Pages

Monday, January 5, 2015

Pengacara Baru Nona, Haters dan Pembaca Berita

Assalamualaikum…

Tahniah Poja sebab jadik pengacara baru NONA menggantikan Fafau and Neelofa. I’m proud of you Bebeh! NONA tak perlu nak letak Siti Nurhaliza or Ziana Zain or artis yang terlalu hebat sebagai host sebab NONA sendiri satu jenama yang ‘besar’. So pemilihan Fouziah Gous sebagai  Pengacara baru mereka, I rasa memang pilihan yang tepat sangat. Cecece. Ada bunyik macam bias tak? Haha.


Fouziah Gous Pengacara baru Nona 2015. Congrats Poja! Nak uweeeeet! Ko jangan nak lari. Haha. This photo was taken from Poja's IG

Semalam Poja kata, dia nervous nak tunggu feedback penonton. I pon ada baca komen dekat FB link cakap dia keras la, tak sesuai la, kutuk sana sini, compare menda yang tak munasabah. Ok. Tolak tepi la I kawan dengan Poja so that I rasa la geram baca komen. Tapi I jadik frust sebab kekadang ada some Malaysian yang cakap sesuka hati. Fact tadek pastu nak share. Exaggerate sana sini, sebab tu la sampai ada article yang pasal MH370 kononnya kena hijack and kononnya ada dalam tanah. Yang tukang bocor rahsia pulak memula kata stewardess, lepas tu tetiba Kapten Tengku Sharifah Sofea ke menda entah. Haha. Lawak.


Dia yang bongok sebab eja bongok pon salah, lagi nak cakap I. Haha. 

I ni pon nak bagi pendapat pon tak berani sangat. Maklumlaaaahhhhh. Blog I ni mana la ada pengisian kan? Tadek memberi sumbangan pada dunia ponnnnn. **Mata keatas tangan kebahu. Like, kesah pulak aku kan? Tak suka takyah baca laaaaaa. Nenenene. Pastu baca satu entry terus nak judge I cakap I kaki kutuk etc. Nyampah je. Tu mesti readers baru tu. Sebab mana yang dah lama baca blog I ni, sure tau cara I menulis macam mana. Takpon lepas ni I up entry pasal makan je la. Lepas makan, Shein. Lepas Shein, makan. Kang nak up pasal issue semasa lepas tu pendapat tak sama kang nanti orang menyampah.

Ni I cakap pasal entry ‘Home-Birth’ tu. Berbakul dapat makian dari Anon.  Memula morale down jugak tapi sebab ramai jugak readers yang PM, komen memberi kata semangat so ok la sikit rasa hati ni. Tak sangka now I dah ada haters. Bukan Fazura pon. Cuma bakal Pembaca Berita je. Kahkahkah. Baru blogger dah ada yang tak suka, sok lusa jadik Pembaca Berita terus ada IG khas untuk mengutuk I macam Fynn Jamal. Haha.

Smalam Sazli tanya, (tu pon lepas I paksa dia). ‘Papa, tanya la apa cita-cita Bubu tahun ni.’ Pastu dia pon tanya, ‘Ok. Apa cita-cita Bubu tahun 2015?’ I pon jawab. ‘Pembaca Berita! Harap-harap tertunai la hasrat I tahun ni. Aminnn’. Pastu Sazli gelakkan ajer. Hahahha. Nyampah! Bagi la sokongan sikit. I muka tadek la buruk sangat. Rasanya kalau mekap ni, dah boleh kot kerja TV3. Hahahahha.

Eh. Banyak pulak melalut. Anyway, jangan lupa tengok Nona eh? Bagi sokongan dekat Poja. First episode Nona dah disiarkan Ahad haritu. Happy to see Poja. Sapa kata dah kawen tak laku kan? Haaaaaa. Macam I la. Dah kawen pon boleh jadik Pembaca Berita apa? Nanti I nak buat tagline la kalau I baca berita. Last sekali I nak cakap macam ni, ‘Sebarkan kasih sayang sesama insan walau dimana anda berada’. Sambil tangan hulur kedepan, tunjuk camera guna ibu jari. Gitu. Ingat Ras Adiba je ada tagline? I pon ada ok? Hahahhahaha. Mampos!

