Assalamualaikum..
Krim Jerawat Datang Bulan ni memang straight forward habes
nama dia kan? Tengok tajuk pon kiter dah tau dah krim ni untuk apa. Hahaha. I
suka giler krim ni ok? Nama unik, packaging very classic, and function dia
sesuai untuk semuaaaaa perempuan normal yang datang bulan. Apa nak malu cakap pasal
datang bulan? Menda normal la. Takyah segan-segan. Menda ni semua perempuan
yang akil baligh akan tempuh kot? Betul tak? (Padahal kelubung kepala dengan
kain time taip. Haha)
Krim ni
function dia adalah untuk membantutkan pertumbuhan jerawat (kalau baru nak
keluar) or mempercepatkan proses jerawat masak (yang dah keluar) bagi
wanita-wanita yang face hormones problem sampai keluar jerawat dengan meriah dekat
muka waktu period. Yang ni memang tak boleh nak elak. Walau macam mana bagus
pon kite jaga muka. mesti ada punya jerawat yang nak naik dekat muka each time period,
kan? So dekat sini la Krim Jerawat Datang Bulan ni memainkan peranan.
Cara nak guna,
senang je. Memula korang basuh muka sehingga bersih. Buang la segala minyak,
kotoran yang ada dekat muka. Letakkan krim ni HANYA atas jerawat. Jangan korang
sapu satu muka pulak. Korang letak tebal dekat jerawat yang dah naik or baru
nak naik. Lepas tu biarkan ajer sampai dia kering. Pakai waktu malam. Sebelum
tido pakai and cuci the next day bila bangun. Jangan panic kalau korang tengok
jerawat korang cepat ‘masak’ sebab
function dia memang macam tu. Kalau sapu dekat jerawat yang baru nak naik, dia
akan kecut and tak jadik keluar (dia tak berani lol) or if sapu dekat jerawat
yang dah keluar, dia akan jadik cepat la masak ranum. So apa yang korang perlu
buat ialah, picit je jerawat tu sampai terkeluar dia punya ‘mata’, lepas tu bersihkan guna tissue. Letakkan dengan tebal krim
jerawat ni atas jerawat yang dah dipicit.
Makesure
korang picit tu guna tissue ok? Jangan picit guna kuku. Kuku ni bisa. Lepas tu,
teruskan pemakaian krim ni sampai la parut hitam bekas jerawat tu hilang. Krim
ni also boleh hilangkan parut jerawat yang hitam-hitam yang menyakitkan
pandangan mata tu. Korang ikut jer apa yang I suruh tadi, InsyaAllah kulit
korang akan ok.
Krim Jerawat Datang Bulan by Hajah Ramlah
Macam ni rupa krim ni. Bau dia berangin ala-ala Colgate. Diperbuat dari bahan traditional diantaranya Kapur dan Pati Kulit Pokok Willow Putih disamping bahan tambahan dari teknologi terkini bagi melengkap keberkesanan bahan traditional tersebut untuk menghapuskan jerawat.
Sebelum pakai
Krim Jerawat Datang Bulan ni, korang buat dulu ‘Patch Test’ just to makesure korang tak allergic to this cream.
Just in case kan? Cara-cara nak buat patch
test, sapu sedikit krim ni pada pelipat lengan (Pemukaan nipis disebalik
siku). Jangan basuh selama beberapa jam. Kalau tadek tindak balas macam
kegatalan, kemerahan atau ruam korang boleh pakai terus pada wajah.
Nak
Menangi Hadiah Bernilai RM1,000.00?
Korang beli
krim ni, ambi gambar sebelum – selepas dan upload dalam Facebook dengan hashtag
#HajahRamlah.
Sekiranya korang bertuah, korang akan dihubungi oleh admin melalu PM (Private
Message, bukan Perdana Menteri Najib tu) dan RM1,000.00 bakal jadi milik korang.
Dengan syarat, kotak/bekas krim ada dalam gambar tersebut. OK?
Kecik je size krim ni. Berat lebih kurang dalam 10mg tapi jangan terkejut. Kecik-kecik cili padi ok? Kecik tapi power.
Kalau korang
berminat untuk membeli Krim Jerawat Datang Bulan ni, korang boleh hubungi mereka
di number [017-5482548]. Mereka juga mencari agent diseluruh Malaysia. Dropship
pon ada. Krim ni memang mendapat sambutan luar biasa semenjak diperkenalkan.
Krim buatan Malaysia ni mendapat pengesahan dari GMP dan selamat untuk dipakai.
InsyaAllah. Silalah berbangga dengan Krim Jerawat Datang Bulan ni sebab ianya
buatan Malaysia. Malaysia Boleh!
Krim Jerawat Datang Bulan. RM60.00 for 10mg. Price exclude postage.
-eNd-
old skool betul packaging dia... hehehe.. power!
ReplyDeleteKiD : product pon best! sekejap jerawat dah kecut
ReplyDelete