Assalamualaikum..
Hari Isnin
lepas Annie ajak lunch. Kata Annie, jumpa terus dekat KLCC. Nak makan dekat mana nanti baru decide.
Dah la pukul 12.30pm baru bagitau. Kelam kabut I pergi KLCC, tapi naseb baik la
KLCC tu dekat Mak Enon dengan opis I. Sebesar-besar KLCC tu dah taktau dah nak
makan dekat mana. Kalau petang-petang balik kerja, I suka la lepak La Cucur
atau Nyonya tu. Boleh makan kuih traditional melayu yang sedap-sedap macam
Bingka Ubi, Kuih Seri Muka, Kuih Lapis. Entah la semenjak peningkatan usia ni,
tetiba suka kuih emak-emak. Intan tu kepantangan dia kalau kuih rasa pandan
dengan kelapa. Kata dia macam ongtue. Dia tak sedar dia dah over 30 tu. Hahaha.
Sampai KLCC,
Annie cakap ikut je mana kaki melangkah. Tetiba dia cakap nak makan dekat Dome.
Annie ni, hantu coffee tapi semenjak ada orang dalam perut dia, kalau dia nak
order coffee I kasik la jelingan maut. Hahaha. Lepas tu dia kalo nak makan kena
ada sayur/salad. Annie makan sayur macam kambeng. Dia ni spesis macam Sarah la.
Suka makan tumbuh-tumbuhan. Lagi green, lagi kurang dressing lagi dia suka.
Patot buat sendiri pon boleh. Amek olive oil, letak garam and perah lemon or
makan sayur dengan balsamic vinegar. Pon sedap jugak. Blardihel, teringat pulak
Crab Salad dekat GreenHouse by Muir. Sedap giler dia punya sesame salad
dressing. (Ko tu apa yang tak sedap?)
I cakap kat
Annie, lainkali kalo nak makan sama bagitau awal. Sebab tadi dah makan keropok
ikan yang Dyba bagi, so dah tak lapar. Kalau tak berapa lapar mana yang nak
enjoy makan, kan? Tapi silap ye? Dalam pada tak lapar, bila Annie order
Lasagna, tetiba I nak makan Spicy Olio Seafood. Sebenarnya dekat Dome ni, I dah
taktau nak makan apa. Dulu masa Shein admitted, asyik makan Dome je dekat
Hospistal sampai taktau nak makan apa. Habes segala Turmeric Chicken Rice I
order. Annie pulak jenis kalau makan nampak selera je. Dia makan macam Yatie.
Suka sumbat-sumbat macam tupai nanti mulut kembong-kembong. Omel.
I makan ni. Spicy Olio Seafood. Dalam pada
tak lapar, tetiba I siap dulu makan. Habes licin pulak tu. Haha
Ni Annie punya. Chicken Lasagna. Sedap
pulak salad dia tu walaupon simple.
Annie order Chai. Air Teh je padahal
takpayah nak chai-cahai sangat la. Lepas tu letak spice. Tak sedap! Sebab ada
rasa kulit kayu manis.
Kalau borak dengan Annie kitorang berlawan
suara sapa lagi kuat. Tetiba perasan semua orang pandang-pandang. ‘Annie, aku cakap kuat sangat ke?’ Hahahaha. (Apa kena mengena caption dengan
gambar entah)
Ramai jugak yang makan dekat Dome time
lunch
Si Annie ni memang payah nak ajak amek
gambar. Sama la macam Sazli. Lepas tu snap banyak-banyak kali, nanti dia yang
pilih boleh letak gambar mana.
Kata Annie, korang blogger ni memang sawan amek
gambar eh? Asal sampai makanan je nanti mula la menggelupur keluar camera. Ko
diam la Annie, ko bukan Blogger, ko apa tau? Hahahaha. Jangan lupa cuba resepi
Mee Suah aku tu. Senang je nak buat. Takat salin resepi lepas tu tak buat baik
tak payah. Lepas tu kalau dah buat jangan lupa orang Ampang. Kbye
-eNd-
1 comment:
sedaPnyer...
Post a Comment