Thursday, January 15, 2015

Tanam Kepala Dalam Tanah La Cenggini

Assalamualaikum..

Korang pernah tak berada dalam situasi macam yang I pernah face ni. Jap. Time taip ni pon I nak gelak. Pantek betul. Hahahahah. I pernah tau? Konon la macam friendly. Masuk lift, tetiba dalam lift tu ada seorang Kakak A. Muka ketat je tengah pandang kiter. I melemparkan senyuman. Begitu mesra ala-ala Miss Universe. Tapi dia pandang lepas tu tak membalas senyuman pon. Babik la. Malu giler kot? Rasa macam nak tanam kepala dalam tanah.


LOL

I pernah la mengadu kat bebudak ni. ‘Lepas ni, kalau Kaksu jumpa Kakak A jangan harap dah Kaksu nak senyum! Siot jer. Senyum jer la balik. Sombong nak mampos’. Tapi tu la. Melayuuuu mudah lupaaaa kekdahnya. Lagi-lagi la I. I memang suka senyum merata tak kira tempat. Biasa la, bajet. Hahahaha. Tapi I memang macam ni. Mesra. Time mood baik la, kalau tengah mood kelaut tak berapa nak mesra jugak.

Lepas pada incident tu, I pernah kena lagi senyum tak berbalas dengan Kakak A ni. Time nak senyum tu, I lupa yang kakak tu pernah ignore senyuman I. Pastu dahhhhh kecewa lagi. Tapi yang peliknya dia time dengan colleague lelaki kemainnnn boleh jer senyum, bertegur. Kalau ngan pempuan haih la. Susah betul nak senyum.

Pagi tadi lagi best. Masa dalam lift, I berbual la dengan a few kakak/abang dalam lift ni except sorang kakak ni. I panggil dia Kakak B la. Bila nak keluar lift, sebab konon I taknak kakak tu feel abandoned or awkward tadi so I pon toleh belakang and cakap, ‘Jem teruk kan harini?’ Lepas tu Kakak B tadi muka masam je langsung tak pandang I, langsung tak balas pon apa I cakap. Naseb baik ada mamat belakang dia cakap, ‘Ha a. jem teruk tadi’, sambil melemparkan senyuman.

Naseb baik.

Kalau tak, I plan nak masuk dalam akuarium depan office ni je. Muat tak muat belakang kira. Walaupon Fiezul akan marah I sebab menyempit dalam akuarium tu, takpe. I rela. (Ikan kat akuarium depan tu anak angkat Fiezul. Nanti dia dah jadik bomba, jangan nak susahkan Kaksu pulak kena jaga anak angkat dia tu).

I feel pity and sorry to this kind of people. Menda la sombong tak tentu hala. Kot yer pon kan? Apa la salahnya be nice to other's. Sebenarnya Kakak B yang I cakap tadi tu, dia ada issue dengan one of bebudak ni. Stupid misunderstanding jer. I dah tolong settlekan. Tapi dia seems like tak let go and tak move on. Keep on tarik muka masam sampai la sekarang. Kitorang buat biasa je. I senyum je dengan dia walaupon kekadang rasa macam senyum dengan dinding. Hahaha. Macam bebudak sangat perangai. Udah-udah ler tu…..


Tapi, sebab tadi I tapau nasik sedap dekat café, read : kentin bawah office ni, so terubat la hati ni.


Nasik + udang goreng kunyit banyak ketul + kuah kari + sambal belacan
RM3.00 jerrrrr 


How I wish, dalam dunia ni semua orang berbaik sangka, murah dengan senyuman, friendly and tadek busuk hati dan jujur dalam friendship. Forgive and forget kalau sebelum ni ada issue ke apa. Setelkan and berbaik-baik la semula. Kan best kalau semua orang baik-baik sajer? I rimas nak handle pempuan-pempuan emos yang selalu berfikiran negative ni. Tak habes-habes rasa kiter tak puas hati la apa la. Padahal tadek apa poooonnnnnnnn. Insecure betul. Hesh!

