok..

Hani said...

Shein tetap comel su :)

Zulaikha Mokhtar said...

COMEL JE KAK SU..HANDSOME LAGI

Nisa said...

Rambut je x comel k.su tp shein ttp comel walaupun rmbut cenggitu! ;)

. said...

makin comel lah..

Nasha said...

Su, lenkali potong kat area datuk keramat. Bnyk kedai gunting melayu..murah & takde masalah tak paham bahasa :-D

Aliah Ali said...

Hamekawwwwww... baru skang nk paham prasaanku napa nanges kannnnn. Tp maksu pun lesson not learned from my experience. Kan i dh ckp bwk g salon yg ramai amoi2 cantik2... hahaahah