Pages

Wednesday, February 11, 2015

Finally OZEKI !!

Assalamualaikum..

Selepas 23 juta tahun tak datang makan dekat Ozeki, finally dapat jugak makan dekat sini. Yayyy!! Bapak la suka dan gembiranya I. Kan I pernah cakap New Style Sashimi dekat sini terrrpaling sedap I pernah makan dalam dunia? I dengan kaklong kalau mengadap sashimi dekat sini diam je menekun makan. Tak boleh bercakap dah sebab sedap sangat. Kata Kaklong, macam mana eh dalam dunia ni ada orang boleh cipta  sashimi yang macam ni? Sebab sedap gilerrrrrrssssss. Arrghhhhhh!!! Macam nak tarik-tarik rambut punya sedap dia tu. Hahaha.

Kali ni I datang dengan Ellis. Kitorang plan nak makan dekat sini dah 15 tahun kot? Ni baru dapat. Harga makanan dekat sini affordable. Tak la mahal sangat (kecuali sashimi). Depends la apa yang korang order. Tapi kalau Set Bento dia is less than RM30.00 dah boleh dapat. Kenyang pulak tu. Tempat dia pon exclusive and cantik. Sesuai la kalau nak treat kekawan or family for birthday kalau dorang suka makan Japanese Foods. Korang boleh check out gambar, alamat semua dekat bawah entry ni. Restauran ni Halal. Jangan risau.


Yang ni nama dia New Style Sashimi. Dalam dia ada sashimi yang dia slice macam Carpaccio. Ada salmon, white tail, tuna etc. Lepas tu dia rendam dalam sos yang masam-masam ni, and atas dia garlic goreng, peppercorn yang muda, rumput menda ntah yang kaler coklat tu, fish flakes ke eh? Entah. Tapi yang pasti memang sedap nak mampos. Yang ni I close up. Harga dia RM78.00 jer.



Plate dia panjang macam ni. I rasa hidangan ni good for 4 person. Sebagai appetizer. Korang kalau suka sashimi, memang kena order yang ni. Korang takkan dapat kat any other restaurant I bet. Seriously sedap. *Explen sambil air mata bercucuran. Nak makan dia, amek slice sashimi tu and balut dengan sampah sarap yang ada tu lepas tu ngap. Menanges hoi!



I makan Teppan Chicken Tei. Harga dia RM28.00. Ni la Teppan Chicken yang paling sedap I pernah makan. I dah try makan dekat memacam jenis Japanese Restaurant dari level Sushi King sampai la Kampachi punya level yang hotel-hotel tu but nothing sedap macam ni. Kot kalau ada dekat tempat lain yang lagi sedap taktau la. Tapi yang ni terpaling sedap. Paham tak I cakap sedap sedap sedap lapan juta kali ni macam mana? Lempang nak?



Yang ni bentuk set dia. Ada nasik, salad, buah, dessert (egg custard), miso soup dengan tu 3 jenis lauk tu amenda eh? Memang kenyang. RM28.00 jer poooonnnn. Sama tarap harga dia kalau makan tunjang + ayam kampong +paru goreng  dengan air avocado dekat kedai minang Kampung Baru yang panas tu.



Ellis makan Teppan Seafood Tei. Yang ni harga dia RM39.00. Up skek dari I punya bento. Berani dia order yang lagi mahal? I sebelum sampai dah pesan pada Ellis, JANGAN ORDER WAGYU. Kang nanti keluar kedai pakai sependa jer. Hahahah.


Set dia sama jer dengan I punya. Seafood tu ada udang gemok, sotong, ikan, dengan crab stick. Lepas tu ada sayur sekali dalam dia. Kira complete la dalam set ni. Pooon sedap! Next time I nak makan ni pulak. Nyummmssss. **Telan ailio.

Check out dorang punya video dekat Youtube. Cool giler. And also alamat, number telefon semua. Korang call la for reversation if nak datang. Takot nanti tempat full ke. Ada smoking and non-smoking area. Bilik-bilik if nak privacy pon ada. Dekat sini dia tak bukak all the time. Tak silap I lunch 12pm – 3pm lepas tu dinner start dari 6.00pm – 10.00pm.


OZEKI TOKYO CUISINE
Menara TA One, Ground Floor,
22, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA .
Business Hour: (Daily) Lunch: 12:00~14:30 / 
Dinner: 18:30~23:00 (Last Order: 22:30)

Tel & Fax: +603-2166 4263
Email: ozeki@ozeki.com.my 


Fruit juice dekat sini fresh tau? Yang Ellis minum ni  mango juice. RM14.00  satu. Fresh sangat rasa dia. I datang sini tak pernah lagi order air lain. Mesti mango juice jer. Ellis kelihatan begitu gembira nampaknya. Kenapa Ellis? Sebab dapat Prada eh? Orang nak Prada dia sebok jugak nak Prada. E!


Ok. Gambar vain sekeping sebelum balik.

I dah janji dengan Kaklong nak bawak dia makan dekat sini. Pergi time lunch hari Jumaat la. Lama skek dapat makan. I boleh imagine Kaklong meratib makan dekat sini nanti. Hahahha. Takper Kaklong. Sabar eh? Sikit jer lagi. Bertahan. Nanti ko makan puas-puas.

-eNd-

1 comment:

  1. ahhhh kak su...semua menda paling sedap...benci betol baca.....orang lapaaaaaaaaaaaaa....hahahha penyakittttt2 baca post makan kaksu ni

    ReplyDelete