Assalamualaikum..
Harini Fiezul dah start training Bomba dekat Kuala
Kubu Baru, Selangor. InsyaAllah for 6 months. Kata Fiezul tu basic training la
lebih kurang. After 6 months nanti dia maybe kena sambung kursus bahagian pengkhususan
apa yang dia pilih. Amenda ntah dia cakap haritu. Lebih kurang macam bahagian
kimia la, bahagian keselamatan bangunan la, bom la (sesuka hati je I petik
sendiri). Haha. I tak focus pon. Sebab tak minat jadik Bomba. Yang minat nak
jadik Bomba ialah Syira. I minat jadik apa? Pembaca Be???? Ri??? Pandaaai.
Pembaca Berita.
Ok sambung cerita.
So sempena dengan Fiezul dah nak resign, minggu
lepas-lepas (paham tak term minggu lepas-lepas ni macam mana?) Minggu lepas-lepas
ialah 2 minggu lepas. (Aku tanya aku jawab. Ok). I dengan Sarah treat Fiezul a
Japanese Dinner. Kitorang makan dekat Sushi Zanmai Avenue K. I la beria nak
pergi sini sebab nak tapau Krispy Kreme’s, tapi bila dah sampai sana terus focus
nak makan je. Dah kenyang baru ingat sebab apa datang sini. Ok. Bagus sangat.
Senang distracted by foods. Dah nama pon Suraya, kan? A food is my middle name.
Kata Fiezul lepas ni dia badan mantap la. Jadik Abang Sado. E. Geli je nak imagine. I tak suka la badan ketak-ketak ni. Lagi-lagi kalau pendek. Macam kekura je. Tapi kalau badan sado macam kekura tu bukan Fiezul la. Ni I kata orang lain.
Kitorang order salad ni. Avocado crab stick salad. Ni first time I try. Apa salah pon sama je konsep dia. Yang buat lain cuma sos dia je. I suka yang masam-masam. Yang creamy tak suka. Takot gemok. (Ehem-ehem)
Ni favorite Si Sarah. Sotong Kurita Mini. I ada la ngeri nak makan. Ada la tetiba babak macam dalam Fear Factor.
Fiezul redha je I orderkan dia apa. Yang ni Chicken Donburi. Fiezul bebel slow jer. I dengar dia cakap. 'Apa la orderkan saya ayam masak kisap ni'. Bila I tanya apa Fiezul??? Bulat mata I. Pastu Fiezul cakap tadek apa la Kaksu. Haaaa. Tau takot. Hahahaha.
Kalini I nak try beef sukiyaki. Sedappppp la kat sini. Yang ni Si Aliah la yang ajar I. Ni soup dia. Kalau nak tau sedap ke tak, sup dia kena masak dalam tempat ada api macam ni. So dia akan panas je sentiasa.
Yang ni beef slice. Beef Sukiyaki ni cara nak makan dia ialah, ambik beef slice ni. Lepas tu masukkan dalam sup tadi. Bila dia dah masak or half masak, celupkan dalam telur mentah yang kiter godak-godak tu. Lepas tu suap masuk mulut. Perrrgh sedap. Lemak-lemak rasa dia. Memula dulu I ingat kalau nak makan dia, telur tu masukkan dalam sup. Jawapan dia ialah SALAH. Tenkiu Lia ajar Maksu makan menda sedap macam ni. Perghhh kecur pulak ailio bila tingat.
Si Fiezul ni suka la melayan Sarah buat activity extreme macam Water Rafting, Break Out etc. Sebab Sarah ni dia sebenarnya lelaki yang terperangkap dalam badan pempuan. Ishk. Taknak dah mandi dengan Sarah sama-sama. Bahaya.
Ok la. I belanja gambar I satu. Suka tak? Cakap la tak suka kalau berani.
Pagi tadi sebelum dia kena masuk tempat latihan dia
text I. Suruh tengok-tengokkan Dyba dengan Sarah. Lepas tu dia mintak halal
makan minum la apa la emos bagai. Lepas tu siap cakap, ‘Kaksu, walaupon saya kekadang
macam layan tak layan Kaksu, tapi saya sayang Kaksu. Mana-mana terguris tu
sorry ye Kaksu? Mintak halal semuanya’. Pastu I reply, ‘Fiezul, Kuala Kubu Baru
jer. Bukan Ostolia pon. Takyah nak over’. Hahahahah. Terus potong mood sedih.
Sebenarnya I pon rasa kehilangan jugak. Kiter kat
office ni memang rapat sangat-sangat pon. Adik-adik I semua ni. Itu lah
colleague, itu la penyelamat time ada masalah-masalah macam bateri kereta kong,
teringin nak minum coconut shake, nak service kereta, etc. Tak pernah rasa
susah pon sebab semua willing to help. Ni Fiezul dah tadek ni, kurang la sorang
penari I. Ishk. Dah satu hal plak fikir sapa nak carik ganti.
I hope team HR carik la budak lelaki yang hensem
sikit. Orang kata muka yang boleh masuk team joget I la. Tak malu kalau bawak
naik pentas. Tak boleh yang gemok takot stage roboh. Haha. Tapi kata Boss I,
kalau nak carik budak baru, syarat dia kena yang kurang hensem dari dia and
team HR. Busuk betol la dorang ni. Hahahahha. Nyampah jer. Macam tu tadek la
harapan nak dapat yang iras-iras Remy Ishak macam Fiezul?
-eNd-
Kaksu,
ReplyDeleteterining makan coconut shake tu termasuk dalam masalah eh?
hahaha....
kak su,
ReplyDeletedlm sukiyaki kak su makan ni takde letak sake ke?kalo takde,leh kak su tanya tak restoren tu dia substitute sake dengan bahan ape untuk bagi rasa sukiyaki tu tak 'hilang identitinya'...
kasu , kim slm fiezul bleh ?
ReplyDeletekim slm sgt sgt tau hahahahahahhaha