-eNd-

13 comments:

  1. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha... Rajin plak komen lately

    ReplyDelete
  2. Seriously fouziah gous yg ganti lopa and farah....bagus...st least boleh bg peluang kat dia kan...dia pun not bad apa

    ReplyDelete
  3. Akak jadi host jalan-jalan cari makan kak! He3

    ReplyDelete
  4. boleh kira berapa ayat " pembaca berita" dalam entry ini ...

    tgn di bahu mata keatas , idung kembang kembang ...

    nak duet eda balik kasu !!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Kaksu, berangan tu free. Tadek salah nye. yang salah tu mintak uweett orang..hahahahah...

    Semoga kaksu dapat realisasikan impian yang tah bape tahun renew kaksu? =P

    Kaksu doa banyak2 ok? Don't givap. pastu yang pasal entri makanan sedap2 tu, takyaahhlaaaa kaksu nak seksa orang lain dengan bubba gump la, apa la.. Melaka mana ada semua tu T___T haha

    cite pasal shein je kaksu. pastu url pun tukar sheindong.blogspot.com
    lalala...

    ReplyDelete
  6. walau kita baru follow blog u ni..suka tau..sebab cam u tulis sambil sengih..ngejek bluekk gitu..

    eh tak sabar nak tengok u baca berita..bole gaduh ngan anak nnti sbb time berita salu die tgk katun..

    rini.borhan

    ReplyDelete
  7. AKU TGK HARI TU RASA CANGGUNG SIKIT,SBB BIASALA MULA2 DIA NAK SERASI TU KENA AMIK MASA SIKIT..BUT oklah poja ni,cantik pun cantik,sedap mata tgk dia..hahahahaa..

    kena ambil masa utk serasi..ala lgpun episod pertama..tunggu la 2-3 episod baru boleh bagi komen, su nnt lps sebulan ko buatla Q& A, kata kawan,kena bantu kawan,manatau ada yng terlepas pandang kan..hehehe
    all the best fauziah gous...n mama shien yng nak uwett je..hahahaaha

    ReplyDelete
  8. saya serius ni.. saya nak fauziah gaos jadik artis jemputan jadik pengacara tok event ASEAN National car assessment program (Peringkat internationalle ni tau) bln 2 ni.. camne nak dapatkan contact die. ala tapi hari sabtu di sungai buloh

    ReplyDelete
  9. Fara Dilot. ni number PA dia. Noza. 0127076411/01115022904. bgtau u kawan suraya sulatin ok?

    ReplyDelete
  10. Aisyah Kamal : Nak Uweeeeet!

    Irfa : Jangan tiru! Hahahah

    Amanda Suria : Kan???

    Fiza Zasmi : Tu la. dorang tak panggil akak pulak

    eda : sebok jeeeeeeeeee. support la kaksu sikit. nyampah la!

    ieda iedana : ala... ok apa walaupon berangan tak tercapai sebab sentiasa ada menda yg kiter looking forward. kan? pasal makan tu, padan muka. lepas ni banyak lagi kaksu nak kuar citer makan. kbye

    rini.borhan : nanti kalau i dah baca berita, u kena la rakam guna astro pvr. sebab boleh tgk banyak2 kali. hahahaha

    Che Kem : Betul... jadik host ni makin lama makin bagus bila dah biasa and dah dapat tune. as penonton, kiter kena la bg dia peluang kan? Che Kem. Nak uweeeeet!!



    ReplyDelete
  11. TQ su... kalau fauziah tak pat hadir.. kak su jek la jadik EMcee ktrg.. kak su kan pembaca berita :D

    ReplyDelete
  12. TQ su... kalau fauziah tak pat hadir.. kak su jek la jadik EMcee ktrg.. kak su kan pembaca berita :D

    ReplyDelete