-eNd-

11 comments:

Unknown said...

kite selalu je kena,pepagi naik lift senyum tp org wat muka tapir,even time lunch pun sama asek nak muka tapir je..jd mls nak senyum tp perangai tebiat suka senyum tu mmg slalu ada jd mmg slalu je terkena..hahaha..ni namanya mmg suka malu sendiri ahhaha

Chooyaya! said...

cik allord : hahahahahahhahah give me five! kaksu kalau nampak orang muka cam tu nanti dalam hati cakap, 'ni tak dapat la ni kot malam tadi'. haha

ijan said...

biasalah tu Su.. kadang2 Jan pun tak paham.. Senyum balik (balas) pun susah..Kita ni senyum jugak..Sedekah kan..

Atau masa tu kakak B tu tengah mood swing ke, baru lepas gaduh ke..hehe

But, still Jan rasa patutnya secara logiknya, boleh je senyum

Unknown said...

haha high5 lagi skali,kite slalu ckp dlm ati,ni ada la yg dia nak xdpt tu,tu yg tapir memanjar je kahkahhh..ok dosa hahahaha

darthvader said...

hi fiezul. eh i mean ade jugak org mcm tu ea tp mmg malu giler la kaksuuuu. kita kalau kena msti rse nak tumbok dinding!!!

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Tak pa. hampa senyum dah dapat pahala.
Allah yg kata na. Senyum tu ibadah
sedekah
Lantak p lah.. bkn kena duwet pun...
Jgn biaQ org len bg negative impact kat kita. Nak balu bt apa, bkn boge'
Laki kami selalu kata: Bkn kurang pahala tambah dosa pun :P

Mimy Hamid said...

tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku selalu kena...mcm malu sendiri senyum sorang...sombong benciiiiiiiii

Fuz said...

kan? sebab org mcm ni la sy malas nak mesra sgt 2,3 tahun ni kak. hehe

ieda iedana said...

kaksu,
takpe la kan kalau orang tak senyum balik tu.
akak piker cenggini la --- mungkin dia lupa gosok gigi mulut bau bawang, mungkin pagi tadi gaduh dengan laki, mungkin dia ada masalah, mungkin dia sakit perut nak bear2...

kalau dia tak senyum balik tu, akk tak rugi apa pun. untung2 dapat pahala sedekah? tapi kalau akak sentap, mungkin sedekah tu jadi tak ikhlas kn?

tapiiiiiiii.......

kalau after this pun akak still berperasaan malu dan masuk dalam akuarium, ida ada sajestion.

duduk bawah meja, tarik napas dalam2. settle. hahaha...

sian plak anak2 faizul tu kalo akk kacau rumah diaorang. akk bkn besar macam shein. hehe...

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : Takper la.. dah tau perangai dia mcm tu. lepas ni takyah dok nak peramah lagi. cukup.

Cik Allord : Hahahahhahah. tu la. nak sucikan hati setiap masa pon tak boleh

darthvader : fiezul eksyen sekarang ni semenjak nak jdi bomba. haha. jgn tumbuk dinding, buat sakit tangan jer.

haris zuhaina : yerlaaaaaaa... tu la, kekadang nak ikhlas n tambah pahala tu agak susah sikit kan? ujian kena tempuh. tp takper. cuba lagi.

Mimy Hamid : Tu laaaaaaa. sian kan? aku selalu tak sampai hati tak balas senyuman orang, tp orang nak buat kat kiter selamba jer.

Fuz : tp kalau dengan akak, InsyaAllah tak rugi kalau senyum.

ieda iedana : hahahahah. kaksu suka tang suggestion tu jer. takpe. lepas ni kaksu cuba la ikhlaskan hati lagi. senyum je la. dpt pahala.

Siti S said...

setuju sgt dgn ur statement.... tak rugi dan tak luak apa2 pun setakat nak senyum kat orang....