Pages

Wednesday, September 23, 2015

Korea Trip - Korean Foods

Assalamualaikum..

Korea Trip is just around the corner. Kitorang tak guna any ground package pon. Flight sendiri, tempat tinggal sendiri and itinerary sendiri je sebab mudah untuk Shein. Kalau guna package macam renyah sikit nak ikut waktu yang dorang dah prepare. Kata Safuan yang baru balik dari Seoul, weather dekat sana now tak sejuk pon. Lebih kurang Malaysia waktu malam. Tak panas pun. Suhu around 24-25 macam tu. Maybe nanti time kitorang pergi, dalam 18-20 kot? Now autumn, ikut yang Korea punya website yang cuaca and suhu for autumn, siang dalam 16 and malam dalam 6. Sejuk tuuu. Tapi kata Safuan tak sejuk sangat. Acane? 

I tengok gambar dorang dekat Nami Island tu, pokok-pokok dia tadek gugur pon. Alaaaaaaa. I ingat time kitorang datang, dedaun dah jadi kaler oren. Hopefully lagi 2-3 minggu ni sempat la daun tu kuning sebab kalau tak kesian dekat Kaklong. Dia la paling banyak google gambar dekat Korea setakat ni. Kata dia preparation. I pulak lebih berminat Google pasal makan. Apa yang kena makan, dekat mana nak cari makanan halal etc. Hahaha. Pasal makan jugak yang paling menarik minat I. Well, typical Suraya. Siap berangan nanti dekat apartment nak buat Bbq makan balut dengan salad macam yang Korean selalu makan.


Ni Kimbap. Lebih kurang macam sushi je. Nasik balut dengan seaweed.




Japchea ni I pernah makan dekat Pavilion punya food court. Suhun dengan carrot, daun bawang and mushroom. Sedap!


Rib Stew ni nampak sedap. So far I tak pernah rasa lagi tapi tengok gambar macam layan. Bibimbap dengan Bulgogi I pernah try. Poooon sedap. Ko apa yang tak sedap kan?


Egg Rolls ni makan dengan nasik and sambal air mata. Sedap jugak. Hahaha.


InsyaAllah nanti kitorang stay dekat Duplex studio apartment. Booking dekat airbnb. Payment dah buat semalam so harini naseb dah cuti, kalau tak pergi kerja pakai sependa je la. Dekat Seoul ni most of apartment ala-ala studio yang ada agak kecik. Bilik pon kekadang luas muat sebijik katil je. Unless pergi 5 star hotel tu lain citer la. Bilik yang kitorang sewa ni complete ada dapur, washing machine semua. Nak duduk pon 8 hari so better ambik tempat tinggal yang macam rumah. Kan? Nanti gambar and info-info lain I share dalam next entry. InsyaAllah.

Okla bye. Nak sambung google Korean Food. Kepada yang balik kampung, hati-hati memandu ok? I dah kat Jengka dah ni. Kaklong masak sedap-sedap woh! Paling dinanti semestinya rendang paru campur limpa and tetel. Peeeerrrghhhhh. Selamat Hari Raya Qurban!

-eNd- 

4 comments:

  1. hai. tolonglah makan ikan bakar di Sinchoon Street sedapp meletopppsss. dgan sotong sambal dia..& topokki pedas di Sindangdong sedehh klu tak makan. senang jer nak carik. happy holidei!!

    ReplyDelete
  2. Woah, bestnya kak su nak pergi korea!
    Untuk suhu tu just nice je kak su utk jalan2..
    Lebih kurang suhu waktu spring..
    Takde peluh ketiak la..hehehe..

    ReplyDelete
  3. wahhhhh nampak sedap nya alhai :)

    ReplyDelete
  4. Khatey K : Ok, terus letak dalam much visiti place. Sinchoon Street kan? Lepas tu Sindandong. Eh? Bunyik macam naka sheindong plak

    Farae al farafisya : ha a, tp ada orang tu kan (rahsia) siap nak suruh bawak winter jacket. Hahahaha

    cik nur : kan????

    ReplyDelete